MOT | 1

1K 22 0
                                    

KRING! Kring!

Jam menunjukkan pukul 5:20 a.m. Tangan kiri meraba-raba meja kecil mencari telefon yang berbunyi alarm. Setelah tangan seperti merasa sesuatu terus diangkat lalu butang dileret ke atas. Telefon diletakkan semula di atas meja kecil.

"Ermmm" aku bangkitkan diri dari baring. Mata digosok perlahan. Selimut di tolak ketepi, kaki menyentuh lantai lalu bergerak menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.

Pintu tandas dikuak luas. Kaki melangkah masuk lalu pintu tandas ditutup rapat semula.

Pukul 6:30 a.m.

"Assalamu'alaikum warahmatullah..." kepala digerakkan ke kanan dan kemudian ke kiri memberi salam selepas habisnya solat. Tangan ditadah untuk membaca doa selepas solat.

Seusai membaca doa, sejadah dan telekung dilipat lalu digantungkan ke hanger. Kaki melangkah kembali masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri, badan dipakaikan baju uniform sekolah bersama kain berwarna biru cerah. Bersedia untuk pergi kesekolah.

Pintu bilik dikuak besar lalu kaki melangkah keluar dari bilik. Pintu dirapatkan terus kaki bergerak menuju ke tingkat bawah.

Sesampai di tingkat bawah aku melihat ayah dan abang-abangku sedang duduk di meja makan manakala ibuku sedang menyiapkan sarapan pagi. Aku mengukir senyuman manis sebelum turun kebawah menuju ke mereka.

"Morning everyone!" sapaku ceria kepada mereka.

"Morning my beloved daughter" balas ayahku sambil mengukir senyuman manis.

"Morning our princess" balas abang-abangku. Aku mempunyai 4 abang bernama Lutfan Naufal, Lathif Nuwair, Luzman Nadim dan Luqman Nadir.

"Morning to my beautiful young girl" balas ibuku gembira.

"Jom sarapan sekejap lagi nak pergi sekolah lambat pulak" ujar ibuku. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Tangan mencedok nasi goreng lalu diletakkan ke dalam pinggan.

"Lutfan baca doa." Lutfan yang sedang bermain telefon tersentak apabila namanya diseru. Terus dia meletakkan telefonnya di atas meja sebelum menadah tangan.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

"NAH duit belanja sekolah" Lutfan menghulurkan not 5 ringgit kepadaku terus aku mengambilnya sebelum mengucapkan terima kasih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"NAH duit belanja sekolah" Lutfan menghulurkan not 5 ringgit kepadaku terus aku mengambilnya sebelum mengucapkan terima kasih.

Sebelum aku keluar dari perut kereta Axia, aku menyalam abang Lutfan terdahulu.

"Abang pergi dulu, kalau ada siapa-siapa yang buli my princess ni bagi tahu abang. Biar abang ajar dia cukup-cukup." aku mengukir senyuman manis. Caring juga abang aku ni walaupun selalu buli aku.

"Ye lah nanti adik info abang. Balik nanti abang jemput adik kan?" tanyalah untuk kepastian. Takut tukar plan pulak nanti, sebab tu kena info awal-awal.

•OG• MY OBSESSIVE TEACHER - ARSYAD X LYANAWhere stories live. Discover now