Bab 36

232 7 1
                                    

"Babaiii." Fea melambai Ella dan Imah yang sudah berlalu pergi bersama kereta Myvi kesayangan Ella itu. Kedua sahabatnya itu membalas lambaian Fea itu penuh bersemangat. Macam babai artis je gayanya. Fea geleng-geleng kepala lalu berjalan menaiki apartment yang dihuni oleh Rizzkey itu. 

Rizzkey menyuruh Fea datang untuk menyambut hari ulang tahun wanita itu. Rizzkey ingin mengambil Fea di rumah tapi Fea kata biar Ella je yang hantar alang-alang kedua sahabatnya itu sedang free dan memang suka naik kereta makan angin. Sampai sahaja di depan pintu rumah Rizzkey itu, Fea mengetuk pintu tersebut sebanyak tiga kali.

"Assalamualaikummm ooo assalamualaikumm." Bagi salam macam panggil orang je gayanya.

"Assalamualaikumm, Rizzkeyy? Yuhuu?" Pelik Fea apabila pintu itu tetap juga tidak dibuka. Dia memulas tombol pintu itu.

"Uish, tak kunci. Bahaya nya." Fea masuk ke dalam perlahan-lahan. Rizzkey ni banyak enemy, kita kena berjaga-jaga lah ya.

"Rizzkey?" Lah, mamat ni nak prank ke? Fea garu kepalanya yang tidak gatal. Kena sambut birthday soghe-soghe ka ni?

"Allahhuakhbar, Ya Allah Rizzkey!" Terkejut Fea apabila satu tangan menutup matanya. Tak nampak pun dia kenal sangat tangan suaminya itu. (Readers dah pikir lain la tu tadi awokawok)

Fea nak tarik tangan Rizzkey itu apabila lelaki itu tidak juga menyingkirkan tangannya daripada menutup mata Fea tapi tak dapat sebab mamat ni tahan.

"Rizzkey, bukalah." Fea tepuk badan Rizzkey di belakangnya itu. Perlahan-lahan tangan Rizzkey itu teralih. Fea pandang tepi melihat wajah Rizzkey yang sudah menunduk sedikit supaya wajahnya separas dengan wajah Fea. Jarak mungkin 2, 3 cm je kot. Rizzkey senyum manis. Rambut lelaki itu yang menutup sedikit matanya membuatkan wajah itu berkali-kali ganda lebih tamvan dan manis.

"Happy birthday my gurl." Rizzkey kelip mata kiri. Fea auto dup dap dup dap kenchang. Hawt sekali suaranya meleyot teman gini.

"Why look at me like that hm?" Tanya Rizzkey sambil angkat sebelah kening. Siap senyum nakals lagi. Fea terus alihkan pandangannya. Ga kuat ga kuattt.

"Ehem, apa ni? Hadiah saya mana?" Fea hulur tangan. Rizzkey senyum dan berdiri tegak semula lalu letak tangannya di atas tangan Fea itu konon dia lah hadiah untuk wanita itu. Fea memutarkan bola matanya.

"Wow, so special ya." Sarkastik lak dia.

"Special gift for special person." Balas Rizzkey, yakin beli kat beg kuning dah sold out takyah la search. Fea tahan ketawa dengar ayat terlebih yakin Rizzkey itu.

"Yakin beli kat mana?" 

"Mana boleh beli, dia datang dari sini." Rizzkey tepuk dada. Halah kau mat. Fea buat muka 'yeye je'.

"By the way, let's celebrate your special day together. Mission aku nak buat kau happy sampai kau lupa assignment kau." Ella ngan Imah kaki report.

"Ee saya dah lupa semenjak pijak kaki kat bumi Shah Alam ni lagi eh. Awak kasi ingat pulak." Fea buat muka. Seteres fikir assignment yang setinggi Gunung Everest.

"Haha okaylah okaylah, takyah fikir dah. Mission aku bertukar kepada buat kau happy sampai kau buat assignment pun kau senyum-senyum." Eleh hang. Fea buat muka 'wooo' adakah hari ini akan menjadi begitu bahagia? Nantikan.

"Awak nak bawa saya jalan-jalan ke?" Kaki jalan minah ni. Rizzkey geleng.

"Mana boleh jalan-jalan. Kat luar takde privacy."

"Uish, nak kena privacy bagai pulak dia ni." Mood nak mengejek la pulak. Rizzkey senyum. Senyum nakal yang sangatlah annoying di mata seorang Akma Sofea.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now