"Aduh mana phone aku ni.." sambil mencari phone di dalam beg yang berselerak... Dia sangat serabut kerana tidak menjumpai telefonnya, di dalam hati pelbagai sumpah seranah dilemparkan.
"Time dah lambatlah tiba-tiba tak jumpa phone ni haih" tanpa sedar dia tak sengaja mengeluh. Sudahlah dia terkejar-kejar hari ini, semua benda tak kena haih. Tiba-tiba...
Dia terlanggar seorang doktor di hospital tersebut. Habis terjatuh file-file yang ada di tangan doktor tu."Maaf sangat-sangat saya betul-betul tak sengaja". Doktor tersebut terlihat meraba-raba lantai seperti mencari sesuatu. "Doktor cari apa ya?" Zuhra berkata dengan riak serba salah "Ohh saya cari cermin mata saya. Cik boleh tolong saya cari ?" Rais tersengih kerana malu. "Ohh ni ke doktor?" Zuhra menghulur cermin mata tersebut
"Terima kasih ye...." Zayden memakai cermin mata tersebut dan melihat ke arah gadis tersebut, dia terpana kerana teringat seseorang. "Awak ni Z-Zuhra...?" seketika Zayden menjadi gagap. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Haah ye saya Zuhra...kita kenal ke?Maaf kalau soalan saya kedengaran kasar" Zuhra hairan kerana doktor itu tau akan namanya. Sape ye doktor ni hm ligat Zuhra memikir tapi hanya satu wajah yang terbayang kerana dia saja yang memanggilnya Zuhra. "Doktor ni...Z-Zayden ke?" dia membuat reaksi terkejut.
"Ye saya Rais Zayden...Tak sangka kita berjumpa lagi. You look prettier Zuhra" Zayden tersengih. Syukur dia bertemu kembali dengan gadis ini. Dia sangat merindui gadis tersebut yang sudah lama terpisah dengannya. Namun Zuhra kelihatan tidak senang akan pertemuan itu.
♡︎ RZ ♡︎
"Nanti kalau kita bertiga dah habis sekolah, kita tetap kena berkawan tau hehe" Zuhra berkata dengan ceria sekali. Dia bahagia sangat kerana mempunyai sahabat seperti Zayden dan Aufiya. Dia berharap mereka bertiga tidak berpisah dan putus kawan.
"Iyee Hana kau dah cakap benda sama sepuluh kali tau," Aufiya tergeleng melihat rakannya yang sorang itu. Dia bahagia mempunyai sahabat sebaik Zuhra.
Manakala Zayden hanya termenung jauh memikirkan masa hadapan. Dia pusing memikirkan cita-citanya memandangkan Aufiya dan Zuhra ingin menjadi guru. "Haih jauh kau termenung Zayden...fikir pasal Zuhra ehh" Aufiya suka mengusik mereka berdua memandang dia mengetahui perasaan Rais terhadap Zuhra. Namun Zuhra masih tidak mengetahui perasaan Rais terhadapnya.
"Apa kau mengarut ni Fiya!! Hish cubit kang" malu Zuhra jadinya bila Aufiya mengusiknya begitu. Tiada siapa tahu bahawa Zuhra juga menyimpan perasaan terhadap Rais kerana dia malu untuk memberitahu. "Entah kau ni Fiya mengarut je..." Rais ingin menutup rasa malunya.
"Hm korang jadilah doktor macam aku pleaseee... aku tak ada kawanlah nanti sebab korang berdua nak jadi cikgu kan hm" Rais bercita-cita menjadi doktor namun dia tidak ingin berpisah dengan dua sahabatnya itu. Tanpa sedar Rais mengeluh berulang kali.
"Rais tak baiklah awak mengeluh macam tu...Kita kan boleh jumpa juga nanti,janganlah fikir sangat" Zuhra berkata dengan lembut sekali. Dia tidak tahu mengapa, tapi berat sekali ingin melepaskan sahabatnya. Tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan SPM disebabkan itu mereka kusut memikirkan cita-cita mereka.
Tiba-tiba ade suara yang mematikan lamunannya "Haih budak ni jauh betul termenung lepas jemput aku dari hospital tadi.."Aufiya menggeleng-geleng melihat sahabatnya itu. Terhenti terus lamunan Zuhra sebentar tadi. Dia masih terfikir tentang perkara lampau tersebut. "Kau ada masalah ke Hana? Kenapa termenung je ni?" Aufiya risau melihat Zuhra dalam keadaan tersebut kerana rakannya itu jarang sekali termenung.
"Fiya...kau ingat lagi tak Zayden?" Zuhra berkata dengan nada sedih. "Zayden mana pulak kau ni Zuhra?? Pakwe baru ke hehe.." Aufiya sengaja mengusik Zuhra. Dia ingin Zuhra lupakan masalahnya sementara waktu. Dia tidak suka melihat Zuhra yang muram.
"Ish kau ni Fiya aku tak main-mainlah!! Rais Zayden tulah...Kawan baik kita dulu..." kesal Zuhra jadinya apabila Aufiya sering mengusiknya. Walaupun begitu dia tetap sayang sahabatnya yang sorang itu. Aufiya membatu bila mendengar nama tersebut. "Eh dia ni orang cakap dengan dia, dia jadi batu pulak taknak bergerak"
"Dia bukan kawan kita Zuhra...d-dia dah lama tinggalkan kita. Kenapa kau tanya aku? Kau jumpa dia ke" Aufiya sedih apabila memikirkan hal tersebut. Mereka mencari-cari Zayden di merata tempat sebelum ini namun tidak bertemu jua. "Fiya...tak baik cakap macam tu dia kan kawan kita. Haah aku jumpa dia dekat hospital tadi waktu nk buat bayaran dekat kaunter. Dia nampak makin hensem hahaha" sengaja Zuhra bergurau untuk menutup rasa canggung itu.
Masing-masing mendiamkan diri memikirkan masa silam semasa berada di bangku sekolah. Betapa seronok berada di zaman tersebut namun setiap manusia yang hidup pasti akan merasai peningkatkan usia. Jika boleh mereka masih ingin berada di zaman itu, di mana mereka masih berseronok dengan kawan-kawan. Tanpa sedar mereka berdua mengeluh kerana memikirkan zaman tersebut.
"Dahlah tu Hana baik kau pergi tidur lagi bagus, esok kita kerja tau kau jangan lupa pula hahaha" Aufiya berpesan begitu kerana sudah 3 kali mereka lambat datang ke sekolah nasib tak dibuang kerja. "Hm yelah Fiya..good night babe hahaha"
Malam dia itu susah untuk tidur kerana memikirkan tentang Zayden. Dia rindukan mereka bertiga yang dahulu namun Aufiya seperti sudah tidak ingin mereka bertiga lagi. Dia tahu Aufiya kecewa dengan Zayden kerana mereka telah berjanji untuk sahabat selamanya tetapi Rais mungkiri janji itu.
🎀:Zayden shja yang panggil female lead Zuhra..org lain panggil dia Raihana/Hana
YOU ARE READING
Cinta Milik Dia [OG]
Romance-Andai masa boleh diputar kembali- •Rais Zayden•..ramai peminat di zaman persekolahan,atlet dan sangat pandai Meningkat menjadi dewasa dan menjadi seorang doktor namun ada sesuatu yang memaksa dirinya untuk meninggalkan orang yg dicintai... •Raihana...