Bab 1

292 24 10
                                    

Navya masuk ke dalam cafe itu untuk pertama kalinya. Matanya melilau memandang sekeliling, mendapat lambaian dari seseorang yang tidak jauh darinya. Tak tunggu lama, terus Navya mendapatkan perempuan itu.

"Hi,"

Nikki bangun lalu memeluk tubuh adiknya itu.

"Hi too...Oh my gosh...." Suara itu teruja dapat jumpa Navya.

"Nav rindu..." Rengek Navya seperti anak kecil yang kekurangan kasih sayang.

"Nik pun rindu adik..."

Pelukan dileraikan, tanpa melepaskan tangan masing-masing. Mereka mengambil tempat duduk. Semacam kekasih yang dah lama tak jumpa. Mereka dah terbiasa panggil dengan nama sahaja. Bukan tak hormat, cuma panggilan pendek lebih mudah untuk seseorang yang mempunyai dua kakak.

"Mana Nana?" Soal Nikki, melilau anak matanya mencari keberadaan tuan empunya badan.

"Nav dah lama tak jumpa Nana." Perlahan suara itu, sedikit berbisik.

Kedua bahu Nikki mengendur. Kedua tangannya bertindak mengelus tangan Navya. Berharap ada kekuatan yang dapat dia salurkan pada adiknya ini.

"Nikki dan Nana dah dihalau rumah atas sebab ingkar arahan dari Papa. Nikki harap, Navya takkan jadi macam kami berdua. Antara Nikki, Nana dan Navya....Navya anak perempuan yang paling papa banggakan. Jadi, jangan pernah buat apa-apa kesalahan. Navya wajib patuh arahan papa okay?" Nasihat Nikki lembut, tak nak kejadian dulu berulang lagi.

"Nav jumpa Nik buat papa marah. Takpe ke?" Innocent sungguh Navya sampai Nikki tergelak kecil.

"Nik kagum dengan keberanian Nav." Automatik muka itu memerah.

Sejujurnya, Nikki suka dengan sikap adik kecilnya ini. Umur mereka tak jauh beza, cuma Nikki lebih suka gelarkan Navya adik kecil atas sebab perwatakannya yang manja, pemalu dan Innocent. Umur Navya adalah 22 tahun manakala umur Nana 24 Tahun dan umurnya sudah menginjak angka 30 Tahun.

"Nav selalu bagi alasan nak study dengan kawan-kawan sedangkan Nav keluar untuk jumpa Nik." Nikki angguk.

Beruntungnya Navya, mengapa dia katakan sebegitu?

Terlihat innocent, tapi tak ada siapa pun sangka. Navya seorang penulis buku romance yang telah mengeluarkan tiga puluh lima buah buku secara self publishing. Navya mempunyai segala-galanya dalam hidupnya. Tidak hanya kereta, malah rumah dan semua perkara. Boleh dikatakan, hidupnya terlalu sempurna. Dibandingkan dengan dia, hanya mampu menumpang sedikit kemewahan dari Navya. Rumah yang didiami ketika ini adalah milik Navya namun telah ditukar nama atas permintaan dari Navya. Baik bukan?

"Nik malu dengan adik sendiri. Nik selalu meminta itu ini dengan Nav tapi Nik? Nik langsung tak kerja, malah Nik stay at home aje. Pasti Nav always fikir yang Nik tak berguna kan?" Navya menggeleng.

"Jangan cakap macam tu, tak baik tau! Niat Nav dari dulu sampai sekarang memang nak tolong orang. Tak kira adik beradik atau tak. Yang ada dalam fikiran Nav, kebahagiaan orang lain adalah kebahagiaan Nav. Nav boleh berjaya sampai ke tahap ini semua kerana doa mereka."

Buk!

Terkedip-kedip kelopak matanya setelah tubuhnya tenggelam dalam pelukan kasar Nik. Hampir terkebelakang tubuhnya.

"Terima kasih untuk semua harta yang kau bagi dekat aku selama ini." Ucap Nikki sebak dengan beberapa titis air mata mengalir di kedua pipinya.

"Banyak harta itu datangnya dari Allah. Maka, Nav hadiahkan sedikit harta pada kakak sebagai berita gembira bahawa Allah telah jadikan Nav penghantar rezeki buat kakak. Jadi sekarang, Kakak tak layak untuk bersedih. Sekarang, smile...." Navya senyum bahagia tatkala bibir Nikki melengkung cantik di depannya.

"Untung siapa yang dapat Nav. Akak doakan, satu hari nanti Nav dapat seorang lelaki yang mencintai Nav. Bukan setakat mencintai, dengan perasaan obsess, posesif sekali ada. macam cerita dalam novel Nav. Ala-ala mafia katakan." Nikki tekup mulut menahan ketawa saat muka memerah Navya terlihat depan mata.

"Nav takkan bercinta, Nav pemalu. Siapa yang nak dekat perempuan pemalu macam Nav kan?"

"Pemalu tak semestinya tak boleh bercinta. Tak payah merendah diri, percayalah cakap akak. Satu hari nanti, lelaki itu akan datang demi mendapatkan cinta Nav." Navya menyelit rambutnya pada telinga.

"Nav takut nak bercinta." Suara itu separa merengek.

Mencuri hati seseorang yang ada beberapa meter darinya. Bibir itu tersungging sinis. Sesekali dia mengerling perempuan itu lalu berpura-pura lap meja.

"Kenapa takut? Tak ada yang perlu takut, akak ada. Akak smackdown dia depan Nav." Comel je Navya tutup mulut bila nak ketawa. Semua tingkah nya tidak luput dalam ingatan si pemerhati sejak tadi.

"Oh? Nav lupa." Navya keluarkan sampul surat dan diberikan pada Nikki.

"Nav takut lupa nak bagi."

Nikki menerima huluran itu dengan tangan mengigil.

"Thank you." Navya angguk.

Setelah isi dalam sampul surat itu dilihat, berlinangan air mata keluar menuruni lekuk pipinya.

"Banyak sangat ni, akak tak boleh terima duit dari Nav. Nav ambil semula." Banyak kali sampul surat disua pada Navya tapi ditolak berkali-kali. Makanya, Nikki bertindak pegang dengan esakan kecil.

"Banyak atau sedikit jangan ambil kira, yang paling penting keikhlasan hati Nav dalam memberi. Nik jangan nangis-nangis lagi, Nav tak suka kalau Nik terus menangis macam ni. Siapa lagi nak tolong kakak sendiri kalau bukan Nav kan?"

Dengan itu, tubuhnya dipeluk erat oleh Nikki dan dibalas baik olehnya.

"Nav tak mintak banyak, Nav harap satu hari nanti papa dan mama akan berubah. Sejujurnya, Nav tak suka dengan sikap mereka yang lebih suka mengumpul harta lalu menjodohkan anak pada lelaki kaya agar hartanya lebih melimpah ruah dan itu salah satu faktor kenapa terjadi perbalahan dalam keluarga."

Kehangatan hilang, Nikki melepaskan Navya dalam pelukannya. Kerusi dicapai lalu dia duduk betul-betul sebelah Navya.

"Papa tak menjodohkan Nav dengan sesiapa?"

"Ada, tapi Nav bagi alasan yang Nav nak selesaikan buku yang lain. Alhamdulilah papa faham walaupun kadang-kadang selalu memaksa Nav untuk ada anak."

"Kenapa dengan papa ni?" Berang suara itu ternaik.

"Nav tak tahu, yang Nav tahu papa nak sangat Nav kahwin dan ada anak ramai-ramai. Nav banyak kali dipaksa jumpa kawan papa tapi disebabkan meeting yang mengejut menyelamatkan Nav dari papa." Nikki hela nafas lega.

"Percayalah cakap akak, papa takkan berdiam diri. Satu hari nanti, papa akan paksa Nav menikah. Sama ada Nav temukan lelaki kaya atau bernikah paksa dengan seseorang yang Nav tak kenal." Ujar Nikki gusar dengan keadaan adiknya ini.

"Jangan risau, pandailah Nav reka cerita apa-apa. Tak pun, Nav cari aje lelaki mana-mana yang nak mencintai Nav. Tanya dulu sebelum kahwin, kaya tak? Kalau tak kaya, kita balik. Kalau kaya, proceed." Hampir terburai tawa Nikki. Bukan setakat Nikki, orang yang berura-ura nak masuk dapur pun tahan ketawa sekali.

"Tak baiklah buat macam tu!" Nasihat Nikki suara kecilnya. Tahan gelak.

"Sorry..."

Dan, mereka berdua ketawa terbahak-bahak dalam cafe itu tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang. Seorang barista di situ, menatap intense pada Navya sebelum bibirnya ukir senyum sinis yang bermaksud sesuatu.

Dacio's Obsession Where stories live. Discover now