Bab 4

47 7 2
                                    

"Maaf sebab I dah menyusahkan you. Pasti boss you dah marahkan you atas sebab ponteng kerja kan?"

Macam biasa, bila sedang gelisah mahupun serba salah Navya meramas-ramas baju yang dipakainya.

"Hey, don't feel guilty..." Dacio ketawa macho. Terdengar sedap di gegendang telinga Navya sehingga berhasil membuat jantung Navya meletup.

"I tak kesah kalau boss I nak berhentikan I atas alasan I tinggalkan kerja demi nak hantar you. I tak boleh tengok you balik sendiri dengan teksi. Mana tahu mereka ada niat buruk dekat you kan?" Sungguh tidak sedar diri, sedang yang berniat buruk itu adalah dirinya.

'Aip? Dacio tak berniat apa-apa, Dacio berniat nak hantar Nav pulang aje. Tak salah buat pemandu Nav terluka sikit kan? Lagipun tak mati lagi, tak salah kan?' monolog Dacio tanpa dosa.

"Allah ada, Allah boleh jaga I."

"Kakak I bernikah dengan lelaki beragama islam." Dacio melirik orang sebelah.

"Wow! Tahniah!" Navya ikut gembira dengan berita itu. Nampaknya tidak memahami isi dari apa yang cuba Dacio sampaikan.

"Bila turn kita?"

Navya tersedak air liur sendiri. Mukanya berona merah kerana terlalu malu.

"I terfikir nak masuk islam, pertama I dapat merasai keindahan islam. Kedua, I dapat merasai keindahan memiliki you." Senyum manis tersungging di bibir itu.

Navya dah tak bisa menahan diri. Mukanya merah menyala bersama bibirnya digigit malu.

"You and I baru jumpa tau takkan dah jatuh cinta kan?" Perlahan bisikan itu namun masih dapat Dacio dengari.

"I wajib kenal you berapa lama baru kita boleh jadi lebih dari kawan?" Soal Dacio kini menggoda Navya dengan lirikan manja.

"Bertahun-tahun." Jawab Navya tidak terlalu serius.

Namun, lain pula bagi Dacio. Rasanya itu adalah bukti cinta yang harus dia lakukan demi mendapatkan cinta dari Navya.

"I akan menghilang dalam masa dua tahun and I harap kepulangan I disambut dengan cinta dari you. Boleh?" Soal Dacio tanpa segan silu menunjukkan effort nya.

Dalam diam, Navya menafikan perasaan yang Dacio merasakan sekarang. Disebabkan itu, Navya tak balas apa-apa agar tiada pengharapan yang mampu menyakitkan hati Dacio. 

"Mungkin." Was-was Navya nak mengiyakan.

Kendatipun jawapan 'mungkin' bukan setuju tapi Dacio menganggap itu adalah persetujuan. Tak dapat menahan, bibir itu tersenyum bahagia menggambarkan perasaan gembira tak terucap.  

"You know what, there is nothing more better than spending some time with you." Ucap Dacio perlahan dengan suara malu-malu.

Bernasib baik mereka telahpun sampai ke destinasi yang dituju, jadi apa yang dikatakan Dacio tidak Navya fikirkan. Dacio memarkingkan kereta di depan pagar rumah Navya.

"Your dad?"

Navya mengangguk.

"Daddy always tunggu depan pintu kalau anak perempuan dia balik lewat."

Tanpa disuruh, Dacio turut keluar dari kereta selepas Navya. Lagak seorang lelaki melayu terakhir, dia menghulur tangan untuk bersalam.

"Uncle,"

Walaupun tak kenal, tetap Datuk Othman menyambut huluran salam itu. Mukanya berkerut seribu apabila lelaki asing menghantar anak perempuannya. Muka Navya terpancar seri bahagia seperti lelaki ini adalah boyfriend nya.

Dacio's Obsession Where stories live. Discover now