Krekk...
Krekk.....
Tap.
Semua mata di situ naik melihat kearah tempat hujung botol kaca itu berhenti. Mereka semua tersengih lebar. Masing-masing mula merangka sesuatu yang gila untuk diberikan kepada lelaki tersebut.
Sedar kesemua di situ sedang memandangnya, dia tidak dapat mengelak dan hanya mampu mengeluh. Terperangkap.
"Baik, Feez. Truth or dare?" seorang lelaki berkaca mata menyoal. Dari senyuman lelaki itu saja dia sudah tahu pelbagai idea sudah diciptanya.
Truth or dare?
Kalau dia pilih truth, dia yakin mereka akan bertanya pelbagai soalan yang tidak masuk dek akal. Soalan yang paling pertama sekali mestilah tentang sama ada dia sudah berpunya atau belum. Jika dia menjawab belum, dia yakin mereka akan menuduh dia sonsang.
Dan jikalau dia memilih dare, rasanya pasti mereka akan meminta dia melakukan kerja yang gila. Tak meluahkan perasaan kepada seseorang secara rawak, mereka akan menyuruh dia membuat panggilan kepada gadis-gadis yang meminatinya itu.
"Dare." jawabnya malas. Dia hanya mahu permainan bodoh ini tamat agar dia boleh pulang ke rumah.
Hazu, lelaki berkaca mata tadi semakin melebar sengihannya. "Pilihan yang tepat." katanya sambil tangan meraba poket seluarnya dan mengeluarkan sehelai kertas.
"Aku nak kau buat panggilan dekat dia."
Dah agak!
Hafeez Hamka merengus kuat. Kertas di tangan Hazu direntap malas. Baru saja dia hendak menaip nombor yang tertulis, jarinya terhenti sendiri. Mata memandang tajam ke arah Hazu.
"Kau bergurau kan?"
"Nope. Kenapa, kau takut? Ataupun sebenarnya kau ini pengecut?" Hazu mula memprovok lelaki itu. Senyuman mengejek diberikan supaya Hafeez berasa lebih sakit hati.
Hafeez mengetap giginya kuat. Kepala terangguk-angguk, menandakan dia menerima cabaran Hazu.
Rakannya yang lain mula memandang antara satu sama lain dengan senyuman yang tidak dapat diungkapkan. Idea gila apa lagi yang mereka rancang ini?
Tutt... tutt....
Tolong jangan jawab.... tolong jangan jawab....
Hafeez berdoa di dalam hatinya.
"Hello?"
Tak guna!! Kau pergi jawab kenapa gila?!!
"Erm...."
"Hello? Scammer ker ni? Kau nak berapa ratus setan cepatlah aku ada kerja lain ni!"
Telefon yang dilekap ditelinga tiba-tiba direntap kuat. Hafeez memandang tajam kearah Aizat yang tersenyum mengejek itu.
"Woi, Lylatul. Ini aku lah, Hafeez!"
"Hafeez?!"
Suara di talian sana terus berubah. Dari along mintak hutang terus berubah ke gadis Melayu terakhir di dunia.
"Iyer. Aku sebenarnya.... nak cakap sesuatu."
"Woi bagi-" Hafeez menggelupur kuat apabila mulutnya ditutup dengan tangan Hazu. Terkapai-kapai kaki dia hendak menyepak muka Aizat yang sesedap badak menggunakan telefon dia.
"Apa dia Hafeez?"
"SEBENARNYA AKU SUKAKAN KAU!"
"Apa-"
Tutt...
Tutt....
Aizat tersenyum puas melihat skrin telefon yang sudah gelap itu. Gajet berbentuk segi empat tepat itu diberikan semula kepada tuannya.
"Tahniah. Kau ada teman wanita baru mulai esok."
.·:*¨༺❀༻¨*:·.
Tutt...
Tutt...
Lylatul melihat skrin telefonnya yang sudah gelap. Lima saat dia berkedudukan sebegitu.
Dia... dia kena confess oleh crush dia sendiri?!
"Ahhh!!!!!"
Dia menekup kepalanya dengan bantal sebelum menjerit kuat.
Omo omo... gumawo.... adakah ini mimpi?!
Lylatul menepuk pipi kembungnya beberapa kali. Berayun-ayun pipi tersebut serupa ombak. Maksudnya, dia tidak mimpi!!
"Aku... aku nak pakai baju apa besok?"
Semangat Lylatul mencari baju untuk dipakai esok. Dia sudah diiktiraf sebagai teman lelaki Hafeez Hamka, tidak boleh nampak selekeh di mata orang lain!
"Hahahaha bahagianya aku!!!"
