CHAPTER 5

1.6K 82 0
                                    

"Denn, kau dah bagi fail tu dekat Ukaish ke?" Denniall mendongak ke atas daripada membaca novel yang di pegang itu, novel itu ditutup lalu di letak di tepi atas meja.

Dia pun baca novel juga tahu.

Dia menegakkan semula badannya, di sandar perlahan ke belakang di seat couch itu.

"Dah, aku ada suruh ric bagi dekat dia, malaslah nak hadap muka dia tu" Denniall selamba saja menjawab.

Dennziz Hanzo Han Ethefan.

Adalah abang tertua di keluarga Ethefan.

Dennziz sibuk membelek fail berwarna hitam itu, di alihkan matanya daripada membaca isi fail itu ke arah Denniall yang duduk diatas sofa yang telah di sediakan didalam Office nya itu.

"Kau dengan Ukaish gaduh lagi, tak habis-habis" Dennziz menggelengkan kepalanya sebelum keluhan kecil di lepaskan, mengeluh.

Denniall dan Ukaish selalu bergaduh hanya perkara remeh, boleh jadi besar bagi mereka, dari mereka kecil sampai mereka sudah dewasa meningkat umur, perangai tak diubah-ubah.

Umur mereka berdua sama, tetapi Denniall yang lebih tua dari Ukaish, bulan lahir mereka tidak sama.

Bulan saja yang tak sama, tapi perangai sama, dua-dua playboy, suka mainkan perasaan perempuan.

Denniall memberi jelingan pada abangnya, tidak ada hormat langsung.

'Tok'

Denniall serta Dennziz pandangan mereka tertuju pada pintu masuk pejabat itu.

"Come in" Dennziz menutup Fail itu semula dan diletak ditepi setelah selesai menanda tangan didalam.

Pintu masuk itu dibuka, kelibatan PA dennziz didepan dengan membawa dua fail, hitam putih.

"Tuan Dennziz, ada orang nak berjumpa dengan tuan, dia ada dekat luar sebab dia kata dia nak berbual dengan tuan dekat luar saja" PA itu bercakap sopan, mana mereka tak kenal dengan perangai Dennziz ini, boss mereka.

Kadang-kadang Dennziz boleh jadi bapak singa, itu yang mereka takutkan.

Dennziz mengangguk kepala tanda paham, dia lupa dia ada mensyuarat untuk bertemu seseorang selepas dia meething dengan Dato' Jefri tadi. Berbual lama sampailah dia lupa perjumpaan dia dengan seseorang.

"Okay, saya akan datang, awak boleh keluar" PA perempuan itu mengangguk sebelum dia menarik semula pintu berkaca itu, menutup.

Dennziz berdiri dari tempat duduknya, di kemaskan fail-fail berselerak diatas meja itu di susun ke tepi.

"Kau nak jumpa dengan siapa?" Soal denniall dengan rasa ingin tahu.

Dennziz membetulkan sedikit kot nya, necktie turut dibetulkan, bersedia ingin bertemu dengan seseorang dimaksudkan tadi.

"Emir" Balas Dennziz pendek saja sambil kakinya dituju ke pintu berkaca.

Satu pengawal berdiri didepan pintu berkaca itu membuka pintu untuk dennziz.

Sebelum dia melangkah keluar dari pejabat itu , dia berpaling ke arah Denniall.

"Nanti kau suruh kharl urus syarikat dekat kelantan tu, kau pun ikut sekali dengan dia, bukan duduk goyang kaki je dalam bilik" Dennziz memberi jelingan pada adik bungsunya itu.

Denniall hanya menghmmkan saja bagi membalas ucapan abangnya itu.

•••

The Playboy Man Is My Future Husband [OG]Where stories live. Discover now