KAKINYA tidak berhenti dari terus berjalan. Pembantunya dan Amanda juga ikut dari belakang. Hanya saja sunyi menguasai keadaan. Lepas saja kena marah di dalam lift semasa hendak turun, sekarang mereka berdua takut untuk membuka mulut. Dah kena marah tak akan nak bersuara lagi kan?
Aaron tetap membuka langkah kakinya sehinggalah,
"Hayyan dekat mana sekarang?" tanyanya buat pembantunya itu sedikit bingung untuk bersuara. Inilah jadi bila kau dah kena marah tapi iya kena tanya juga. Tiba-tiba tak tahu nak cakap apa!
"Eee... Hayyan dah tiba sepuluh minit yang lalu tuan," jawab pembantunya itu sedikit kekok. Namun Aaron tidak membalas apa-apa melainkan menarik nafas panjang.
Ketakutan pembantunya itu bertambah sedemikian hingga membuatnya menelan air liur. Amanda yang diam takut ingin membuka mulut. Daripada dia mencari masalah lebih baik dia diam kalau tak nak kena tendang ke dalam tong sampah.
Setibanya di luar hotel orang yang mereka katakan tadi terlihat berdiri sedang menunggu ketibaan mereka. Kemas lelaki itu berpakaian. Seketika Aaron mendekatinya. begitu juga Amanda dan pembantunya.
"Tuan," kata Hayyan dengan posisi badan yang tegak sebaik saja Aaron tiba di depannya. Mereka berdua saling berpandangan.
"How's your work?" soal Aaron.
"Everything's good," jawab Hayyan dengan nada yang rendah.
Hayyan, dia ialah salah seorang pembantu Aaron. Ya Aaron memang banyak pembantu persendirian, tapi dari semua pembantu yang Aaron miliki kalau nak dibandingkan dengan Hayyan mereka yang lain ketinggalan sangat jauh di belakang Hayyan. Dia kalau dah bekerja memang clean lah orang kata. Tak hairanlah kalau Aaron jadikan Hayyan PA dia.
"Good then," kata Aaron. Tiba-tiba suasana menjadi sepi. Seakan tidak ada topik untuk mereka bualkan. Hayyan yang perasan akan pembantu Aaron dan Amanda hanya diam terus mendapat ilham untuk membuka cerita.
"I heard you have a personal cleaner, is that true?" soal Hayyan, ingin tahu kebenaran. Aaron yang mendengarkan itu tidak terkejut kenapa Hayyan boleh mengetahuinya. Sebab dia ni dah macam spy. Semua benda dia tahu.
Dia yang baru teringat akan pekerja baharunya itu terus menaikkan hujung bibirnya. Jelas Aaron tidak suka akan Alya. Hayyan pelik melihat tuannya tidak gembira selepas dia membuka mulut tentang ini.
"Nampak tuan macam tak suka saja dengan pembantu tuan tu," ujar Hayyan. Aaron menjelingklan matanya ke atas. Jelas itu bukan untuk Hayyan, untuk Elya.
"Dahlah, saya nak gerak." Terus saja Aaron membuka langkah untuk memasuki ke dalam perut kereta. Pembantunya lagi satu cepat-cepat membuka pintu untuk Aaron masuk ke dalam.
Hayyan mendekati tuannya itu. Aaron yang sedar akan Hayyan yang mendekat berbalik untuk mengatakan sesuatu.
"Can you watch over her? Actually I don't very like her," katanya. Seketika Hayyan bingung. Nak saja dia kata yang tuannya ini bengal, tapi nak buat macam dia cuma PA.
"If you don't like her and then why you take her as your personal cleaner?" soalan itu buat Aaron terdiam seketika. Mulutnya bagaikan terkunci oleh sesuatu yang susah untuk dibuka. Dia juga tidak tahu sebenarnya.
Selepas beberapa minit memandang ke arah Hayyan dengan tanpa adanya jawapan untuk diberi dia terus masuk ke dalam kerata. Membiarkan soalan terbiar begitu saja. Terus saja pintu kereta ditutup oleh pembantunya lagi satu.
Dengan itu kereta yang dinaiki Aaron bergerak meninggalkan hotel. Hayyan mengeluh berat dan menggelengkan kepala. Apalah nasib dia dapat boss macam tu...
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠'𝐬 | HIATUS
Romance-2ND STORY- Aaron Ryan | Elya Sarah Elya Sarah seorang gadis yang tinggal di sebuah perkampungan bersama ayahnya. Ibunya sudah meninggal sejak Elya masih kecil dan dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang ayahnya dengan didikan agama. Elya seorang g...