Bab 1

44 1 0
                                    

4 tahun yang lepas

"Ayah maafkan Maira yah, maafkan Maira. Sakit yah, sakit.. Lepaskan Maira, Maira janji Maira akan dengar cakap ayah" kataku kepada ayah tiriku sambil menahan sakit dibahagian kepalaku. Terasa seperti mahu tercabut kulit kepalaku ini.

"Siapa ayah kau hahh ?! Bila masa aku jadi ayah kau ?! Panggil aku uncle ! Aku dengar kau panggil aku ayah, aku pijak-pijak kau ?! Faham ?!!" Kata lelaki berumur 40an tersebut sambil menarik rambut Ariana dengan kuat

"Ye Maira faham, ay..... Eh uncle ! Maira janji Maira takkan panggil macam tu lagi... Maira minta maaf.." kataku sambil menahan kesakitan yang teramat sangat.

"Haaa kan bagus macam ni. Dah !! Kau boleh berambus dari depan muka aku ! Taknak aku tengok muka kau sekarang ni, semak jee !!" Sambil perlahan lahan melepaskan rambut Ariana

Aku pun apa lagi,, terus berlari masuk ke bilik sambil menangis dan menggigil ketakutan..

________________________________________

"Mairaaaaaaa !!"

Terus hilang imbasan ku yang berlaku 4 tahun lepas dimana mama baru mengahwini uncle..

"Mairaaaaaaaaaa !! Mairaaaaaaa !! Sini cepattt !! Lembab !!"

"Yeeee mama,, Maira datang nii mama....." aku berlari laju keluar dari bilik... Dan tiba tiba...

BEDEEDDUUKKKK !!

"Adduhhhh sakitnyaaaa...."kataku perlahan..

"Hooiiii !! Maira ! Apa benda tu !! Aku suruh datang cepatkann !! Apahal kau ni lembab sangat ?! Sama macam abah kau tuu !! Kau datang sini cepat sebelum aku bantai kau ! Anak tak guna !"

"Yeee mama, Maira datang... Kejapp..."

"Ehhh apa lembab sangat kau ni ??!" Kata Puan Rafidah sambil menarik telinga Ariana dengan kuat.

"Adduuhhhh, mamaa..... Sakit maaa, sakittt. Maira minta maaf maaaa"

"Dasar budak lembab, cuba kau tengok adik tiri kau tu. Baik je, tak macam kau ! Tak guna ! Lembab ! Dah, sekarang ni aku nak kau kemas rumah bersih-bersih cantik-cantik. Kawan aku nak datang. Faham tak ?!"

"Baiklah mama, Maira faham.." Ariana hanya mampu akur akan arahan Puan Rafidah kerana takut dipukul pula lepas ini.

_______________________________________

'Akhirnya ! Siap juga aku kemas satu rumah ni, penaaatttt ~'

Splaaasshhhhh *bunyi air tumpah*

"Oppss sorry ! TERtumpahkan pulak air ni.. Hahahahahahaa, kbai" kata adik tiri Ariana, Haqilah.

*Mengeluh* 'Ya Allah.. Dugaan apa lagi ni. Penatnya. Sampai bila aku kena bersabar dengan mangkuk mangkuk dekat dalam rumah ni ? Aku nak abah. Aku nak tinggal dengan abah. Kalau takpun, tinggal dengan Tok and Wan.. Aku dah tak larat nak hadap semua ni. Harrrrggghhhhh ! Stress !'

"Maira ! Maira !" Panggil Puan Rafidah

"Ye mama ? Ada apa-apa lagi ke ?"

"Semua dah settle ? Kawan kawan aku dah nak sampai dah ni. Kalau dah siap semua, aku nak kau buat air lepastu kau terus masuk bilik ! Aku taknak kawan kawan aku nampak kau ! Kalau dieorang nampak kau, siaplah kau, aku bantai ! Faham ?!"

"Baiklah mama, Maira faham...."

________________________________________

"Alhamdulillah, balik pun kawan kawan mama ni. Ingatkan taknak balik" Kata ku sambil menjeling ke arah jam yang telah pun menginjak pukul 12:30 malam

"Malasnya nak basuh pinggan mangkuk cawan ni semua. Dahlah kaca, berat pulak tu. Kalau jatuh,, mati aku kene belasah !"

Praannggggg!!
*Bunyi barang kaca pecah*

'Ehh, apa dah jadi tu ? Baik aku pergi tengok !'

________________________________________

"Haqilah ! Apa kau dah buat ni ? Ya Allah ! Tu kan pasu kesayangan mama, macam mane boleh jatuh ? Habis berderai niiiiiii !"

"Errrr, bukan aku yang buat......."

Tiba tiba Pn Rafidah muncul

"Apa bising bising ni ?!!"

"Errr... Ni mama, anak mama tu pecahkan pasu mama !" Jawab Haqilah laju

"Ehh mana ada ! Kau yang pecahkan ! Nak tuduh aku pulak !" Kata Ariana pertahankan dirinya.

"Dasar perempuan tak sedar diri ! Kau tau kan pasu tu mahal !! Kau senang senang je pecahkan !! Dasar jalang ! Tak guna ! Sama je macam bapak tak guna kau tu !! Sumpah menyesal aku lahirkan kau ! Pembawa malang dekat rumah ni ! Menyusahkan aku jee !! Dahlah aku yang kene tanggung kau !!"

Pn Rafidah terus memaki hamun Ariana tanpa selidik terlebih dahulu.
Ariana yang tersentuh dengan ayat mama kandungnya terus berlari ke biliknya dan menguncikan diri didalam bilik.. Manakala Haqilah menghembuskan nafas lega kerana dia tidak disyaki langsung..

_______________________________________

'Asyik asyik aku je yang dipersalahkan !! Semua aku ! Itu aku, ini aku !! Harrrgghhhhh !! Aku tak kira ! Aku kena larikan diri dari neraka ni jugak ! Aku dah tak tahan nak kena maki hamun setiap hari !!' Ariana terus mengambil beg pakaiannya dan memasukkan separuh pakaiannya ke dalam beg tersebut. Kemudian dia mengambil tabung yang disorokkan di bawah katil yang telah dia kumpul sejak 2 tahun yang lepas. Ariana mengira duit tersebut, ada lebih kurang RM 500. Terus dia menyimpan di dalam beg sandangnya.

'Waahh tak sangka banyak juga aku kumpul selama ni. Alhamdulillah'
Ariana melihat jam tangannya, jam telah menginjak pada pukul 2 pagi. Perlahan lahan Ariana keluar dari bilik, terus menuju ke arah dapur dan keluar mengikut pintu dapur tanpa disedari penghuni 'neraka' bak kata Ariana. Ariana terus berlari keluar dari rumah itu dengan sepantas yang mungkin.

Aku.Where stories live. Discover now