HABIS saja Lya menukarkan bajunya, matanya tidak lari dari terus melihat cermin besar yang berada di depan. Memakai baju itu buat dirinya merasa lain, selalunya dia memakai baju yang cukup besar dan tudung yang labuh untuk menutup aurat tapi dengan memakai baju kerja ini larilah sudah cara pemakaiannya. Tudung yang berlilit cuba untuk ditarik bagi menutup paras dadanya.
Setelah semuanya rapi, keluhan kecil dia keluarkan. Mahu menolak tidak dapat tapi ini sajalah yang dia boleh lakukan sekarang ini. Lya mahu bekerja untuk menyarah keluarga kecilnya.
"Lya dah ke tu?" tanya Mira dengan mengetuk pintu bilik persalinan baju. Lya menoleh dan mendekat ke arah pintu. Daun pintu dibuka.
"Dah," ujar Lya sebaik saja daun pintu terbuka dan memperlihatkan dirinya yang sudah bersarungkan baju kerja. Mira menelek Lya dari atas ke bawah.
Jelas senyuman kecil terlakar di wajah Mira melihat Lya kemas berpakaian kerja.
"Suits on you," ucap Mira. Lya senyum sengih. Tapi jelas itu hanyalah senyum buatan, sejujurnya dia tidak berapa suka berpakaian seperti ini. Terpaksa saja tu.
"Dah jom kakak tunjukkan apa yang kamu perlu buat," kata Mira dengan membuka langkah untuk keluar dari bilik staf. Lya ikut dari belakang tanpa membantah.
Setelah berada di luar bilik, Mira membawa Lya untuk menerjah dahulu hotel yang besar ini. Takut sesat nanti buat kerja.
Di tengah kaki membuka langkah untuk terus berjalan, mata Lya asyik melihat ke cermin yang menjadi perbatasan mereka untuk melihat ke luar. Tidak pernah dia melihat pemandangan yang sebegini cantik.
"Barang semua dah simpan kan?"
Soalan itu buat Lya tersedar akan dunianya. Dia memandang ke arah Mira.
"Dah," jawab Lya sepatah.
"Eee... saya kena buat apa hari ni?" soal Lya untuk mengetahui skop kerjanya. Mendengar soalan itu Mira terus berfikir.
"Mmm... memandangkan kamu baru saja bekerja hari ni kakak akan pantau kamu untuk... jadi room cleaner,"kata Mira.
Mendengar dirinya harus menjadi room cleaner, rasa syukur dalam diri membuak. Kerja yang mudah dan tidak perlu berinteraksi dengan ramai orang. Itulah yang dia harapkan sedari tadi dan ianya menjadi nyata.
Lya terus mengikut Mira dari belakang, sehinggalah,
Buk!
Lya yang sedari tadi membuka langkah terlanggar dengan Mira yang tiba-tiba mati langkah kakinya. Lya cuba meminta maaf tapi Mira berdiri kaku.
"Kakak kenapa?" tanya Lya, ingin tahu.
"Berdiri tegak." Lya tidak berapa dapat tangkap yang dikatakan oleh Mira. Di hujung anak mata Lya tiba-tiba dapat melihat sesusuk tubuh yang sedang datang mendekat. Dia membawa anak matanya melihat ke hadapan.
Terkejut Lya melihat pemilik hotal datang mendekat iaitu Aaron. Berjalan bersama seseorang pembantunya di sebelah. Tubuh yang tadi sedikit bongkok tiba-tiba tegak. Air liur tidak dapat dia tahan daripada menelannya.
Langkah kaki Aaron yang semakin mendekat buat Lya rasa ingin lari. Melihat wajah si pemilik hotel yang langsung tidak terhias dengan senyuman, rasa takutnya makin membuak. Seram!
"There you are Mira, I'm looking for you," tutur Aaron sebaik saja berada tepat di depan mereka berdua. Terdengarlah suara garau Aaron di telinga Lya. Lya tahu yang Aaron ini bukanlah orang berasal dari Malaysia, dengar suara saja dah tahu dia bukan orang sini.
Termasuk muka dia juga. Bukan muka orang Asia.
"Tuan." Agak kaku Mira bersuara.
Aaron yang tadi pandangannya tertuju pada Mira sekarang berubah pada Lya. Dia tidak henti melihat Lya dari atas sampai bawah. Sampaikan Lya tidak selesa dengan pandangan itu. Kenapa Dia ni asyik tengok aku saja?
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠'𝐬 | HIATUS
Romance-2ND STORY- Aaron Ryan | Elya Sarah Elya Sarah seorang gadis yang tinggal di sebuah perkampungan bersama ayahnya. Ibunya sudah meninggal sejak Elya masih kecil dan dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang ayahnya dengan didikan agama. Elya seorang g...