Tawau-Lagenda kaum/suku Tidung

4 1 0
                                    

Tawau adalah bandar ketiga terbesar disabah.Tawau juga dikenali dengan “syurga makanan”.Makanan-makanan yang terdapat di Tawau sangat sedap dan harga pun berpatutan.Selain daripada itu,Tawau juga dikenali dengan tempat-tempat peninggalan sejarah semasa zaman pemerintahan British.Tawau juga mempunyai banyak keistimewaan antaranya hutan semula jadi yang juga dikategorikan sebagai hutan tertua didunia.Antaranya adalah, Maliau Basin dan Lembah Danum.

Para hikers juga boleh mengunjungi Hutan Simpan Bukit Gemuk dan Taman Negara Bukit Tawau atau juga lebih dikenali sebagai ‘Table’.Selain itu,ada juga tempat menarik antaranya adalah Tawau Cocoa Village,Shan Shui Golf & Country Club,Balung River Eco Resort Park,Taman Hotspring,Ranggu Holiday Valley,Taman Awam Muhibbah Tawau dan banyak lagi.
                                                                                                                                        (sumber:wikipedia)

Tetapi disebalik keindahan-keindahan tersebut sudah pasti mempunyai misteri ataupun kisah seram disebaliknya.Rekaan ataupun kisah benar biarlah ia tetap menjdai misteri.

Tinagat ataupun juga dikenali sebagai Batu Payung  yang merupakan salah satu pantai yang terindah di Tawau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tinagat ataupun juga dikenali sebagai Batu Payung  yang merupakan salah satu pantai yang terindah di Tawau.Mungkin ramai yang tidak tahu Tinagat itu mempunyai kaitan dengan Sungai Sibuku yang terletak di Indonesia.Ia mempunyai lagenda yang sama dan mempunyai keterkaitan.

Menurut cerita daripada penduduk kampung,pada suatu ketika dahulu terdapat seorang pemuda yang tinggal bersama dengan ibu bapanya.Mereka tinggal disebuah kampung yang mempunyai tanah yang subur dimana,kampung tersebut menghasilkan padi yang sangat banyak.Kampung itu mempunyai bendang sawah yang cukup luas dan tanaman padi mereka sangat subur menghijau.

Senja hampir pun menjelma,pemuda tersebut berehat seketika melepaskan sambil berjalan-jalan ditepi pantai.Pada ketika itu,keadaan cuaca yang kurang baik.Hujan gerimis mulai turun membasahi bumi.Sedang khusyuk dia berjalan-jalan ditepi pantai,dia terdengar suara gelak ketawa perempuan yang sangat ramai.Dia terus ke arah tersebut untuk melihat suara siapakah gerangan wanita-wanita itu.Dia ternampak tujuh orang putri yang sedang mandi ditepi pantai.Putri-putri itu sangat cantik,lelaki manakah yang tidak akan tergoda akan kecantikan mereka.Tujuh orang putri itu dikatakan berasal dari kayangan yang bernama ‘Jula Juli Bintang Tujuh’.

Niat jahatnya mula bermain difikiran.Dia berfikir untuk mendapatkan salah seorang daripada putri tersebut.Setelah lama berfikir,dia membuat keputusan untuk mengambil sepasang baju putri tersebut.Akan tetapi ada juga lagenda yang menceritakan lelaki itu mengambil selendang salah seorang putri itu.Dengan ada selendang itu,mereka boleh kembali ketempat asal mereka.

Setelah selesai mandi,putri-putri itu mula menyarungkan baju-baju mereka yang terletak diatas batu.Akan tetapi salah seorang daripada mereka telah kehilangan bajunya iaitu putri yang paling bongsu.Dia mencari-cari bajunya tetapi tidak jumpa.Jambatan ataupun laluan mereka untuk pulang semakin hilang.Rakyat-rakyat juga menyatakan jambatan itu adalah sebuah pelangi.Pada akhirnya putri bongsu itu ketinggalan dan akur untuk tinggal dibumi.

Pemuda itu merasa gembira kerana rancangan berjaya.Dia melihat putri bongsu itu sedang menangis kesedihan dan dia berpura-pura berniat untuk membantu putri tersebut.Dia bergegas kerumahnya unutk mengambil baju ibunya lalu diberikan kepada putri tersebut.Hari pun semakin gelap,akhirnya pemuda itu membawa putri itu kerumahnya.Setelah dia membawa kerumahnya,ibunya terpegun dan terkaku melihat kecantikan wanita itu.Pemuda itu menceritkan kepada ibunya bagaimana dia menjumpai putri tersebut.Dia tidak memberitahu kepada ibunya akan rancangan jahatnya itu.dia menyembunyikan baju putri tersebut agar putri tersebut tidak boleh pulang kerumahnya.

Disingkatkan cerita,pemuda itu pun berkahwin dengan putri tersebut kerana rumahnya tidak henti-henti dikunjungi orang ramai.Setahun mereka berkahwin,akhirnya mereka pun dikurniakan  seorang anak.Semenjak kehadiran putri itu,hasil tuaian padi mereka melimpah ruah.Akhrinya pesta untuk menuai padi telah pun tiba.Penduduk kampung mendesak pemuda itu dan keluarganya untuk menrima tawaran bahawa putri itu yang akan menari.Pada awalnya putri itu enggan menerima tawaran tersebut tetapi setelah didesak oleh suaminya dia akhirnya menerima tawaran tersebut.

Akan tetapi,putri itu memberikan syarat kepada suaminya.Dia memberikan syarat bahawa untuk memulangkan semula baju yang telah diambilnya.Putri itu akan mengenakan baju tersebut semasa menari untuk pesta meuai padi itu.Pemuda itu akhirnya setuju,dia mengeluarkan baju putri yang telah dia sembunyikan.Putri itu mengenakan bajunya dan memulakan tarian.Pada awalnya,dia menari seperti biasa lemah lembut gemalai dan tanpa disedari kakinya mula terangkat.Putri itu pun akhirnya terangkat dari lantai pentas sehingga dia tidak dapat turun semula.Keadaan menjadi semakin huru hara apabila putri tersebut semakin tinggi dan semakin menjauh.

Pemuda itu pun terus mengejar putri tersebut sehingga dia melihat putri itu sedang berdiri diatas batu yang berbentuk seperti payung.Setelah sampai ke batu tersebut dai merayu kepada isterinya itu untuk turun semula tetapi apakan daya putri itu tidak dapat turun semula kebumi.

Pemuda itu mengambil keputusan untuk menebang batu yang berbentuk payung itu dengan harapan agar putri itu dapat kembali semula kepangkuannya.Walaubagaimana pun, setelah batu itu tumbang putri itu terus terbang semakin tinggi dengan ucapan terakhirnya adalah “tolonglah jaga anak kita itu,kalau dia menangis bawa lah dia ke sungai sibuku”.
Putri itu terus terbang meninggalkan pemuda itu dan pemuda pulang ke kampungnya dengan kekecewaan.

Dikatakan sungai sibuku itu dahulunya mempunyai ombak yang berlapis 7.
Dari suku kaum Tidung,tinagat itu bermaksud tebang.
Itulah yang dikatakan lagenda dan juga asal muasal nama Batu Tinagat atau Batu Payung.

Menurut penduduk setempat pada waktu malam,ada yang melihat seperti kelibat seorang perempuan ataupun seorang putri yang sedang berdiri ditunggul batu tersebut.Menurut lagenda ataupun cerita,tempat itu adalah portal ataupun laluan orang bunian.

walaubagaimana pun,pada waktu siang tempat ini masih menjadi tumpuan orang ramai untuk berkunjung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

walaubagaimana pun,pada waktu siang tempat ini masih menjadi tumpuan orang ramai untuk berkunjung.

*untuk melihat sendiri keadaan batu berbentuk payung dengan lebih dekat ataupun lebih ingin mendalami cerita boleh buka atau search youtube (lagu tidung batu tinagat)*

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Urban Legend of BorneoWhere stories live. Discover now