14 | Kebetulan Yang Dirancang

12 1 0
                                    

"Eh Tengku!" Panggil Nash ke suatu arah. Dia berjalan menuju ke Tengku Saad dan Tengku Jeem yang berada di saf hujung. Mereka turut bersalaman antara satu sama lain sambil tersenyum.

"Panggil Saad saja lah Nash." Ucap Saad Abdul Wakeel, dia mengusap belakang lehernya dengan janggal.

"Mana boleh Tengku. Saya rakyat biasa... kot-kot nanti kena angkut." Bisik Nash dengan Tengku Saad.  Risau dia nanti.

"Tiada siapa pun dekat sini, orang-orang pun tak kenal kami berdua." Balas Tengku Saad, dia juga turut berbisik dengan perlahan.

Tengku Jeem terketawa riang. Dia turut mengangguk. Di Negeri Indera mereka terkenal, tapi bila berada di negeri orang lain terasa seperti orang biasa. Tiada siapa yang kenal mereka melainkan diri mereka sendiri. Tidak tahu pula yang solat subuh di surau Kampung Mas Muda boleh menjadi begitu tenang. 

Bahu Nash ditepuk perlahan oleh Encik Arman.

Dia tersenyum memandang kedua-dua pemuda yang  segak. Jarang-jarang ada orang muda yang ke surau pada waktu subuh. Ada tetapi sekali-sekala. Tapi... wajah mereka ini asing.

"Kawan kamu ke bang?"

Saad menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Jeem juga turut sama. Sambil tersengih seperti kera busuk.

"Kawan adik."

"Ni Tengku Saad, ni Tengku Jeem ayah." Kata Nash bergilir-gilir memperkenalkan kedua-dua Jeem dan Nash sebagai kawan Sierra. Nash berbisik ke arah ayahnya dengan ayat yang berbunyi,

"Diorang ni kerabat Negeri Indera."

"Ohh— Tengku..."

"Panggil Saad dengan Jeem je... tak apa..."

"Tak apa ke? Boleh ke?" Tanya Encik Arman dengan lebih lanjut.

Jeem mengangguk sebagai tanda ya. Kalau pertemuan sebegini boleh, tiada mata-mata yang memandang.

"Saad dengan Jeem mahu sarapan ke rumah kami?" Pelawa Encik Arman tanpa segan silu.

"Boleh ke?"

"Boleh sangat. Kita singgah beli sarapan dulu."

"Tak apa ke pak cik?"

"Tak apa, lagi pun kawan Sierra kan?"

Jeem dengan Saad saling berpandangan. Jeem hanya turut mengangguk apabila Saad mengangguk.

"Tapi kami ramai pak cik, tak apa ke?"

"Tak ada hal punya! Jom-jom ke rumah sarapan pagi. Lepas makan boleh minta Sierra dengan Nash bawa kamu pergi tengok air terjun. Itupun kalau kamu free lah.."

"Eh free sangatlah kami ni..."

Jeem mencuit pinggang Saad perlahan. Dia tidak free, jam 10 nanti dia kena pulang ke Indera semula. Tapi apa salahnya kan? Saad menjengilkan matanya. Meminta supaya Jeem memberi kerjasama supaya dia boleh bertemu dengan Sierra.

Dia... masih mahu melihat Sierra di hadapan matanya. Kelmarin mereka mengucapkan selamat tinggal selepas mendaki bukit.

"Will I be able to see you again?" Ucap Saad Abdul Wakeel pada Nur Sierra. Dia tersenyum kecil.

"InsyaAllah. See you when I see you, okay?"

Saad mengangguk. Dia kembali ke arah kereta mereka di mana Jeem, Sheen dan Imran berada. Dia menoleh ke belakang untuk memerhati Sierra yang kian menghilang daripada pandangannya.

Ya Allah, dia tidak mahu berpisah dengan Sierra.

-

Terlopong luas mulut Sierra apabila melihat Tengku Saad, Tengku Jeem, dan Tengku Sheen sedang duduk di ruang tamu mereka. Malah sedang sakan bercerita dengan Nash dan Encik Arman. Ohhh! Ini sebabnya dia kena pergi beli kuih-muih seawal yang mungkin dekat warung Cik Peah yang berada tidak jauh dari rumah mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bawa Dia KembaliWhere stories live. Discover now