Cik Wawa : Betul ni Lina nak berpindah ke bandar ? dgn wajah kesedihan
Ustazah Lina: Yee Cik Wa, Lina dah fikir masak-masak. Lagipun Lina rasa banyak lgi masa yg boleh diisikan dgn usia yg di kurnai ni..
Cik Wawa : Baiklah, itu pilihan Lina. lepas ni tiadalah senda gurau, duka pahit dh Cik Wa akan rasai.. hmm..
Ustazah Lina : Janganlah sedih Cik Wa, Lina bukanya pergi selamanya.. Insyallah jika ada rezeki Lina akan datang balik jenguk kampung yg indah ini..
Cik Wawa : Dah bagitau pada Encik Syazwi belum? kang lupa pulak..
Ustazah Lina: Eh haahlah! belum lgi.. Baik Cik Wa ingatkan, kang semua urusan tak menjadi.. Baiklah, Lina pergi dulu ya.. Jaga diri
Cik Wawa adalah kawan baik Ustazah Azlina sejak kecil lagi, perbualan yang tak disangka secara tiba-tiba rakanya itu memberitahu perkara yg akan membuatkan dia sedikit kemurungan dan kerisauan.. Ustazah Azlina telah fikir baik-baik dia akan berpindah dari kampung ke bandar untuk menyambungkan isi kehidupan yg serba biasa ini.. pada mulanya, Cik Wawa fikirkan dia hanya bergurau.. lambat laun akhirnya benar apa yang diperkatakan.
Ustazah Azlina membuka telephonenya dan segera menghantar pesanan ringkasan mesej pada Encik Syazwi *Assalamualaikum Encik Syazwi, ni saya Ustazah Lina, saya nak bagitau sy setuju untuk tiba ke bandar dalam masa yg terdekat.
Kedengaran bunyi notification pada hp Encik Syazwi lalu di buka dan membacanya.. lalu menghantar balas * Baiklah puan, Insyallah saya akan cuba yang terbaik, harap puan sabar. siapkan apa yang patut selesai sahaja saya akan terus hubungi puan.
Jelas kelihatan wajah lega pada Ustazah Lina, dia sedikit menghembus kan nafasnya. Dia mula terbayang apa yang akan dia lihat hari kemudian, iaitu pusat bandar. Usia kehidupan Ustazah Lina tidak pernah menjejak ke tanah kawasan pembandaran. Hanya mendengar melalui radio kecil kepunyaan ayahnya. Ya, dia bukan dari keluarga yang senang, dia bersyukur dgn apa yang di terima.
Tanpa melengehkan masa, dia terus bersiap untuk membawa bekalan pada tempat baharu yg dia akan duduki. Barang kewanitaanya iaitu seperti tudung labuh, baju kurung labuh, stokin tangan, stokin kaki, niqab, kasut jalan , makan minuman dan bacaan novel,
Sambungan Part 2
YOU ARE READING
Pendidik yang Berjasa
RandomSahabat baik telah menasihatinya terlebih dahulu Pengarang : tudung69