ADIAN Putra Firhad menyemak semula fail dokumen yang berada di atas meja. Dahinya mula berkerut apabila membaca semula maklumat-maklumat tersebut. Dia menghela nafas perlahan. Ini bukanlah kali pertama dia membaca dokumen yang telah dibuat oleh stafnya. Sudah berkali-kali dia berpesan supaya tidak membuat sambil lewa malah sama sahaja.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk", arahnya dari dalam. Tangan masih leka menyemak fail seterusnya.
"Tuan Adian, ada orang datang nak jumpa tuan", ujar Tania seraya masuk ke dalam pejabat Adian.
"Siapa?",
"Katanya girlfriend Tuan. Saya pun tak pasti", jawabnya.
'Girlfriend? Takkanlah Hana datang sini? Baru beberapa jam lepas dia call' getus hati Adian pelik.
Berapa banyak girlfriend yang si Adian ni ada sebenarnya?
"Suruh dia masuk bilik saya", arah Adian kepada wanita itu. Tania tidak membantah. Dia mengangguk dan keluar semula dari pejabat.
Dalam beberapa saat, kedengaran bunyi tapak kasut tumit tinggi memecahi ruangan pejabat itu. Adian mengangkat kepala melihat seorang wanita yang penuh dengan gaya melangkah menghampirinya.
"Awak? Awak buat apa dekat sini?",
Adelia tidak menjawab. Sejurusnya dia menilik setiap penjuru pejabat Aduan dengan penuh teliti.
Cermin mata hitam yang terletak pada matanya dibuka. Mata helangnya tepat memanah anak mata biru jejaka di hadapannya.
"Not bad. Dah lama kerja dekat sini?", Soal Adelia dengan nada yang tenang. Beg tangan Cristian Dior diletakkan di atas meja.
"Boleh tahan lama. Awak buat apa dekat sini? Macam mana awak boleh tahu tempat kerja saya?", Soal Adian pula dengan nada yang ingin tahu.
Siapa saja yang tidak terkejut jika seseorang yang agak asing boleh tahu fasal diri kita. Malah, lebih dari itu.
"Benda tu tak penting untuk you tahu, Mr Adian Putra Firhad.",
Sekali lagi Adian terkebil-kebil memandang gadis itu dengan tidak percaya.
'Nama aku pun dia tahu?'
"I rasa you masih ingat tentang hutang you dengan I tempoh hari.", Kata Adelia.
"Saya ingat",
"Glad to hear that. So, start from now, you're my boyfriend and I'm your girlfriend. You're mine and I'm yours, get it?", Ujar Adelia bersama satu senyuman yang penuh bermakna.
Akhirnya, ada juga cara untuk dia keluar dari aturan ayahandanya. Tidak perlu lagi bersua muka dengan lelaki-lelaki yang menjadi pilihan Raja Pangeran Ahmadi yang selalu inginkan menantu.
"Awak serius ke?", Soal Adian.
"You nampak muka I ni tengah main-main ke, baby? Hm?",
Adian tertelan liur mendengar.
Adelia tersenyum senget melihat wajah kelu Adian.
'Fuck! He's so cute!', bisik hati Adelia.
"Start from now, no more awak saya. It's you and me. You get it, baby?", Kata Adelia sambil menguntum senyuman manis. Lalu dia menjinjat sedikit ke atas supaya dapat melihat wajah itu dengan lebih dekat.
Adian terkelip-kelip melihat gadis itu.
"Tapi..Saya..Maksud I..I dah ada tunang.", Kata Adian menafikan.
YOU ARE READING
Her Obsession: Raja Adelia Raessa
Action𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐞𝐬𝐬𝐚 | 𝐀𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚 𝐅𝐢𝐫𝐡𝐚𝐝 On going. But soon.