TDM || BAB 3

25.2K 1K 25
                                    

TELEFON pintar direnung lama. Langsung tiada notifikasi daripada kekasih hati untuk hari ini. Sejak daripada Athea menjejakkan kaki di rumah agam itu, Aaron langsung tidak menghubunginya. Apatahlagi menghantar pesanan. Langsung tiada.

‘Mana Aaron agaknya? Mungkin Aaron masih terasa dengan ibu. Bila agaknya ibu akan restu hubungan kami berdua? Kalau ibu restu, tak payah aku tinggal dekat rumah ini lagi. Aku pun tak perlu berjauhan dengan Aaron,’ bisik hati Athea.

‘Tiba-tiba rasa rindu dekat Aaron. Baru 2 hari tinggal dekat rumah ni, aku dah mula rindu kampung. Bila agaknya aku boleh balik kampung lagi? Aku nak jumpa Aaron,’ rengek Athea.

Ketukan pintu bilik mematikan lamunan Athea. “Thea.” Suara Puan Cendana kedengaran dari luar. Lantas Athea menarik selimut menutupi kepala. Tak mahu berbual dengan Puan Cendana buat masa sekarang. Apatahlagi bila teringatkan sikap abang tirinya yang miang itu. Menyakitkan hati.

Puan Cendana mula melangkah masuk ke bilik tidur anak tunggalnya setelah lama menunggu Athea memberi reaksi. Kepalanya digeleng melihat Athea berselubung dengan selimut dari kaki hingga ke kepala. “Thea, kenapa tidur lagi? Kan ibu dah suruh Thea siap.”

Athea menyelak selimut hingga paras dada sahaja. “Nak pergi mana?”

“Harini ada majlis sempena meraikan kita. Meraikan ibu dan Tunku Daris sebagai pasangan suami isteri.”

Athea mengeluh. “Perlu ke?”

“Thea anak ibu. Mestilah Thea kena ada. Daeen pun ada tau. Thea belum berkenalan dengan dia lagi kan? Ibu pasti nanti Thea mesti sukakan dia. Orangnya kacak tau.” Puan Cendana cuba tarik perhatian Athea.

Athea memutarkan bola mata tanda menyampah. Kacak tak semestinya perangainya bagus. Bila diingatkan kembali layanan Daeen, membuak-buak api kemarahan dihati.

“Nanti ibu pilihkan gaun untuk Thea ye?”

Dahi Athea berkerut. ‘Tak pernah ibu sediakan gaun dekat aku selama aku membesar ni. Dulu pun ayah yang carikan baju untuk aku. Tiba-tiba hari ni lain pula. Takkan nak ambil hati sampai tahap macam tu sekali,’ hairan Athea.

“Kenapa pula? Thea boleh cari gaun Thea sendiri.”

“Ibu boleh tolong pilihkan. Please. Nanti Thea dah kahwin, ibu tak dapat buat dah dekat Thea macam ni dan Thea pun mesti akan rindukan moment ni.”

Wajah Athea kelat. Harus bagaimana lagi reaksi harus dilemparkan pada Puan Cendana. “Ibu, Thea tak nak pergi. Keputusan Thea muktamad. Thea tak nak jumpa sesiapa pun buat masa sekarang ni termasuklah nak berkenalan dengan lelaki yang kononnya abang tiri Thea.”

“Thea boleh tak jangan buat perangai budak-budak? Thea bukannya budak kecil lagi tau. Jangan buat perangai macam umur 5 tahun. Ibu bukannya minta banyak pun. Pergi ke majlis tu, pakai gaun ni. Semua orang nak berkenalan dengan Thea, takkan Thea masih nak berkurung.”

Athea membisu.

“Ibu minta kali ni je. Hanya harini. Untuk ibu. Please, sayang,” pujuk Puan Cendana.

Athea mengeluh berat. “Untuk kali ni je, okay?”

Puan Cendana mengangguk lalu tersenyum lebar. Senang hatinya sekarang saat Athea menurut. Harap Athea dapat berlembut hati.

Sementara itu, Ayyash menanti ketibaan Malaika di lapangan terbang itu. Hampir 1 jam dia disitu, menunggu sambil melukis. Lukisan yang digambarkan adalah Anggun Malaika. Gadis yang disukai dalam diam. Gembira hatinya saat mendapat tahu tentang kepulangan Malaika.

Razyn dan Qays sempat mengayat beberapa orang pramugari disitu. Siap bertukar nombor telefon lagi. Memang pantang tengok dahi licin dan putih gebu. Semuanya diberi ayat-ayat manis.

TUANKU DAEEN MATEEN (TERBIT)Where stories live. Discover now