Weekend part 3

27 9 2
                                    

Nafas Lina tercungap-cungap. Mira dan Hayder saling bertukar pandangan, masing-masing tidak tahu apa yang berlaku sehingga Lina berpeluh teruk seperti ini.

"Mimpi buruk ke?" Tanya Hayder.

"Farhan" Kata Lina sepatah.

Mata Hazeeq terbuka luas ketika mendengar nama tersebut disebut oleh Lina. Farhan? Kenapa dengan dia? Dia ada kat sini ke? Hazeeq tertanya-tanya.

"Tarik nafas dalam-dalam,then hembus" Kata Mira.

"Aku mimpi tu lagi." Kata Lina, airmata nya sudah laju turun membanjiri pipinya.

"Mimpi apa?" Tanya Hayder.

"Mimpi pasal Farhan tu ke?" Tanya Mira.

Yang Mira tahu, Farhan meninggal dunia dalam kebakaran rumah dia, tetapi dia tak tahu cerita disebalik meninggalnya Farhan, sebab menurut Hazeeq, Farhan tu cekap dalam menyelamatkan diri, tapi kenapa semudah tu Farhan meninggal?.

"Malam tu. Aku tak boleh lupakan malam tu" Kata Lina sambil menangis.

Kereta Rayyan sudah pun berhenti di belakang kereta Hayder. Dengan pantas Nana keluar dan pergi ke arah Lina, dia sudah tahu apa yang terjadi memandangkan dari tadi dia sedang ber whatsapp dengan Mira.

"Bestie? You okay?" Tanya Nana.

"Kebakaran" jawab Lina sepatah.

Nana hanya mendiamkan diri, kenapa Lina yang harus mendapatkan mimpi ngeri itu? Kenapa bukan Nana? Kerana Nana lah penyebab segalanya, penyebab kematian Farhan yang tiada siapa tahu, termasuk Rayyan sendiri.

Nana hanya mampu terduduk lemas di jalan raya tersebut. Ya Allah , ampunkan Nana. Dari dulu sehingga kini, dia masih menyalahkan dirinya sendiri atas kematian Farhan dan ibu bapanya. Menurutnya itu adalah salah dirinya. Walaupun berkali-kali Lina beritahu dia, yang semua tu bukan salah Nana, dia masih merasakan yang semua itu salahnya.

Mungkin juga yang dikatakan oleh Darwish itu betul, Farhan masih hidup, jika benar semua itu, jika benar Farhan lah yang membunuh kedua ibu bapanya, maka berarti Farhan kembali untuk membalas dendam atas kematian kedua ibu bapanya dan adiknya dalam kebakaran itu.

FLASHBACK

Nana seorang yang mempunyai trauma dengan api kerana dia pernah terbakar rambutnya sendiri ketika umurnya yang ke 12 tahun menyebabkan dia harus memotong rambut panjangnya menjadi pendek. Dia juga pernah sekali tidak sengaja terperangkap dalam rumah terbakar pada usianya yang ke 8 tahun.Pada saat ini Nana sedang berada di rumah Farhan untuk menyambut ulang tahun kelahiran Farhan.

Malam itu semuanya berjalan dengan lancar, sehingga terjadinya satu insiden, api dapur yang lupa ditutup membuatkan rumah Farhan disambar api marak. Pada masa itu semua antara mereka sudah pun pulang ke rumah kecuali Nana yang masih disana kerana ingin menyiapkan kerja sekolah bersama adik perempuan Farhan, bernama Wanie.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata, tanpa dia sedari, api sudahpun semakin marak. Nana tidak tahu harus berbuat apa, ibu bapa Farhan sedang tidur di bilik utama manakala Farhan sedang berada di biliknya.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now