Bab 37

275 9 8
                                    

"Rizzkey kita main ni lah. Dandan rambut." Fea tunjuk skrin iPhone nya. Ada video orang yang mendandan rambut seorang perempuan. Kat Pinterest banyak awokawok.

"Kau nak aku dandan rambut kau?" Tanya Rizzkey sambil angkat sebelah keningnya.

"Awak dandan rambut saya, saya dandan rambut awak." Lah.

"Rambut aku pendek macam mana nak dandan?" Ghisau.

"Ala boleh tu. Sini saya try." Fea duduk bersila menghadap Rizzkey. Dia tarik Rizzkey supaya duduk bersila dan menghadapnya juga. Rizzkey ikut aje la apa member nak.

"Saya dapat dandan yang depan je kot sebab  rambut depan awak je yang panjang. Yang belakang pendek sangat." Ujar Fea. Rizzkey angguk je. Apalah nasib.

Fokus betul muka Fea ketika mendandan rambut Rizzkey itu macam tengah nak dandan rambut artis je gayanya. Rizzkey pula hanya memerhati wajah Fea itu macam orang tengah bucin. Bukan macam tapi memang dowh.

"Eh Ya Allah." Terkejut Fea apabila Rizzkey menariknya membuatkan tiada jarak antara mereka. Mamat ni suka lah buat ikut suka hati dia adumak lahh.

"J-jap, saya belum siap." Panik panik. Mamat ni rambut dah kena dandan cacat dengan Fea tu pun still hensemnya tak hilang. Canne tak panik guys?!

"Go on." Suruh Rizzkey. Tak, masalahnya canne teman nak pokus kalau hang nya pun lahaiii lelah gw lelah. Fea yang tak nak Rizzkey perasan dia sedang panik itupun terus mendandan rambut lelaki itu. Tapi kali ni pokus dia dah terbang. Mamat ni tengok dia tak lepas woo. Apa ada sambal tumis tadi melekat kat muka dia ke? Ghisau.

"You're blushing." Aduh, kantoi. Fea pandang Rizzkey lalu memegang wajah sendiri. Adumak baru ciket Fea engko dah kalah pe cer?

"Ehem, sila diam ya. Jangan banyak cakap, jangan banyak gerak." Cantu je eh. Fea sambung dandan rambut depan Rizzkey itu. Susah sikit sebab takde getah rambut and rambut mamat ni lurus gila plus pendek so bila dah dandan tu dia boleh terbuka balik. Struggle Fea nak bagi dandan tu tak terbuka.

"Okay, boleh la ni." Fea ambil iPhone nya lalu pasang kamera. Dia tunjuk skrin pada Rizzkey supaya lelaki itu boleh melihat rambutnya yang sudah siap didandan itu. Fea dandan kat tepi je gaya macam rambut princess dah awokawok.

"Cantik kan? Saya buat gaya princess princess." Mamat tu yang cantik kot ach takde ah gurau gurau. Rizzkey angguk aje la.

"Aku pulak dandan rambut kau." Ujar Rizzkey.

"Jap jap, gambar dulu." Fea pusingkan kamera nak mengambil gambar Rizzkey itu.

"Buat gaya princess princess sikit." Pinta Fea. Rizzkey ambil sikat rambut atas meja lalu diletakkan di kepalanya acah macam mahkota. Fea ketawa. Benda la mamat ni.

"Okay cute cute, 1... 2... 3." Fea melihat hasil gambar yang ditangkapnya itu.

"Ee comelll." Geram sendiri. Masalahnya mamat ni senyum nampak lesung pipitnya aduh manis sekalehh. Rizzkey dah malu dah kena kata comel padahal dia yakin dia hensem eh macam pernah dengar. Delapot ach tbe.

"Cepat, aku pulak dandan rambut kau." Kita kena tukar topik.

"Jap one more one more. Buat gaya prince pulak." Banyak mau. Rizzkey nak tak nak akur jela.

"Contoh jela ni bunga." Ujar Rizzkey sambil hulur sikat rambut di tangannya itu kepada 'kamera'. Siap senyum gentle ala-ala prince sejati. Pro la mamat ni. Enjoy Fea nak menggambarnya.

"Okay 1... 2... 3... Nice." Fea melihat gambar yang diambilnya itu. Bangga pula dengan diri sendiri awokawok.

"Okay, cepat dandan my hair." Fea letak iPhone di sebelahnya lalu duduk tegak. Rizzkey tarik getah rambut Fea membuatkan rambut panjang wanita itu terurai.

FATE (HIATUS)Where stories live. Discover now