“AKU terima nikahnya Che Cendana Aurora Binti Che Wan Ali dengan mas kahwinnya RM30 ribu ringgit tunai.” Saat terlafaznya akad, maka berubahlah kehidupan Bunga Athea. Seumpama permulaan cerita baharu untuk Athea dan Puan Cendana.
Jalan cerita dimana Athea sendiri tak dapat terima. Hampir setiap hari Athea berfikir, mampukah Athea terima semua ini?
Namun apa kan daya, Athea sendiri tak dapat halang keputusan Puan Cendana. Mungkin itu sahaja yang boleh bahagiakan ibunya. Berkahwin dengan salah seorang kerabat diraja. Nak tak nak dia perlu hidup bersama orang asing di sebuah rumah agam. Tidak pernah Athea bayangkan selama ini.
“Thea okay?” soal Puan Cendana saat mereka mengemas barangan mereka untuk berpindah. Bukannya Puan Cendana tidak perasan wajah Athea mencuka sejak majlis pernikahannya tadi.
Athea tidak menjawab. Sengaja membisukan diri tanda protes sambil memikirkan sesuatu.
“Thea marahkan ibu ke?”
Athea memandang ibu di sebelah. Barang yang dipegang juga dihempas. “Thea masih tak faham kenapa ibu tak bagi Thea tinggal dekat sini sorang-sorang. Thea bukannya budak kecil lagi. Umur Thea pun dah masuk 22 tahun. Dah cukup besar untuk hidup berdikari.”
“Thea, dah seribu kali ibu ulang perkara yang sama. Thea anak ibu. Kemana sahaja ibu pergi, ibu nak Thea ada di sisi ibu. Dan sekarang ni Thea adalah sebahagian daripada keluarga baru kita. Lagipun Thea ingat sesenang itu ibu nak lepaskan Thea hidup sendiri?”
Athea mencebik. ‘Benci! Memang ibu bahagia bersama suami yang kononnya dicintai. Tapi macam mana dengan aku? Aku langsung tak bahagia,’ bentak hati Athea.
“Thea sebenarnya marahkan ibu sebab pisahkan Thea dengan Aaron kan?” Athea tersentak. “Ibu bukannya sengaja nak kamu berdua putus tapi ini jalan yang terbaik. Bercinta jarak jauh bukan jalan yang mudah. Banyak risiko yang Thea kena hadap dan ibu tak nak Thea sakit.”
Athea tersenyum sinis. “Ibu pisahkan kami pun dah buat Thea terlalu sakit, ibu.”
“Thea masih berhubung dengan Aaron?” Athea sekadar membisu. “Ibu harap Thea faham. Ini yang terbaik untuk kita berdua.”
“Terbaik untuk kita atau untuk ibu? Semua ni tak adil tau. Ibu tau kan apa yang kami berdua lalui sepanjang 4 tahun kami bercinta? Semudah itu ibu pisahkan kami hanya disebabkan cinta bodoh ibu ni.”
“Thea!!” Puan Cendana tinggikan suara.
Athea tergamam. Terkejut apabila ibunya meninggi suara untuk pertama kalinya. Athea tahu ayat yang dia lemparkan tadi agak melampau. Mungkin sebab itu Puan Cendana terlalu marah pada Athea.
“Tunku Daris tu lelaki yang baik. Dia tak macam lelaki yang lain. Dia sayang dan hormat ibu sebagai seorang wanita dan itu buat ibu jatuh cinta pada dia. Ibu perlukan dia untuk bimbing kita berdua. Satu hari nanti, Thea pasti akan faham kenapa ibu pilih dia.”
Puan Cendana mengeluh kecil. Berharap perbualan itu tamat. Tak mahu bertikam lidah dengan Athea lagi. Kalau boleh dia tidak mahu hati anak tunggalnya terguris lagi. Cukuplah dengan Puan Cendana cuba pisahkan Athea dengan kekasih hati, Aaron.
Tunku Daris menghampiri mereka. “Kenapa ni?”
Puan Cendana sekadar menggeleng. “Thea mesti tak sabar nak jumpa abang tiri Thea kan? Orangnya kacak tau.”
Athea mencebik. “Tak menarik. Thea lebih suka hidup seorang. Hidup sebagai anak tunggal daripada ada adik beradik yang lain rasanya lebih baik.”
Puan Cendana tersenyum. “Ibu akan pastikan Thea sukakan dia. Daeen Mateen tu seorang yang matang dan bertanggungjawab tau. Ada ciri-ciri seorang abang yang bakal melindungi adiknya daripada segala ancaman bahaya. Lagipun Daeen pun suka membaca. Pasti kamu berdua boleh jadi kawan baik. Seorang penulis, seorang lagi pembaca. Menarik kan?”
YOU ARE READING
TUANKU DAEEN MATEEN (TERBIT)
RomanceTERBIT #1 TUANKU SERIES Sudah diterbitkan di bawah syarikat penerbitan RC Exclusive Publication Start : 1 FEBRUARY 2024 End : 6 APRIL 2024