𝐄𝐋𝐈𝐙𝐀𝐁𝐄𝐓𝐇 𝐑𝐘𝐃𝐄𝐑 𝟎𝟏

123 31 3
                                    

"KAU dah fikir masak-masak ke sebelum bagitahu benda sebenar? Kalau dia tahu mesti dia kecewa," kata Lee Yi. Kawannya yang sorang ini memang suka buat kerja senyap-senyap di belakangnya.

"Kalau dia tahu pun tak apa lah," jawabnya dingin. Mood tidak baik sekarang ini. Lee Yi terus mengemas mejanya dan mengambil buku untuk rujukan semasa di kelas nanti.

"Cis, lantak kau lah. Jangan lambat, hari ini kau kena ajar kelas baru kan?" tebak Lee Yi. Dia mengangkat tangannya, tanda melambai pemergian Lee Yi keluar dari bilik khas.

Dia mula menapak keluar sebaik sahaja mengambil buku pelajar barunya. Professor sebelumnya itu memintanya memulang semula buku pelajar yang ia hendak tanda minggu lepas.

Sepanjang jalan, ramai pelajar universiti itu memberi salam kepadanya dan ada yang melirik ke arahnya dengan tatapan minat.

Pintu dewan kuliah 3-10 dibuka, terpampang para pelajar yang sedang bergurauan, bermain telefon pintar dan ada juga beberapa pelajar mencatat nota.

Dia berjalan dengan berkarisma, kasutnya berbunyi menyentak lamunan mereka di dalam dewan itu. Masing-masing mula menggelupur menyimpan barang mereka dan mengeluarkan buku.

"Attention. Saya harap awak dengar apa saya nak cakap," pesannya. Semua pelajar mula memberi tumpuan pada 'professor muda' mereka.

"Nama saya Rayyan Ernest, boleh panggil saya Dr. Rayyan." Dia memperkenalkan dirinya.

"Saya yang ganti Professor Hakim Ali. Saya akan ajar awak tentang information profession. Jadi, kita akan mulakan kelas harini dengan slide, keluarkan buku catatan dan salin."

Mereka semua mula membuka buku dan menulis nota ringkas yang terpapar di slide.

Pintu dewan kuliah dibuka dengan kasar, dentaman pintu mengejutkan pelajar di dalam dewan.

"Maafkan saya prof! Saya lewat!" Kelibat seorang pelajar berlari ke arah Dr Rayyan Ernest. Gadis itu kembali berlari ke tempat duduk kosong setelah meletak surat di atas meja.

"Saya tak suruh awak duduk," ujar Dr Rayyan. Langkah gadis itu terhenti. Kenapa dia baru perasan tu prof baru!

"Ma-maaf prof, tadi jalan jam. Ala prof, saya lewat 3 min-"

"Saya tak suruh awak cakap," pintas Dr Rayyan. Gadis itu terdiam.

"Awak ada kad kan? Saya nak minta kad awak," minta Dr. Rayyan. Mata gadis itu membulat, eh takkan lah nak report aku hadir lewat kut! Kasi lah aku ni chance! Gadis itu menyelongkar beg sandangnya.

Kad diberi kepada Dr. Rayyan. Rayyan melihat nama yang tertera di bawah kad pelajar.

Elizabeth Jessica Tan
Library Information

"Nama awak dah naik dekat papan pelajar datang lewat. Kalau awak datang lewat lagi, awak akan diberi surat amaran." Gadis yang bernama Elizabeth hanya menggangguk.

"By the way, awak boleh panggil saya Dr Rayyan. Awak boleh duduk di tempat awak," kata Rayyan. Haih, baru first day masuk mengajar pun ada pelajar lewat.

"KENAPA kau dekat dalam rumah ni?" tanya ayah Lee Yi, Alan Lee. Ryder yang sedang mengelap lantai menggunakan kain buruk itu ditatap dengan tatapan benci.

Lee Yi datang membawa besin terisi air bersih dari arah dapur.

"Kenapa kau bagi dia masuk rumah ni? Anak pelacur tak patut jejak dalam rumah ni!" tengkingnya. Berang melihat anaknya yang sesuka hati memberi tempat tinggal kepada orang seperti Ryder.

"Ayah, Ryder kena halau ayah. Dia tak ada tempat tinggal. Kesian lah dia ayah," pujuk Lee Yi. Alan Lee tidak peduli dengan pujukan anaknya, dia mula menarik kolar baju milik Ryder. Ryder yang menerima tindakan itu secara tiba-tiba mula memegang lehernya.

"Anak bisu ni tak ada guna kau nak simpan tahu tak. Aku bagi kau rumah segala harta, bukan habiskan dengan anak malang ni! Kau faham tak? Kau masuk ke bilik sekarang!" Lee Yi terdiam. Dirinya mematung melihat ayahnya menarik leher Ryder untuk keluar dari rumah besar ini. Ryder tidak menunjukkan ereksi apa-apa.

Air mata aku dah habis.

Alan Lee mula mengambil kayu di tepi reban ayam miliknya dan mula memukul belakang badan Ryder supaya Ryder pergi jauh dari garaj rumah itu.

"Aku haramkan kau jejak ke sini, jangan kau berani datang lagi!" jeritnya. Ryder terus berdiri dengan perlahan, seperti terasa badannya yang sudah tidak berdaya lagi. Dia mula berjalan dengan perlahan keluar dari kawasan rumah itu.

Aku rasa tulang aku dah patah.

Sakit, bu. Ryder sakit.

Dia mula berjalan perlahan, sampai tidak sedar, dia sudah sampai ke arah jambatan yang menyambungkan kampung dan bandar. Dia mula berjalan ke arah jambatan panjang itu.

Selamat sampai di bandar, dia melihat sekeliling. Dia tidak pernah menjejakkan kaki di bandar. Dan ini, pertama kalinya.

Bangunan pesat membangun, gerai dan kedai ada dimana-mana.

Mulakan hidup baru, Ryder. Cari kembar kau, perlahan-lahan.

Ryder menghentikan langkahnya dan melihat arah bawah jambatan, adanya semak-samun di sana. Ryder mendekati dan meredah semak-samun itu.

Adanya tong sampah yang berkulat dan kotak-kotak terbiar. Ryder mula mengambil kotak itu dan menjadikannya alas. Jejaka itu mula duduk, menghilangkan rasa penat yang bermaharajalela. Malam semakin pekat. Kepala terasa pening diurut perlahan.

Sikit lagi, Ryder.

Bunyi perutnya tidak ia ambil peduli, dia mula memejamkan matanya. Tidur lebih baik.

𝐇𝐈 𝐀𝐖𝐀𝐊, 𝐒𝐈 𝐁𝐈𝐒𝐔! Where stories live. Discover now