16

67 5 0
                                    

Berdeting bunyi sudu jatuh ke permukaan marmar. Tiga pasang mata memandang Mine. Manakala mata Mine memandang Ket.

"Accident kat mana Ket?Luka kat mana?nak pergi hospital tak?" Tu dia bertubi soalan Mine. Mata Umi dan Faty dah merenung tajam. Lain macam.

"Nombor satu,accident kat susur lepas Jambatan Klang. Soalan kedua,Ket tak cedera kalau tak,takkan Ket sampai rumah ni. Soalan ketiga,refer jawapan kedua tadi" Ket menjawab sambil pandang Mine. Mine mengeluh sambil menarik nafas lega.

"Aku tak ada nak tanya apa. Dia dah tanya semua yang aku nak tanya. Tapi Angah,kau tak boleh fikir ek masa nak soal tu?"

"Kenapa pula cakap macam tu?" Macam malas je Mine membalas sambil mengacau kembali teh o panas dalam teko.

"Dah Ket ni muncul depan mata,mesti lah dia ok. Patutnya tak payah la tanya" Faty melabuhkan punggung di kerusi sebelah Ket. Ket sedang menelek handphone sambil mengangguk kepala tanda bersetuju.

"Saja nak tau keadaan Ket. Kalau luka pun bukan dia nak bagitahu kita" Mine meletakkan teko di atas meja makan itu lalu duduk di kerusi berhadapan Ket. Gadis itu masih khusyuk melihat handphone.

"Ni Ket,kenduri Along minggu ni,jangan lupa ajak Nenek Ket sekali." Umi dah pesan berapa belas kali pada Ket tapi Ket masih setia menjawab dengan cara mengangguk kepala. Takkan nak cakap "tau lah,dah berapa kali cakap" kan.

"Sambung cerita tadi,macam mana kau boleh accident?" Faty menyenduk nasi lemak dan kerang,dihulurkan kepada Mine setelah Mine memberi isyarat mata nak makan nasi lemak sejak duduk tadi. Dia sendiri menyenduk sepinggan untuk dirinya. Umi jangan cakaplah,dah selamat setengah pinggan masuk dalam perut. Umi selalu cakap jemu makan air tangan sendiri,kebetulan air tangan Ket kena selera Umi. Ni belum Abah balik dari pasar,kalau tak,sepinggan lagi licin dengan sambal kerang tu.

Ket baru mengambil pinggan nasi goreng dari Umi di sebelahnya. Ket pandang Faty.

"Tu la. Nak dijadikan kes awal pagi Ahad ni. Ingatkan tak sibuk sangat jalan. Tengah bawa motor,ada kereta himpit kanan motor. Terpaksa berhenti dulu kat tepi nak beri kereta tu jalan dulu. Tapi kereta tu pun ikut berhenti. Bila berhenti,rupanya driver tu Zahir" mendatar je Ket ucapkan. Tak excited mana pun. Accident kot.

"Zahir?Zahir coursemate kau tu?Zahir exco agama?"Faty menanyakan soalan tak berhenti-henti. Mine yang mendengarkan hanya tersengih. Tak payah dia yang susah-susah tanya sebab Faty ada.

"Ye lah. Mana ada Zahir lain lagi yang kita kenal" Ket menyuapkan nasi goreng cili kering Umi ke mulut dengan lafaz Bismillah.

"Mesti dia excited jumpa kau"

"Excited ke nyaris langgar orang?"

"Ish mestilah excited sebab dapat jumpa kau,gadis yang ditunggu-tunggu" Faty mengucapkan sambil mata menjeling ke sebelah. Angah ni lembap.

"Pandailah mengusik orang tu. Makan cepat." Umi pun dah selesai sepinggan nasi lemak. Dia sangat menikmati sehinggakan tak langsung menyampuk perbualan anak-anaknya.

"Along!Turun makan cepat!" Umi dah melaungkan template suri rumah panggil anak-anak makan. Kemudian Umi mengangkat pinggan ke dalam sink. Confirm Faty yang kena basuh nanti.

Tidak lama kemudian Along pun turun tangga. Bagus betul Ustazah Faizah ni. Sekali laung je dah turun. Cuba Ket yang kena laung,mau tiga puluh tiga kali laung baru turun. Itupun sebab Edifiernya ditarik keluar selepas berdentum dengan Linkin Park. Ket bangun dan menghulurkan tangan pada Along. Along tersenyum manis. Memang darah tengah manis kan.

"Ket bawa nasi lemak ya. Hancurlah diet Along" sejak Ket dah bukan muridnya,dia memang bahasakan dirinya Along.  Dia mengambil tempat di sisi Ket,tempat yang diduduki Umi tadi. Umi dah naik ke atas. Melihat bilik pengantin agaknya.

"Menyampah. Mentang-mentang la badan Along tak naik,tu yang cakap macam tu. Tengok Acik ni. Sejak cuti ni bagai dipam-pam" Faty menyuap lagi sesuap nasi lemak tiga senduk tadi. Along tengah senduk nasi lemak hanya tersengih. Sesenduk je cukup. Kalau tak macam Acik nanti,jadi pam silinder. Ket sengih je. Nak gelak,Mine ada kat depannya. Lambat betul pakcik ni makan. Macam dia yang jadi pengantin.

"Angah,lambatnya makan. Cuba suap laju sikit,macam dia pula nak jadi pengantin" tersedak Ket. Faty ni ada telepati ke apa. Apa yang dia fikir,Faty dah sebutkan.  Serentak tiga pasang mata memandangnya. Lekas dia meneguk teh o suam untuk melegakan tekak dan dada. 

"Yang kau yang tersedak dah kenapa?Aku sebut kau ke yang nak jadi pengantin? Nak join Angah ke?Nak jadi pengantin ke semua? Tinggal aku seorang" selamba je dia suap nasi untuk kali ke sembilan puluh tiga selepas membuat Ket tersedak tadi. 

"Dah banyak siap ke persiapan Along?" Ket berbasi basa tanya.

"Mostly dah siap semua. Buat kat dewan senang,Ket. Rumah ni tempat saudara-mara berkumpul je nanti"

"Betul juga. Tak ada la penat nanti" Ket bersetuju 

"Kau dah fikir nak buat kat dewan juga ke,Ket?" Faty ni tak habis lagi. 

"Kenapa aku? Angah kau la dulu. Sebab dia yang kedua tertua kat meja ni" Ket smash balik sebab mana aci asyik dia je kena terjah. Giliran Mine pula tersedak. Apa sebut nama dia pula ni. Ni la perempuan,habis semua pukul rata.

"Haah la.  Angah aku la dulu kan. Tapi tu la rasanya lambat lagi kot. Dia ni tengah tunggu bulan jatuh ke riba,kalau jatuh mesti macam kera dapat bunga. Betul tak Angah?" Mine menjeling tajam pada Faty. Salah guna peribahasa adik dia ni. 

"Kalau tunggu bulan jatuh riba,tak kahwin la Angah macam tu. Kau nak ke tengok Angah membujang sampai ke tua?" Sensitif betul la orang cakap pasal bab kahwin dengan dia.

"Dah Angah tu asyik kata tengah tunggu,tunggu,tunggu. Makwe Angah tu memang taknak kahwin dengan Angah kot. Sebab tu dia suruh tunggu"

Along dan Ket hanya diam dan memasang telinga. Mereka sedia maklum perangai kedua-dua di hadapan mereka.

"Bukan macam tu la. Ada la sebab lain"

"Cuba share,apa sebab dia suruh tunggu,mana tau kitorang boleh tolong,kan Along,kan Ket?" Faty dah mula nak korek rahsia mentang-mentang Ummi kat luar tengah sidai kain.

"Betul tu Acik. Mana tau tahun depan kita buat kenduri kau pula Angah" Along menyokong mana yang patut. Ket tumpang mengangguk je. Nak menyampuk,dia orang luar.

"Dia belum cukup haul la Acik. Angah pula baru nak mula kerja. Nanti ada la kalau ada jodoh. Dalam masa ni,boleh la Angah baiki apa yang kurang pada diri Angah. Nak perempuan solehah,Angah kena solehkan diri Angah dulu"

"Dalam Quran dah terang cakap dalam surah An-Nur ayat 26:Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka yang baik itu adalah bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang-orang  yang jahat; mereka yang baik itu akan beroleh pengampunan dari Allah dan pengurniaan yang mulia" Mine menambah hujahnya.

"Oh jadi betul lah hati Angah dah ada orang punya ya" Faty agak kecewa. Dia ingat Angah suka Ket. Dan deria keenamnya kuat mengatakan begitu. 

"Hati Angah Allah yang punya,Acik" Mine membetulkan ayat.

"Hati kita semua memang lah Allah yang punya,Ngah. Tapi kena share. Sharing is caring. Agaknya bila la tiba masanya tu kan,Ngah?" Tak habis Faty mengorek lagi. Maklumlah nasi lemak dah licin sepinggan.

"Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu reda akan agama dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia. Jika kamu tidak melakukannya maka ia akan menjadi fitnah di bumi dan juga akan berlaku keburukan. Ni hadis dari Al Tabarani. Sahih. Maka dengan itu,Angah tegaskan,kalau dah tiba masanya,inshaAllah tak ke mana" Mine dah bangkit angkat pinggannya ke sink meninggalkan tiga pasang mata di meja terkebil-kebil memandang.

"InshaAllah.Aminnnn" Ket mendoakan Mine. Tiga pasang mata memandang Ket pula.

"Thanks,Khadijah" Mine tersenyum. Faty tambah-tambah senyum. Ket menyambung makan nasi goreng.

[💚COMPLETED] JODOH MR.MINETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang