-3-

834 63 0
                                    

Dahlia bersiap untuk ke pejabat seperti biasa pagi itu. Sesekali apa yang jadi malam semalam datang ke ingatannya dan dia menggeleng laju seperti mahu membuang apa yang datang itu.

Ugh lupakan benda tu Dahlia! Ingat, kau tu dah 30! Don't act like some teenagers!

Dahlia berpesan pada dirinya dan dia mencapai handbag. Dia melihat jam tangannya dan berjalan keluar dari bilik. Waktu awal pagi begini, Wafi biasanya keluar jogging. Itu rutin harian Wafi.

Balik dari jogging, Wafi akan buat kerja-kerja rumah. Mengemas, basuh baju dan juga memasak.

Kadang-kadang aku rasa macam dia orang gaji kat umah ni. bisik hati kecil Dahlia.

Tiba-tiba ekor matanya menangkap sesuatu di atas sofa di ruang tamu. Kakinya serta merta terhenti dan dia berpusing memandang ke arah ruang tamu.

Matanya membulat dan dia hampir berlari, meluru kearah satu anak patung arnab bersaiz sederhana yang terletak elok di atas sofa. Dia menutup mulutnya.

"Eiiiii so cute!!!!" Dahlia kemudian memeluk patung itu erat.

"Macam mana kau boleh ada kat sini? Wafi punya ke?" Dahlia berkata seolah-olah dia bercakap dengan patung tersebut.

"Aww I wish I can have you!" sekali lagi Dahlia memeluk patung itu erat.

"Oh shoot. Aku dah lambat. Bye baby boo~" Dahlia mengusap kepala anak patung itu ceria kemudian dia berjalan keluar dari rumah.

Pada Dahlia, tiada siapa di rumah tapi hakikatnya, pagi itu, Wafi tidak keluar jogging gara-gara semalaman dia tidak dapat tidur dan dia bangun lambat.

Wafi melihat semua yang jadi sebaik dia keluar dari tandas. Dia masih tidak dapat proses sisi baru Dahlia yang dia saksikan tadi.

Dia berjalan ke arah anak patung arnab itu. Anak patung yang dibelinya dari seorang pakcik tua atas dasar kesian malam semalam.

Dia mencapai patung tersebut dan menciumnya.

Bau minyak wangi Dahlia. In contrast to her cold and distant aura, her fragrance is surprisingly so gentle and warm.

"Jadi kau suka arnab ya Dahlia?"

Wafi senyum sendiri apabila satu idea muncul di kepalanya.

+++

Bunyi kunci dibuka menandakan Dahlia sudah pulang dari kerja. Wafi segera mencabut apronnya dan berlari mendapatkan Dahlia.

"Kau dah balik!" sapa Wafi dengan wajah teruja sebaik Dahlia masuk ke dalam rumah.

Dahlia berkerut melihat reaksi Wafi.

"Kau dah kenapa? Nak duit?" soal Dahlia.

Wafi menggeleng, masih dengan senyuman di wajahnya.

"Sini! Sini!" Wafi kemudian menarik tangan Dahlia dan membawanya terus ke dapur. Dia menarik kerusi untuk Dahlia duduk.

Dia hilang ke dapur seketika kemudian kembali ke meja makan bersama satu pinggan yang sudah cantik terhias.

Melihat apa yang dihidangkan, Dahlia menutup mulutnya yang ternganga.

"Aku terjumpa satu resepi kat Facebook jadi aku decide untuk cuba. Tak sangka kejadiannya lebih baik dari yang aku harapkan." Wafi kemudian ketawa sendiri. Ni masuk bakul angkat sendiri namanya.

"It's

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"It's... so... perfect.... Uhuuuu..."

Dahlia menangis. Wafi auto panic.

"Wei kau kenapa? Aku ada buat salah ke???" dia mengesat air mata Dahlia dengan belakang tangannya.

"It's so cute and perfect. Aku tak sanggup nak makan. Macam mana kalau aku rosakkan dia?" kata Dahlia dengan air matanya yang masih bersisa.

"Aku buat banyak. Don't worry. Kalau kau habiskan yang ni, aku buat yang lain." pujuk Wafi sambil sebelah tangannya mengesat air mata Dahlia dan sebelah lagi memegang tangan Dahlia.

Dahlia memandang Wafi tepat ke dalam matanya.

"Betul ni?" Dahlia mahukan kepastian.

Wafi mengangguk. "I promise. InsyaAllah, selagi aku ada kat sini, peti kau tak akan putus dari pudding ni."

"Aku nak bentuk bunny." Pinta Dahlia lagi.

"Sure. Sure."

+++

Wafi berbaring di katilnya, memandang siling. Kedua tangan di dadanya, lebih tepat di jantungnya.

What was that just now?

"Betul ni?" soalan Dahlia kembali menjengah ingatannya. Mata bulat seperti boba itu kelihatan sangat comel di pandangan Wafi.

Eiiii makhluk apa yang comel sangat tadi! Wafi dah bergolek dari hujung ke hujung katil beberapa kali sehingga dia kembali di tengah katil.

Hari ni hari bertuah aku ke? I keep seeing her unexpected side.

Apa yang jadi di meja makan tak lama tapi cukup untuk buat Wafi rasa seperti di awangan. Dahlia menghabiskan pudding yang dihidangkan dan menghilang sebaik Wafi kembali ke meja bersama pudding tambahan.

Aku yakin dia tengah menyesali apa yang dia buat tadi. Wafi ketawa sendiri membayangkan Dahlia memarahi dirinya yang bersikap di luar karakter.

+++

Wafi betul. Dahlia dah masuk mode menyesal. Dia baring di lantai di biliknya, memandang siling dan terkumat-kamit membebel pada dirinya.

"Apa yang aku dah buat tadi? Menangis? Aku menangis depan budak tu? Ughhh!!" Dahlia menendang angin.

"Ish sangat memalukan!" Dahlia mengiring di sisinya.

Dia kemudian mengeluh.

"Kau lah Dahlia. Obsess sangat dengan arnab. Now you have showed one of your weakness in front of him. Haaa, mesti dia rasa gross dengan apa yang dia nampak tadi. A 30 year old literally cry just because she can't stand seeing cute things especially bunny. I'm such a silly woman!"

The Lady & The Homeless Man She Picked Up ✅Where stories live. Discover now