Gila

66 3 4
                                    

Hening...

Aku terdiam. Dia juga diam.

Hampir 10 minit kami terdiam melihat antara satu sama lain.

Aku dilihat seperti seorang penjahat yang keji.

"Apa kau nak?" Dia mula bertanya

"Aku nak jumpa Relial" Jawabku dengan singkat

"Kau nak apa dari dia? Kau nak sakitkan dia pula?"

"Tidak, semestinya tidak... Aku ada hal dengan dia"

"Kau baliklah. Aku tak rasa dia nak jumpa dengan kau. Gila.

Aku terkaku mendengar kata-katanya. Teruk sangatkah aku?

"Tak aku nak jumpa dia sekejap sahaja."

"AKU KATA BALIK KAN. KAU TAK FAHAM KE?"

...
Kau dah berubah drastis Belial...
Kau bukan Belial yang aku kenal lagi.

"HEI? KAU DENGAR TAK HUH?"

"Ya"

Aku memadang ke tempat yang lain. Tidak lagi aku lihat mukanya. Aku benci. Tidak. Aku sayangkan lagi sahabatku.

Badanku secara tiba-tiba terasa seperti didorong oleh sesuatu dengan kuat. Aku tersandar kedinding. Ah...My back-
sakitnya-

"AKU DAH KATA BALIK KAN?"

Tanpa berkata apa-apa. Aku beredar dari situ. Aku buka gadjetku. Pesanan dari Relial:

Relial

Zero??? Apa yang bising dekat luar tadi?

Kenapa abang marah-marah tu?

Entahlah.

So kita nak jumpa dekat mana ni? Penting sangatkah sampai nak kena berjumpa?

Aku nak kau jaga Zeiro

Jaga Zeiro? Maksud kau?

Kau nak aku kahwin dengan dia? O.O

Itu masih awal

Aku rasa aku takkan ada di nebula nanti

Jadi aku nak kau jaga dia. Kau saja yang aku boleh percayakan...

Kau nak kemana?

Kenapa tiba-tiba saja ni?

Nanti kau faham sendiri

Aku nak kau jaga Zeiro je.
Tolong ya.
Aku harapkan kau.
Terima kasih.

Zero tunggu-

End Chat

Aku menutup chat. Dihadapan rumahku aku meletakkan Gadjetku di depan pintu dan berlalu pergi. Keluar dari Nebula. Mungkin selama-lamanya. Maafkan abang Zeiro.

Disisi yang lain

"Seven! Apa yang kau cakap tadi huh? Kenapa teruk sangat? Kita pun tak tahu lagi siapa yang sebarkan"

"ACE. Kau tahu kan Ultra yang gila takkan ingat apa yang dia buat!"

"Tak mustahil yang dia tak buat Seven-san"

Belial and Zero friendship Where stories live. Discover now