Stop giving 100% to people who only give you 50%
Nafas dihela lemah. Arian rehatkan kepalanya pada stereng kereta. Sejenak matanya naik memandang rumah di hadapannya. Rumah Encik Khalid. Ya, semalaman dia duduk di dalam kereta. Menanti sesuatu yang dia sendiri tak pasti. Semalam juga dia merenung ke satu tingkap di tingkat 2 rumah itu. Pastinya tingkap bilik isterinya, Ayra.
Bunyi rintik hujan yang semakin mengganas di luar menenggelamkan Arian dalam lena. Dia terlalu penat. Entah berapa lama dia tertidur sebelum kedengaran bunyi tingkap keretanya diketup beberapa kali.
Perlahan Arian angkat wajah. Pandangannya yang kian jelas menangkap susuk tubuh yang berdiri di luar kereta. Berdiri tegak sambil memegang sekaki payung. Lekas lekas pintu kereta ditolak. Buru buru Arian keluar dari perut kereta.
"Ayah..." Melihat akan wajah tegang itu buatkan tingkah Arian terbejat.
Encik Khalid menggeleng perlahan. Serentak itu dia berpaling. "Masuk, Arian."
Arian kelu. Namun dia buka juga langkah mengikut Encik Khalid. Tubuhnya sudah basah ditimpa hujan lebat tak dihiraukan lagi. Kesejukan yang menggigit hingga ke tulang dibiarkan saja. Kedinginan bapa mertua nya lebih mencengkam kalbu berbanding kedingin berdiri di bawah rintik hujan.
Sampai di muka pintu, Arian lihat Encik Khalid berhenti sejenak di hujung tangga. Kedengaran keluhan kecil dilepaskan dari bibir tua itu.
Encik Khalid berpaling memandang Arian yang berdiri di luar pintu rumah. "Tunggu sekejap. Ayah panggil kan Ayra."
Entah hendak membalas apa, Arian sekadar menggangguk. Di lihat Encik Khalid mendaki anak tangga. Pastinya menuju ke bilik Ayra.
Arian duduk di luar rumah. Membiarkan tubuhnya terkena tempias hujan. Perlahan matanya dikatup. Dia terlalu letih. Entah penat fizikal atau pun mental, yang pastinya dia sudah terlalu lelah.
Entah berapa lama Arian berkeadaan sebegitu, kedengaran derap langkah menghampiri. Lekas lekas matanya dibuka kemudian tubuhnya berpaling ke belakang memandang si pemilik derap langkah itu.
Terbejat tingkahnya. Terkelu lidahnya.
Ayra.
Wanita yang sangat di rindui.
Ingin saja dia berlari mendakap tubuh itu. Namun, apakan daya. Melihat pada wajah tak beriak itu, Arian batalkan saja niatnya.
Ayra kumpulkan kekuatan. Tangannya menghulur satu tuala biru gelap di tangan ke arah Arian. "Ni tuala untuk awak keringkan diri. Lepas ni awak masuklah tukar pakaian. Ayah dah tunggu nak solat subuh sekali."
Sejurus meninggalkan pesan, Ayra buka langkah hendak meninggalkan Arian terpingga pingga sendiri.
"Lifeline..."
Langkah Ayra terhenti. Matanya terpejam seketika. Nafas ditarik. Kekuatan cuba dikumpul sebanyak mungkin.
"Masuk, ayah dah tunggu."
Arian pegun. Kedinginan Ayra seakan membunuhnya dalam diam.
"Ya Allah. Apa yang aku dah buat? Aku dah lukakan hati isteri yang tulus cintakan aku."
Usai menganti pakaian Arian termenung seketika di hadapan cermin. Pakaian di tubuhnya dikerling sejenak. Kain pelikat dan tshirt kelabu di tubuh di pandang dengan senyuman pahit. Memori sebentar tadi terimbas kembali dalam kotak ingatannya.Ketukan pintu buatkan Arian yang hendak masuk ke dalam tandas kembali berpaling. Pintu bilik dikuak sedikit sebelum dia ukir senyuman memandang wajah polos Ayra di situ.
"Ni baju dan kain pelikat. Pakai lah dulu." Barang di tangan di hulur ke arah suaminya.
Arian tak terus mengambil sebalik memerhati tindak tanduk Ayra. Anak mata wanita itu langsung tak memandang ke arah mata miliknya. Pandangan itu suram tak seperti dahulu. Arian tertanya jikalau semua itu berpunca darinya.
Mata Arian turun memandang pakaian di tangan Ayra. "Ni baju abang, kan? Macam mana boleh ada dekat sayang?"
"Saya keluar dari rumah tu bukan saja dengan hati yang terluka tapi dengan otak dan akal. Saya tahu saya mengandung, lambat laun anak saya akan rindukan sosok seorang bapa." Ayra jongket bahu. Tangannya digoyang sedikit, menggesa Arian untuk mengambil pakaian itu dengan segera.
"Ayra... Abang..." Arian menunduk kesal. Kesal dengan perbuatannya. Kesal dengan egonya. Kesal dengan segalanya. Andai saja waktu dapat di putar kembali.
"Dah lah. Saya masih hormatkan awak walau awak berikan saya luka. Awak masih suami saya. Perbuatan awak mungkin dah retakkan hubungan kita tapi perasaan saya pada awak masih sama." Ayra tarik sebelah tangan Arian. Pakaian bertukar tangan.
Ayra kembali berpaling. Bersiap sedia untuk meninggalkan ruangan itu. "Meeting you was the nicest accident, you heal me but at the end you’ve decided to leave me. So, I leave you in the care of Allah. If it’s meant it’s meant."
Kata kata Ayra sesungguhnya menusuk jiwa Arian. Wajah itu tenang namun Arian tahu hati itu hancur sehancurnya.
Bagi Ayra, hilang ya hilang. Pergi ya pergi. Sepasrah itu keadaannya tika ini.
"I'm sorry, lifeline." Pakaian di tangan digenggam erat.
"Tak perlu minta maaf. Saya tak suka nak paksa orang untuk terima saya. Kalau itu pilihan awak... Kejarlah, saya tak akan halang." Ayra menunduk memandang cincin di jari.
"Walaupun kita tak mampu bersama sekurang kurangnya salah seorang dari kita berhak bahagia. I rather see you happy with someone else than never see you again." Serentak itu Ayra melangkah pergi. Meninggalkan Arian dengan segala memori. Meninggalkan Arian dengan hukuman yang tak pasti.
Mengingatkan memori itu, Arian ketap bibir. Sedar kesilapannya kian memakan diri.
Apa pun yang terjadi dia perlu betulkan semula keadaan. Apa pun yang berlaku dia perlu dapatkan semula kepercayaan Ayra yang sudah musnah angkaranya.
Dia nekad. Apa pun yang terjadi hubungan mereka perlu di selamatkan.
Langkah di buka meninggalkan bilik tersebut kemudian menuju ke tingkat atas. Ya, dia duduk di satu bilik di tingkat bawah. Berasingan dengan Ayra. Dia tak menyoal tentang hal tersebut. Dia bahkan tahu yang saat ini Ayra cuba membina benteng di antara mereka.
Terima saja.
Telan saja.
Ini semua angkara diri sendiri.
Angkara kebodohan diri sendiri.
YOU ARE READING
Kerana Cinta
RomanceCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...