Jam menunjukkan pada pukul 8:30 pagi. Kesemua rakan kelas Aina sudah pun berada di dalam bus. Cikgu menyuruh ketua dan penolong ketua kelas, Anass dan Anis untuk mengira bilangan pelajar sekelas mereka sebelum bertolak.
"𝐁𝐚𝐢𝐤𝐥𝐚𝐡, 𝐦𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐨𝐥𝐚𝐤."kata Cikgu kepada pemandu bas.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aina sedang mendengar lagu sambil melihat perjalanan destinasi mereka. Kawan baiknya pula, Zakwan sedang membaca buku yang dibelinya baru-baru ini. Mereka sudah kenal hampir 2 tahun. Mereka duduk bersebelahan di bahagian hadapan bus.
Beberapa minit kemudian, Anass sedang memberikan setiap rakannya sebotol air mineral yang kecil megikut giliran tempat duduk mereka. Kemudian tibanya giliran 𝑐𝑟𝑢𝑠ℎ Aina iaitu Zafran untuk mengambil air daripada Anass. Aina pula hanya memandang ke arah Zafran dan Zakwan tahu mengenainya.
Apa yang Aina tidak tahu ialah Zakwan sudah lama memendam perasaan cinta kepadanya dan Zakwan ingin meluahkan perasaannya sewaktu tibanya di Cameron Highland nanti.
Zafran pula duduk bersebelahan dengan adiknya, Idzwan. Idzwan pula sedang tidur dan disandari oleh bahu abangnya.
Izz yang dekenali sebagai samseng sekolah terjaga dari tidurnya disebabkan bunyi bising rakan sekelasnya yang duduk di bahagian belakang bas, lalu memarahi mereka.
"𝐒𝐄𝐍𝐘𝐀𝐏 𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐊𝐔 𝐍𝐀𝐊 𝐓𝐈𝐃𝐔𝐑! " jerit Izz kepada rakannya di belakang.
Dengan jeritan Izz, Anass lalu menoleh ke arah Izz dengan muka yang tidak berpuas hati.
Setelah beberapa jam, sebelum sampai di Cameron Highland, bas mereka sampai di MG Hotel pada waktu petang.