Prolog I

10 2 0
                                    

RAIHANA AZ ZUHRA , gadis yang bijak dan baik hati. Hidupnya tidaklah seorang diri, dia mempunyai sahabat baik iaitu Aleena Aufiya. Aufiya juga sama sepertinya tidak mempunyai sahabat lain.

Tetapi hidupnya tetaplah sunyi kerana tidak mempunyai keluarga. Keluarganya telah lama pulang ke Sang Pencipta.

Di usianya rakan-rakan lain sibuk bersama keluarga sedangkan dia hanya mempunyai Aufiya. Tiba-tiba satu hari dia berjumpa dengan Zayden.

Ya, Rais Zayden murid baru di sekolah tersebut. Zayden memasuki kelas yang sama seperti Zuhra dan Aufiya. Entah bagaimana Zuhra, Aufiya dan Zayden menjadi sangat akrab. Mereka bertiga menjadi buah bualan murid-murid di sekolah tersebut. Tetapi Zayden sedikit pun tidak mempedulikan perkara tersebut.

RAIS ZAYDEN , seorang murid yang aktif dalam bidang sukan dan akademik. Dia menjadi idola para-para gadis di sekolah tersebut kerana rupa parasnya yang kacak. Namun Zayden sedikit pun tidak mempedulikan gadis-gadis tersebut, dia lebih tertarik terhadap Zuhra.

Berpindah ke sekolah baru dan berjumpa seorang gadis yang sangat baik. Nama gadis itu sangat indah baginya...Raihana Az Zuhra seperti namanya,nama gadis itu juga mempunyai huruf depan yg sama cuma tambahan A di tengahnya.  Dia mula jatuh hati kepada wanita tersebut.

Tetapi semua orang mula membenci Zuhra kerana Zuhra terlalu rapat dengan dirinya. Zuhra berasa malu apabila ramai yang bercerita buruk tentangnya tetapi Zayden menyuruh dirinya untuk tidak mempedulikan mereka. Mampukah Zuhra bertahan semasa dibenci?

Namun malangnya, nasib tidak menyebelahi mereka. Takdir seperti mengatakan bahawa mereka tidak akan bersama.Adakah mereka akan bersama pada akhirnya?

Cinta Milik Dia [OG]Where stories live. Discover now