Bab 1

28 2 0
                                    

UDARA memenuhi segenap rongga sebelum dihembus sepuasnya. Diselangi dengan keluhan berat dan sarat. Sang narapati membuka mata memandang jumantara terbentang luas. Kakinya berpijak di atas sebuah tebing giri tertinggi Pulau Narinai. Lokasi terakhir yang di ura-urakan mereka semua yang Melati jejaki.

Sehingga ke saat ini, kekasih hati yang menghilang tidak pernah kembali. Jejak itu pudar di telan zaman dan waktu. Mungkin juga telah mati. Walaupun begitu, entah kenapa dari sudut hati. Tetap masih menyimpan mimpi yang beralaskan janji.

Hati gundah gulana menahan gelora, menahan renjana yang membuak-buak pada sang puspita. Sungguh Mahendra di dera asmara. Butir mutiara jatuh di lekuk pipi, menjadi kristal yang rebah di buana. Sungguh dia terseksa.

Biarpun seisi Nayan telah dia tawan, menjadi pemerintah bangsa, menyimpan banyak kekayaan. Tetapi hati masih kosong tanpa Candra Melati.

"Melati, jika nyawa mu dikandung badan. Kita pasti akan bertemu lagi, akan aku perjuangkan kau."

Senjakala mula diganti sama syamsi yang kian menerangi. Candra hilang berganti.

SEORANG wanita berkerut menahan kesakitan di kepalanya sambil mata mula terbuka sedikit demi sedikit. Pandangannya yang tadi kabur sudah mula terang. Dia terkejut melihat luasnya jumantara terbentang. Memori ingatan lalunya terhenti, hilang entah di mana, seolah-olah sudah lama dia tidak melihat dunia dan langit yang cerah.

Aku kat mana ni? Siapa..., aku?

Sedar tidak sedar, wanita itu bersendirian di dalam hutan yang tidaklah begitu rimbun namun cukup membimbangkan apabila berseorangan. Sedang dia cuba melangkah kaki untuk bangkit, sebuah kesakitan menyerang sekali lagi di bahagian kepala lalu membuatkan pergerakan tadi terbantut. Wanita itu jatuh semula.

Tetapi tetap dia cuba untuk gagah berdiri dan mengharungi langkah. Takkanlah sampai malam mahu berada di sini? Rasa gundah gulana mula menyerbu jiwa.

Dia meneruskan perjalanan, mencari-cari bantuan. Ikutkan hati mahu panik dan menjerit sekuat hati, tetapi dia diamkan sahaja, bimbang jika benda lain pula bersambut. Masakan tidak, seorang wanita lemah sepertinya yang entah dari mana tersesat sendirian di dalam hutan. Apa dia mahu makan? Bagaimana cara untuk keluar? Bagaimana dia mahu meneruskan hidup? Begitu banyak persoalan yang mula timbul. Mungkin akan bertemu dengan perkampungan kecil, siapa tahu?

Maghrib hampir tiba, jumantara semakin membiru dan udara dingin mula merembes buana. Dia gelora. Langkah diatur dengan setiap doa yang diutuskan kepada Maha Esa agar dilindungi. Tidak lama selepas itu, deria pendengarannya dapat menangkap bunyi gempita, bunyi manusia yang sibuk dengan pekerjaan.

Sedangkan dia tidak nampak langsung pekan kecil mahupun jalan raya yang berdekatan, bagaimana suara-suara riuh itu boleh kedengaran? Malahan begitu jelas di telinganya.

"Alam di sebalik mata ke apa ni?"

"Hai Anggun? Mahu ke mana?" satu suara menegur. Lama ditikam wajah yang penuh dengan kekeliruan itu, benar laksemi.

Wanita itu terperanjat, dia cari arah suara itu dan matanya bertaut pada tiga lelaki kampung yang tidak jauh. Berpakaian Baju Melayu lama dan lusuh. Berkerut dia memandang rupa tiga lelaki tadi, bertelinga runcing dan bermata hijau. Tubuh juga sasa dan lampai. Manusia ke bukan ni?

"Aku kat mana ni?" tanya wanita polos kepada tiga lelaki tadi.

Lelaki bertiga itu memandang sesama mereka. Aneh barangkali mendengar cara pertuturan Melayu Riau wanita itu. Setelah tiga lelaki tadi berbincang dalam bahasa sendiri, mereka mula membuat keputusan dan mengangguk setuju.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 16, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KASMARANWhere stories live. Discover now