LAGU remix memecah suasana kelab mala. Manusia tidak kira lelaki mahupun perempuan memenuhi ruang kelab malam, leka menari tanpa mengira dosa dan pahala. Ada juga pasangan sedang bercium-ciuman tanpa rasa malu. Baginya itu perkara biasa.
Termasuklah Daeen Mateen. Tanpa rasa malu mencium setiap perempuan yang ada di sekelilingnya. Jauh daripada kawasan rumah agam sanggup dia datang asalkan dia dapat hiburan. Daripada terus terperap dalam rumah agam itu. Apatahlagi ada dua orang asing masuk ke rumah agam itu. Tidak sanggup untuk dia tinggal di rumah agam itu lebih lama.
"Hi, boy," sapa seorang perempuan seksi. Leher Daeen dipeluk erat tanpa rasa segan.
Daeen tersenyum nakal. Lengan perempuan itu ditarik masuk ke dakapannya. Dibiar perempuan itu duduk di atas ribanya.
"Dah lama rasanya you tak datang sini. Busy dengan anak ke? Ataupun busy dengan keluarga baru you? I dengar ayahanda you dah bernikah semula. Dengar-dengar dengan janda kan? Hurm mesti adik tiri tu cantik kan?"
Daeen tersengih. "Secantik mana pun dia, dia tak mampu kalah keseksian you." Dengan selamba Daeen mengucup lembut leher perempuan itu. "I miss you, dear," bisik Daeen menggoda.
Perempuan itu mencebik. "Eleh. Sengaja la tu. Nak ambik hati I. Maklumlah I kan selalu cover you dari media. Taknak terkantoi Tunku Daeen Mateen ada banyak scandal dekat luar kan. Mana tahu esok lusa tau-tau you kahwin dengan adik tiri you and lupakan I. Macam mana?"
Daeen tertawa. "Itu takkan terjadi pada I. Cause I always chose you, not her," bisik Daeen lagi.
Perempuan itu mencebik. "Okay, kita tengok nanti."
"I miss you." Daeen menyembamkan wajahnya di leher perempuan itu. Tubuh perempuan itu digendong masuk ke sebuah bilik. Bilik dimana cucu-cicit adam melakukan maksiat tanpa menghiraukan dosa pahala. Masing-masing lalai dengan kenikmatan dunia sehingga lupa pada pencipta.
***
MELIAR mata Athea memandang sekeliling bilik tidur itu. 'Macam tak percaya. Yang dulu bilik sekecil bilik stor, sekarang sebesar ruang tamu. Sangat berbeza. Tapi kalau diberi pilihan, aku tetap pilih bilik tidur lama aku. Walaupun tilam tak empuk macam tilam sekarang, aku tetap selesa,' bisik hati Athea.Telefon pintar dicapai. Langsung tiada notifikasi daripada kekasih hati di skrin telefon. Kemana Aaron agaknya? Ataupun Aaron ingin menjauhkan diri hanya disebabkan ibu? Jari jemari Athea laju menaip sesuatu di skrin telefon.
I miss you, dear.
Ting!!
Senyuman lebar yang terukir dibibir Athea, mula pudar saat melihat skrin telefon semula. Ingatkan pesanan daripada Aaron. Rupanya daripada rakan baiknya, Mariam.
Mariam : Macam mana hidup sebagai anak orang kaya? Mesti dilayan macam puteri raja kan?
Athea tersenyum lebar. Laju jari jemarinya menaip di skrin semula.
Macam dalam neraka ada la. Aku tak pernah rela hidup macam ni. Dah la takde kawan. Kalau kau ada dekat sini mesti best kan?
Hantar.
Mariam : Sekurang-kurangnya kau kaya. Hidup sebagai puteri raja. Nak apa pun kau boleh minta. Tak semua orang bernasib baik macam kau tau. By the way, Aaron ada contact kau?
Dahi Athea berkerut. Ini bukan kali pertama Mariam bertanya soal Aaron. 'Ada apa-apa yang berlaku ke? Ataupun aku terlepas sesuatu?' bisik hati Athea.
Takde pula. Kenapa?
YOU ARE READING
TUANKU DAEEN MATEEN (TERBIT)
RomanceTERBIT #1 TUANKU SERIES Sudah diterbitkan di bawah syarikat penerbitan RC Exclusive Publication Start : 1 FEBRUARY 2024 End : 6 APRIL 2024