BERAKHIR DI (PERTENGAHAN)

12 1 0
                                    

"Jangan bimbang. Diri mereka yang sebenar akan tunjukkan siapa diri mereka yang sebenar-benarnya."

Cahaya terang menembusi kelopak mata yang ditutup. Sungguh terang bagaikan panah sehingga memaksa lelaki itu membuka matanya perlahan-lahan. Berkali-kali matanya berkedip-kedip, cuba untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Lelaki itu baru sedar dia sedang terbaring menghadap ke lampu siling. Perlahan-lahan dia bangun dan mendapati dia berada di dalam sebuah bilik kosong. Dikelilingi dinding konkrit tiada tingkap.

"Selamat siang Encik Walid. Akhirnya kau bangun juga." Suara itu datang dari pembesar suara yang tergantung di penjuru bilik.

"Siapa kau? Aku kat mana?!" Denyutan jantung Walid mula naik. Mindanya terasa bingung.

"Siapa aku tu tak penting. Yang penting sekarang nyawa kau dalam bahaya. Kau rasa macam susah nak bernafas tak?" Tanya suara lelaki dari pembesar suara.

Walid menarik nafas perlahan-lahan. Semakin lama ditarik semakin dia terasa nafasnya tersekat. "Aku rasa sesak nafas."

"Aku kena keluarkan kau dari sini. Tapi kau kena jawab beberapa soalan dari aku. Aku kena pasti kau salah seorang dari kami." Balas suara dari pembesar suara.

Walid tidak mahu fikir panjang, mahu tidak mahu dia terpaksa juga terima pelawaan suara itu. Nyawanya dalam bahaya. "Ok baik."

"Soalan pertama. Dua puluh November dua ribu tiga puluh. Pukul sepuluh malam. Kau ada kat rumah bersama dengan keluarga kau. Betul atau salah?"

"Betul. Aku tengah teman anak perempuan aku siapkan kerja sekolah malam tu." Balas Walid.

"Walid... aku sungguh kecewa dengan kau. Tak sangka kau akan jadi macam ni. Luar nampak baik, tapi dalam..."

"Ok baik. Aku tengah godam sistem keselamatan bilik ni. Tunggu kejap." Kata suara dari pembesar suara."

Tiba-tiba pintu di hadapan Walid terbuka luas dengan sendirinya. "Keluar sekarang! Sebelum pintu tu tutup balik!"

Walid terus berlari menuju ke arah pintu keluar walaupun nafasnya termengah-mengah kerana tidak cukup oksigen. Apabila dia berjaya keluar, dirinya masih terasa geram.

"Apasal aku masih ada dalam bilik sama lagi?! Tempat apa ni?!" Walid masih berada dalam bilik dinding konkrit ditemani satu lampu siling.

"Mereka bina tempat ni untuk kurung kau. Kejap, bilik ni ada sistem keselamatan lain. Aku cuba godam sekali lagi." Kata pembesar suara.

"Siapa mereka tu?"

"Mereka yang cuba cari salah kau."

"Salah aku?" Bingung Walid.

"Soalan kedua. Sepuluh Disember dua ribu tiga puluh. Pukul tiga petang. Kau pergi ke pasar raya. Kau ingat tak barang-barang kau beli?"

Walid cuba untuk ingat kembali. "Aku tak ingat barang-barang spesifik yang aku dah beli. Tapi apa yang pasti, aku beli barang dapur untuk keluarga." Kata Walid.

"Ok."

"Kalau keluarga kau tahu apa yang kau dah buat. Pasti mereka jijik tengok kau. Tinggalkan kau."

"Aku dah dapat akses kawalan kat bilik ni. Pintu dah buka, cepat keluar!" Arah lelaki itu dari pembesar suara.

Walid sekali lagi berlari ke arah pintu keluar di hadapannya. Namun, kali ni lariannya tidaklah selaju seperti sebelum ini kerana kekurangan tenaga dan udara. Dia berjaya tiba di bilik seterusnya. Riak wajah Walid masih kecewa, nafasnya semakin lama semakin kurang.

Berakhir Di PertengahanWhere stories live. Discover now