Bab 2 : Percaya

302 19 0
                                    

KEDENGARAN bunyi telefon pintar milik Astra berdering dengan lagu Kill This Love daripada kumpulan Blackpink. Butang call berwarna hijau itu ditekan.

"Astra, you dah siap?" soal Eva. Kedengaran suasana seperti di dalam kereta. Mungkin, sedang dalam perjalanan untuk mengambil Astra di rumahnya.

"Dah," jawabnya sambil menutup pintu biliknya dengan rapat. Anak tangga itu dituruni secara perlahan. Risau pula jika terjatuh.

"We'll arrive in 15 minutes, see ya!". Panggilan itu dimatikan oleh Eva. Astra melabuhkan punggungnya di atas sebuah sofa berwarna emerald green. Dia menekan aplikasi Instagram untuk memuat naik sekeping gambar yang sempat diambilnya di dalam bilik.

Seperti biasa, Astra hanya memuat naik gambar tersebut di storynya. Di dalam gambar itu, terlihat lekuk badan Astra yang memakai sehelai baju berwarna putih yang memeluk tubuhnya dengan rapi. Sempat juga dia memakai seutas rantai emas yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.

Sementara menunggu Eva dan ahli kumpulannya yang lain, terlihat nama Rayyan yang terpapar di skrin telefon pintarnya. Muka Astra berkerut. This guy, again? Monolognya di dalam hati. Astra mengeluh, sebelum menekan bahagian chats.

That dress is too tight for you, Cik Astra.
Haven't you thought about changing yourself?
Let me help you, Cik Astra.

Mesej itu dibaca olehnya. Lantas, tangannya mula menaip jawapan untuk dibalas serta-merta.

You ni memang jenis tak faham bahasakah?
I told you to mind your own business, so do that. Oh, it was a mistake to actually contact you through WhatsApp. If you hate me, simply block me and anggap saya ni tak wujud.

Don't reply.

Telefon pintar itu diletakkan di dalam beg tangannya yang juga berwarna putih. Malas hendak melihat jika ada jawapan oleh lelaki yang acah alim itu.

• • •

KEESOKAN paginya, Astra bangun daripada tidur dengan rasa sakit kepala yang amat. Mungkin, dia telah minum terlalu banyak semasa di kelab semalam sehingga mendapat hungover. Astra mengeluh sebelum menggeliat.

Telefon pintarnya dicapai. Aplikasi Instagram ditekan. Chat antara dia dengan Rayyan ditekan.

Believe me, Cik Astra. Saya sendiri tidak tahu mengapa saya ingin bantu cik. So let's meet up and talk about this.

Mesej itu dibaca oleh Astra. Dia mengeluh. Dirinya ingin dibantu, tapi dia susah ingin mempercayai lelaki yang sebegini. Bukan dia tidak tahu, ada sahaja manusia yang bertopengkan syaitan. Dalam diam buat jahat, depan-depan terlihat baik.

No means no, Encik Rayyan.

Rayyan mengeluh saat membaca jawapan yang dibalas oleh Astra. Mesej itu dibiarkan sahaja tanpa sebarang jawapan.

"Kenapa ni, Rayyan?" soal Ayesha yang dari tadi memerhatikan adiknya yang satu ini. Sekejap mengeluh, sekejap mengusap rambutnya kasar. Macam orang tak siuman dah.

"It's nothing–".

"Don't lie to me, Rayyan. Cuba beritahu kakak, apa masalah yang awak sedang hadapi. Mungkin, kakak boleh bantu?".

Rayyan mengeluh lalu bersandar pada kusyen yang empuk itu. Akhirnya, dia mula bercerita tentang Astra. Bagaimana dia terpilih sebagai lucky fans dan juga perasaan yang membuak-buak ingin membantu Astra.

2 | Beza (Hiatus)Where stories live. Discover now