RYDER sedang ralit memandu ke rumah peninggalan enza. Aku pasti akan jumpa penunjuk disitu bisik hati Ryder.
Pintu rumah itu dikuak dari luar. Ryder perlahan lahan menolak daun pintu untuk memberi ruangnya masuk. Rumah itu tampak usang, berhabuk dan tidak terurus.
Ryder mendekati dinding yang digantung bingkai gambar keluarga De'luca namun hampa gambar itu sudah usang dan dibakar membuatkan gambar itu tidak jelas.
Ryder mengeluh kecil lalu beralih ke arah ruang tamu. Matanya menangkap sinaran sekalung rantai yang terputus milik enza. Ya disini dia membunuh enza. Ryder membungkuk lalu mengutip serpihan rantai itu. Kalau dilihat dengan betul rantai itu adalah rantai matching.
Maksudnya rantai ini ada pasangannya! Bisik hati Ryder. Ryder terus memasukkannya didalam poket.
Dengan langkah santai Ryder menerokai rumah itu. Satu demi satu pintu dikuak olehnya mencari bahan bukti yang lengkap.
Ryder berhenti dihadapan bilik tidur enza. Patutkah aku mencari disini? Bisik hati Ryder. Dalam keterpaksaan dia menolak daun pintu itu. Matanya dengan pantas menangkap sebingkai gambar enza bersama bekas tunangnya.
Mereka seperti mahu menghapuskan jejak bisik hatinya lagi.
AKU menghampiri katil Avia. Lebih baik kau mampus daripada hidup bisik hati aku. Aku menoleh ke arah CCTV yang dipasang oleh Ryder dan noa beberapa hari lepas. Katanya mahu memantau jikalau keluarga De'luca mencuba membunuh Avia.
Ini yang payah. Macam mana aku nak bunuh Avia? Dalam beberapa saat aku menghadap Avia sambil berfikir bagaimana untuk membunuhnya, nazri menolak daun pintu dengan kasar membuatkan aku terkejut.
"Kau Memang dah melampau, Larissa! Kau hasut adik aku! Kau manipulate kan dia untuk menyalahkan aku! Aku tak ingin berkerjasama dengan kau!" Aku Pura Pura terkejut dan takut.
"Apa yang kau cakapkan?" Nazri nampak seperti orang gila. Dia memegang pisau yang tajam lalu diacukan ke aku. Macam lah dia boleh bunuh aku macam tu aja.
"Kau tak usah Pura Pura Larissa Elaire! Aku tahu siapa kau dan aku tahu kau tahu siapa aku! Baik kau ikut aku jumpa Ryder dan beritahu Hal ini kepada dia!" Nazri mencengkam lengan aku dengan kuat.
"Sakit! lepaskan lah aku bodoh!" Aku berusaha melepaskan diri daripada nazri namun tak berjaya. Kudrat dia lebih kuat berbanding aku!
nazri menikam lengan aku yang dicengkam olehnya. Perih!
"Lebih baik kau dengar cakap aku betina!" Jerit nazri
Aku terus memandang CCTV yang masih lagi aktif. Lebih baik aku tidak bertindak supaya mereka boleh nampak yang aku mangsa keadaan.
Tiba tiba aku terdengar pintu wad Avia ditendang kuat dari luar. Ryder dan noa berdiri dimuka pintu.
"Aura!" Jerit Ryder apabila dia ternampak yang aku berusaha melepaskan diri.
"Nanti dulu Alex! Kau Kena dengar ni! Dia ni bukan aura!" Kata kata nazri dipotong.
"Diam! Kau yang Cuba melukai naura dan kau yang bersenjata! Tak perlu Pura Pura nazri! Aku dah ada bukti yang cukup kukuh untuk mengatakan bahawa kaulah yang pembelot!" Jerit noa dengan suara lantangnya.
Nazri hanya menghambur ketawa hambar. "Tak mungkin! Ni semua kerja betina ni!" Nazri menarik rambut aku! Rasanya sungguh derita!
"Dia yang upah dan manipulatekan adik aku!" Sekali lagi nazri menikam aku tetapi dibahagian peha kanan aku. Aku mengerang kesakitan.
"Cukup!" Ryder mengeluarkan pistolnya dan menembak tepat dikepala nazri membuatkan pegangan Nazri padaku dilepaskan.
Ryder bergegas disisi aku lalu menarik lengan aku dekat padanya. "Luka yang dalam! Luth panggil nurse! Minta dia ubati Luka aura!"

YOU ARE READING
𝓡𝔂𝓭𝓮𝓻𝓐𝓾𝓻𝓪 [OG]
ActionBERMANDIAN DARAH SUDAH BIASA BAGINYA. SEORANG MAFIA YANG HIDUP DI DUNIA PENUH PENIPUAN DAN KEJAM. IT'S ALL STARTED WITH A LIE ALEX RYDER GRAYSON X NAURA QALISHA "Sebab tu aku kekalkan identiti sebagai Ralief untuk protect Naura" -Alex Ryder Grayson ...