MELIRIK mata Athea memandang Daeen di sebelah. Fokus abang tirinya memandu, menghiraunya di sebelah. Seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku kelmarin. Athea masih lagi tertanya-tanya. Kemana Daeen pergi kelmarin? Seharian menghilangkan diri. “Tuanku.”
“Hurm.”
“Tuanku pergi mana kelmarin? Tiba-tiba hilangkan diri. Tuanku tau kan harini kita ada event? Banyak kerja nak kena buat. Nasib baik la saya bijak. Kalau tidak memang tak jadilah event kita harini.”
“None of your business,” jawab Daeen.
Athea mengecilkan mata. “Memang bukan urusan saya tapi sekurang-kurangnya bagitau la nak pergi mana. Takde la saya terpinga-pinga nak cover tuanku. Dah la semua kerja tuanku saya kena buat pula tu.”
“Kau tengah merungut ke sekarang ni? Kalau rasa susah sangat nak cover aku, apa kata kau berhenti je kerja. Aku boleh je ambik pekerja lain.”
Athea menjeling tajam. “Tuanku ni dah kenapa nak emosi sangat? Saya tanya je.” Athea mencebik. Pandangannya kembali ke arah luar tingkap sambil bibirnya dibiar muncung ke depan.
Daeen memandang sekilas lalu tersengih. Suka hatinya saat adik tirinya memuncungkan bibirnya.
Tiba sahaja mereka di padang sasar, mereka keluar daripada perut kereta. Pandangan Athea tertumpu ke arah padang sasar yang sudah dipenuhi dengan orang ramai. Boleh dikatakan semuanya anggota polis. Ada juga beberapa orang ahli menembak yang menyertai pertandingan itu.
Daeen juga salah seorang yang menyertai pertandingan itu. Memang menjadi kebiasaannya menyertai pertandingan tersebut.
“Oi, angkat semua ni. Bawa pergi sana,” arah Daeen.
Mulut Athea melopong. “Semua ni?” Daeen mengangguk. “Biar betik. Banyak ni. Berat pula tu. Mana larat saya nak angkat semua ni.”
“Kau nak sangat kan jadi pembantu aku. So buat la. Jangan nak banyak songeh. Aku tunggu dekat sana. Cepat sikit.” Langkah Daeen meninggalkan Athea seorang.
Athea mendengus. Bibirnya tidak lekang memaki hamun Daeen sambil tangannya mencapai barang-barangan Daeen di bonet kereta. Bonet kereta dihempas kuat. Baru sahaja dia ingin melangkah, tiba-tiba Razyn dan Qays datang menyergah. “Opocot tuanku tua kerepot,” latah Athea.
Mengekek-ngekek mereka berdua ketawa.
Lantas Athea menampar lengan mereka berdua dengan beg yang digalasnya. Dah la berat. Mahu tercabut bahunya itu. “Ey!! Korang ni kan. Dah kenapa sergah saya macam tu? Nasib baik takde lemah jantung.”
Mereka tersengih. “Banyak betul barang awak bawa. Nak kami tolong?” tawar Razyn.
Sementara itu,
“Een!!”
Suara Ayyash kedengaran menyapa telinga Daeen. Lantas dia menoleh.
“Dekat sini kau rupanya. Puas aku cari kau merata tempat. Ingatkan pergi melepaskan berudu tadi,” sengih Ayyash sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.
“Banyak la kau punya berudu. Kau pergi la dulu. Aku nak tukar baju kejap,” halau Daeen. Tahu saja la perangai rakan baiknya yang suka menyakat.
“Ha cepat sikit. Ramai dah tunggu kau tu,” ujar Ayyash. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa, menunggu Daeen bersiap.
“Kau ada nampak adik tiri aku tak?” soal Daeen.
Ayyash menjongket bahunya. “Mana aku tau. Rasanya dekat kereta lagi kot. Tadi aku nampak Zyn dengan Qays tolong dia angkat barang.”
Daeen tersentak. “Apa?!” Bergegas Daeen keluar daripada bilik persalinan. Pandangannya tertumpu ke arah mereka bertiga bergerak masuk ke padang sasar. Bukan main mesra lagi, siap gelak tawa lagi.
YOU ARE READING
TUANKU DAEEN MATEEN (TERBIT)
RomanceTERBIT #1 TUANKU SERIES Sudah diterbitkan di bawah syarikat penerbitan RC Exclusive Publication Start : 1 FEBRUARY 2024 End : 6 APRIL 2024