HE'S| BAB 5

93 4 0
                                    

Anak mata Aaron menusuk anak mata Lya. Mereka saling berpandangan. Pembantu Aaron diam melihat mereka berdua, satu-satu dia lihat. Untuk minghilangkan kecangguhan, dia pura-pura batuk.

Seketika pandangan Aaron beralih pada pembantunya. Pembantunya memberi isyarat untuk Aaron membuka mulut tentang apa yang perlu Lya lakukan sebagai pembersih dekat sini. Aaron mengeluh berat lalu melangkah mendekati Lya.

"Leave us zack," arahnya, dirinya semakin dekat dengan Lya. Pembantunya itu akur dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

Setibanya di depan Lya sekali lagi tangan disilangkan. Anak mata birunya itu tidak lepas merenung Lya.

Ditenung lama-lama buat Lya muak. Riak pelik terlakar di wajahnya. Kenapa dia ni asyik tenung aku? Macam nak makan pun ada.

"My rules is easy, just clean this room..."

"Room you said?" soal Lya, menyangkal percakapan Aaron. Sekali lagi Lya sudah mencabar kesabaran Aaron yang setipis tisu. Tangan Aaron kembali digumpal menjadi penumbuk.

"Can you shut your fucking mouth when I talking to you," kata Aaron dengan nada yang sedang menahan marah. Lya yang melihat tangan Aaron sudah siap untuk hinggap di mukanya sigap menutup mulut. Bukan masa untuk main sekarang ni!

Air liur diteguk. Rasa takut mula timbul dalam dirinya, hanya dia dengan Aaron saja dalam ruangan ini. Sesuatu boleh terjadi di sini.

"My rules is easy, just clean this... ahh forget about that just make sure this place clean when I'm here." Mendengarkan itu Lya menganggukkan kepalanya.

Seketika Aaron berpusing dan mendekati peti sejuk miliknya.

"Ahh... Before I forgot, since you're my personal cleaner here, you should have that black card to access the lift for you to come here," ujar Aaron, menunjuk ke arah meja di tengah-tengah ruangan sembari membuka peti sejuk miliknya.

Lya berpaling ke arah meja yang Aaron tunjuk. Terlihat sebuah kad hitam yang berletak di atas meja itu. Perlahan Lya mendekat dan mencapai kad hitam yang Aaron beri khas pada Lya sebagai pembersih persendirian.

Dilihat kad hitam itu, cuma kad hitam biasa.

Tup.

Sebaik saja Aaron menutup peti sejuk itu Lya melihat ke arah Aaron semula. Lya mengecilkan matanya untuk melihat lebih jelas apa yang Aaron keluarkan dari peti sejuk.

Lihat punya lihat itu rupanya minuman yang beralkohol. Dia tidak terkejut cuma mengeluh kerana dia akan bekerja di tempat yang dia sendiri tidak tahu apa yang akan dia pegang nanti. Minuman itu pun sudah cukup buat dia berfikir dua kali nak bersih-bersih dekat sini.

Aaron mengambil sebuah gelas lalu meletakkan ais batu ke dalamnya dan menuang air itu. Setelah penuh dengan satu degupan saja air itu habis Aaron minum. Lya hanya melihat.

Aaron perasan akan Lya yang merenungnya.

"What do you want some?" tanya Aaron sambil menghulurkan sebuah gelas.

Terkejut Lya mendengar soalan itu. Aku nak minum air tu? Memang tak!

"No thanks, I'm muslim." Selepas saja Lya mengatakan itu, Aaron dengan rasa tidak bersalah hanya buat riak selamba sembari meletakkan semula gelas itu ke tempatnya.

Dapat bos seperti ini buat Lya menyesal sangat menyesal sebab setuju untuk bekerja di sini. Dia cuma berharap bila dia bekerja di sini tidak ada apa-apa yang akan terjadi. Bukan apa Lya Islam, Aaron pula non muslim. Memang Lya kena banyak tanyalah jawabnya untuk tahu tempat ni mana yang tak boleh dia sentuh.

𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠'𝐬 | HIATUSWhere stories live. Discover now