Cafe Lavender,
Sungai Seget, Johor Bahru
11.00 a.m.Aku memesan kek strawberi kegemaran aku dan secawan kopi macchiato. Ameerul pula memesan ice americano. Aku pandang di luar jendela kafe tersebut yang agak sesak kerana hujung minggu. Kami berdua pandang masing-masing.
"Woi, kau dah kenapa pandang aku?"
Ameerul gelak kecil. "Taklah kau nampak lawa pulak hari ni. Dengan makeup douyin kau pastu dengan reben tu. Comel."
Pipiku tiba-tiba berasa panas. Tak pernah sekali umur hidup ku lelaki mengorat aku. Ada tapi time aku form 3 ada abang form 5 tu catcall aku. Nasib ada Aralyn time tu. Garang macam singa.
"Ah kau. Ada-ada je" Aku gelak dan menghirup kopi tersebut.
"Sian kau mesti lonely kan. Ye ah, kawan kau tu tengah sibuk assignment" Aku tukar topik untuk menghindar dari pujian Ameerul tadi.
"Ye ah. Aku ajak diorang tak nak. Sibuk nak mampus. Lagi-lagi si Luqman. Mentang-mentang ada girlfriend, ditinggalnya aku sorang"
Aku gelak mendengar rintihan Ameerul. Tiba-tiba, telefonku berdering. Aku buka telefon rupanya mamaku yang menelefon.
"Kenapa Mama telefon ni? Weh kejap eh. Mama aku telefon"
Aku pergi ke luar cafe dan menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum, Mama. Sihat?"
"Waalaikumussalam, ya sihat je. Mama nak tanya cuti semester bila? Ada orang ni nak berkenan dengan Amaya ni"
Aduh, siapa pulak yang datang nak merisik aku ni. Aku ni baru 24 tahun. Tak ready nak khawin. Aku nak fokus degree aku. Banyak dapat tawaran pergi belajar kat London tapi aku tolak sebabnya aku ni manja dengan mama. Tak nak berpisah. Sebab tu aku belajar dekat dengan universiti yang berdekatan rumah aku plus aku ada cousin yang berkerja sebagai kerani so bolehlah aku pau dia kek coklat kat cafe sana.
"Eh, tapi Maya busy ni. Banyak assignment"
"Tapi orang yang nak jumpa Maya ni hensem. Tinggi. Anak kacukan Jepun pulak tu"
Aduh mamaku ni. Aku terpaksa layan dia. Nak tak nak kena pergi. I don't want to be disobedient child!
"Nantilah Maya balik esok. Ok bye Mama. I love you"
Aku tutup telefon dan mendengus kerana aku tak suka orang nak datang melamarlah berkenanlah. Sumpah tak suka! Aku masuk ke dalam kafe semula dan duduk semula.
"Aik pahal ni, masam je muka?"
"Mama aku tulah. Ada orang nak datang berkenan konon. Dengar cerita lelaki tu kacukan Jepun"
"Siapa? Gojo Satoru? Sanji Vinsmoke?"
Aku pukul manja kepala Ameerul. Dia gelak sambil mengusap kepala dia.
"Kau dah kenapa? Diorang tu tak wujud"
"Ye lah. Taste kau kan yang macam Sanji. Pandai masak"
Aku gelak kecil dan habiskan kek aku.
"Pandai ah kau"
Mama menghantar gambar tersebut dalam Whatsapp. Aku melihat foto beliau and wow! Boleh tahan hensem macam Mackenyu. Tapi Mackenyu dah khawin so yang ni macam 2.0 je lah kan? "Bapak hensem sia.."
"Bapak aku? Bapak aku memang hensem" Ameerul membuat lawak. Aku menjeling Ameerul.
"Bising ah"
Kami menghabiskan kopi kami dan kami berjalan-jalan di sekitar kota Johor Bahru. Aku sempat menyinggah ke kedai barangan antik kerana aku jumpa anting-anting berbentuk buah strawberi. Ameerul gelak kecil kerana melihat perangaiku seperti anak kecil melihat mainan.
"Macam budak. Comel"
"Diam."
Aku beli anting-anting tersebut dan kami menerus perjalanan kami. Kami menaiki kereta dan pergi ke tebing Stulang untuk duduk sebentar melihat laut sempadan antara Johor dan Singapura. Ameerul duduk di sebelahku dan melihat matahari terbenam perlahan.
"Weh. Kalau aku cakap aku nak date kau, kau terima tak?"
"Taknak." Aku gelak dan melihat kearah Ameerul
"Okay" Ameerul melihat kembali ke laut yang tenang.
Aku melihat dia seperti seorang kawan. Bukan kekasih. Tetapi lepas event climate change kemarin, aku dapat merasakan sesuatu yang lain. Lain daripada yang lain. Macam cinta tapi aku terus menafikannya. Aku tak nak putuskan persahabatan kami dari sekolah menengah. Oh Tuhan, tolonglah aku hilangkan rasa ini!
YOU ARE READING
Love Contract
Romance"Kejap, maksud kau kita ni kiranya dating lah?" -Amaya Lavena "Yeah, but until we graduate. After that.. we continue our life like a normal" -Ameerul Aslan Adakah cinta mereka berkekalan?