BANCUHAN kopi diletakkan ke dalam gelas kaca yang berada di atas meja. Tingkap yang terbuka luas menjadi perhatiannya. Hujan yang renyai buat Elya termenung jauh dengan dunianya sendiri. Tiba-tiba air yang dimasak dalam ceret berbunyi, menandakan ianya sudah siap untuk dituangkan ke dalam gelas. Elya menoleh ke arah ceret itu lalu membuka langkah untuk mematikan api yang menyala.
Air panas itu dituang ke dalam gelas kaca yang berisi bancuhan kopi itu tadi. Lepas saja Lya menuangkannya digaulnya air kopi itu, seketika matanya melirik ke sebelah dan melihat sebuah botol yang berisikan gula. Dicapainya botol itu lalu membukanya untuk mengisi sedikit gula ke dalam air kopi yang tengah ianya sediakan.
Setelah semuanya sudah siap Elya membawa gelas kaca itu ke ruang tamu untuk disajikan pada sang ayah. Perlahan dia membawa gelas itu menaiki tangga.
Dari jauh dia telah melihat ayahnya duduk di sofa dan termenung ke luar tingkap. setelah sampai di ruang tamu dengan perlahan dia meletakkan gelas yang dia bawa di atas meja. Namun ayahnya tetap tidak sedar akan kehadirannya.
"Ayah," panggil Elya kepada ayahnya. Terus saja ayahnya menoleh ke arahnya. Elya melakarkan senyuman.
"Ya," sahut ayahnya. Wajah Elya dipandang.
"Lya ada buatkan ayah kopi minumlah." Terus saja ayahnya melihat gelas kaca yang berada di atas meja.
"Terima kasih," ucap sang ayah. Elya melakarkan senyuman kembali.
"Sama-sama." Lepas saja Elya mengatakan itu dia berjalan menuju ke sofa yang ayahnya duduk lalu melabuhkan duduk di sebelah ayahnya.
Sejujurnya melihat sang ayah seperti ini bukan perkara yang biasa di matanya. Selalunya bila dia berada di samping ayahnya, ayahnya akan selalu tersenyum manis. Tapi kali ini dia melihat sesuatu yang tidak biasa.
"Ayah tadi termenung jauh fikir apa?" tanya Elya. Sedikit tersentak ayahnya mendengar soalan itu. Soalan yang susah untuk diberikan jawapan.
Seketika keluhan kecil terdengar di telinga Elya, timbullah rasa risau di dalam dirinya. Wajahnya juga sedikit berubah melihat sang ayah.
"Eee..." tertunggu-tunggu Elya akan jawapan yang diberi. Dia sebenarnya tidak ingin menyoal sebab takut jawapan akan menyakitkan hatinya tapi sebagai anak dia juga perlu ambil tahu tentang ini. Bak kata orang tiada rahsia antara kita berdua. Itu yang dia fikrkan sekarang ini.
"Tak ada apa-apalah." Sungguh itu bukan jawapan yang sebenar. Dia tahu ayahnya sedang menipunya. Dia tahu! Tapi apakan daya dia tidak boleh memaksa sang ayah untuk memberi tahunya. Dia tiada pilihan lain untuk membiarkannya saja dahulu.
"Macam mana dengan pencarian kerja kamu?" tanya sang ayah bagi mengubah topik perbualan. Elya diam sejenak.
Ya dia sekarang dalam fasa mencari kerja hanya dengan berbekalkan sijil pelajaran Malaysia. Tapi dengan itu dia tidak dapat mencari kerja yang tinggi-tinggi hanya mampu kerja yang biasa-biasa sahaja. Dia tidak mampu untuk menyambung pelajaran kerana ekonomi keluarganya yang tidak begitu bagus.
"Mmm... Lya dah cari, tinggal tunggu kena terima ke tak tu aje," jawab Elya.
Ayahnya angguk. Dalam hati sang ayah berharap anaknya diterima, tidak dia tahu lagi mampu ke dia nak bangunkan keluarga yang kecil ini. Hanya Elya saja harapanya sekarang.
"InsyaAllah dapat tu." Elya tersenyum kecil mendengarkan itu. Kedua-dua tangannya tiba-tiba membulat pada badan sang ayah. Erat pelukan yang diberikannya itu. Dengan nama gelaran ayah akan luluh juga hatinya bila melihat sang anak yang dia jaga dari kecil sudah membesar di depan matanya, sedang memeluk dirinya.
"Ialah ayah Lya masuk bilik dulu nak solat asar," kata Elya sambil melepaskan pelukannya. Sang ayah menganggukkan kepalanya.
Dengan itu Elya bangun dari duduknya dan berlalu pergi ke arah biliknya. Sesampainya di depan pintu tangannya memulas tombol pintu yang bulat itu.
"Elya," panggil ayahnya. Terhenti seketika perbuatannya itu. kepalanya menoleh ke belakang. Terlihat ayahnya sedang berdiri di depan pintu rumah. Ke mana pula ayah nak pergi tu?
"Ayah pergi keluar dan satu kali nak pergi masjid, jagakan rumah jangan lupa kunci pintu." Tidak hairan, Elya sudah biasa dengan perkara itu, selalu bersendirian di rumah.
"Baik ayah," jawab Elya perlahan sambil angguk kepala. Setelah itu ayahnya berlalu keluar dan menutup daun pintu.
Elya melangkah ke arah pintu rumah lalu mengunci pintu rumah seperti mana yang ayahnya suruh. Seusai mengunci pintu dia berbalik ke arah biliknya, baru saja beberapa langkah dibuka telefon yang berada dalam poket seluarnya keluar bunyi notification. Laju tangan masuk ke dalam poket.
Setelah telefon berada di tangan dia menghidupkan telefon itu ingin melihat apa yang masuk. Melihat ada email masuk perasaan gembira mula muncul dalam dirinya. Perkara yang ditunggu-tungguh sudah tiba di depan mata.
Email daripada tempat dia mencari kerja akhirnya tiba. Tidak sabar dia melihat isi email itu. Adakah dia diterima atau tidak? Elya tidak tahu, yang cuma dia tahu sekarang berharap dia diterima.
Senyuman tidak pupus dari wajahnya yang mulus itu. Dia juga ragu ingin membuka email itu, tidak dia letakkan harapan setinggi langit sebab takut nanti dia sendiri yang akan makan hati dengan harapannya itu.
Dengan rasa hati yang berdebar perlahan dia menekan email itu. Setelah membaca seisi email itu terkejut dia bahawa dirinya diterima untuk bekerjar di tempat dia cari. Elya ingin memberi tahu ayahnya.
Tapi seketika dia baru menyadari bahawa ayahnya baru saja keluar untuk pergi ke masjid. Terbatal seketika niatnya itu. Dia berjalan menuju ke biliknya semula, daun pintu dikuak besar. Setelah dia masuk daun pintu ditutup kembali. Telefonnya diletakkan di atas meja sementara dia ingin menunaikan solat asar.
Penuh kusyuk dia menunaikan solat .
---
I'm verry sorry sebab chap satu pendek sangat tapi ini saja yang saya boleh bagi untuk chap ini insyaAllah chap lepas ni saya buat panjang sikit tapi nanti jangan tanya untuk tahun 2024 kenapa tak macam aktif sangat sebab saya nak fokus untuk spm okay.
btw thanks untuk sabar menanti cerita ini ;)
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠'𝐬 | HIATUS
Storie d'amore-2ND STORY- Aaron Ryan | Elya Sarah Elya Sarah seorang gadis yang tinggal di sebuah perkampungan bersama ayahnya. Ibunya sudah meninggal sejak Elya masih kecil dan dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang ayahnya dengan didikan agama. Elya seorang g...