CHAPTER 1

6.9K 154 1
                                    

"Hazel pergilah panggil abang kamu tu ajak makan malam sama-sama" Mak mengarah hazel sambil menyediahkan makan malam untuk mereka sekeluarga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hazel pergilah panggil abang kamu tu ajak makan malam sama-sama" Mak mengarah hazel sambil menyediahkan makan malam untuk mereka sekeluarga. Satu pinggan berisih ketam masak kari kegemaran kedua anaknya. Hazel dan kharl.

Kedua mereka sangat menggemari ketam masak kari air tangan mak sendiri. Lima jenis masakkan telah disediahkan di atas meja. Mak sengaja masak banyak-banyak. Anak sulungnya iaitu Kharl Hazzen, baru balik dari tempat jauh. Anak sulungnya jarang balik ke kelantan. Nak menjenguk pun sekali dalam setahun. Tu pun tinggal hanya dua-tiga hari saja.

Kristel. Mendengar arahan mak itu terus saja mengelap tangannya dengan sapu tangan dari membasuh tangannya di sinki tadi.

"Baik ma...." Hazel menuju ke tangga besar yang menghala ke pintu utama itu. Tiba di pintu bilik abangnya. Kharl.

"Abang zen, jom mama ajak makan sekali" ucap kristel bersama ketukkan sekali. Terdengar suara kharl dari dalam.

"Kejap" beberapa saat berlalu. Kristel menunggu abangnya keluar. Perlahan-lahan susuk abangnya kelihatan apabila pintu dibuka dari dalam.

"Jom" kharl sempat mengusutkan rambut kristel yang terdedah itu.

"Ish! Abang ni, habis rambut zel" kristel membetulkan semula rambutnya yang tidak kemas itu akibat diusik oleh abangnya.

Kharl. Menarik sebelah tangan kristel sambil langkahnya menuju ke dapur dimana ada mak dan abah sudah mengambil tempat duduk. Meja itu tidaklah panjang dan tidaklah kecil sangat. Kerusi disediakan disana ada enam, kalau-kalau ada tetamu yang datang.

Kristel melepaskan pegangan dari abangnya Lalu dia mengambil tempat duduk disebelah abah. Manakala kharl disebelah mak. Mereka berdua berbeza, kharl rapat dengan mak lebih dari abah. Manakala kristel rapat dan manja dengan abah.

"Mak abah, esok zel nak pergi mall dengan abang kharl, boleh kan mak?" Tadi pagi kharl dan kristel sempat berbual semasa mereka joging ditaman. Kharl mengajak kristel untuk berbelanja di mall. Kharl mahu meluangkan masa dengan adik kesayangannya sebelum dia bertolak ke bandar untuk berkerja semula. Rasiah.

"Hmm, yelah tapi kharl kena jaga adik betul-betul, kamu pun tahulah yang adik kamu ni kalau tak dijaga hilang terus jadinya" mak sempat memerli anak bungsunya. Mereka semua tahu bila saja kristel di mall atau tempat yang dia suka, kristel akan pergi tanpa memberi tahu dengan sesiapa.

Kristel mengembangkan pipinya apabila diperli oleh mak. Dia teringat maknya menceritakan pasal dia hilangkan diri di restoran. Abang kharlnya hampir melapor ke balai polis kerana tidak menemui kristel. Nak call pun phone kristel berada ditangan kharl pada masa itu.

Pada waktu petang kristel dapat ditemui juga akhirnya. Kharl ingat kristel hilang padahal kristel berada di kedai anak patung. Akibat menginginkan teddy bear nya, dia menunggu abang kharlnya disitu sehinggalah kharl sendiri yang menemuinya.

The Playboy Man Is My Future Husband [OG]Where stories live. Discover now