Menaip. Menaip.
Sekali-sekala memadang ke arah Thaqeef yang sedikit termenung.Menaip lagi.
Aidil sudah tidak dapat menahan diri.
"Thaqeef! Hoi!"
Tersentak daripada lamunannya.
"Ha? Apa?" Masih terpinga-pinga.
"Kau kenapa ni? Kau masuk dalam pejabat aku untuk duduk termenung depan aku camtu ke? Kau ingat pejabat aku ni apa?" Soal Aidil yang sedikit kesal.
Aidil menyambung kembali menaip di dalam komputer miliknya.
"Er... Aidil."
"Hm! Apa?"
"Kau dah tahu yang Lutfi dah meninggal?"
Tangan Aidil yang sedang asyik menari-nari di atas papan kekunci itu terus terhenti.
Dia memandang ke arah Thaqeef.
"Tahu. Kenapa?"
"Kenapa kau tak bagitahu aku?"
"Aku bukan tak nak bagitahu kau, tapi aku pun baru tahu waktu aku teman ayah kau jumpa klien minggu lepas. Dan aku macam tak sempat nak bagitahu sebab lately ni kau sibuk sangat." Jelas Aidil.
"Huh.."
"Kenapa? Tapi kan, kau sepatutnya lagi tahu daripada aku sebab kau selalu berhubung dengan mak Lutfi kan?"
"Dulu, sebelum nenek meninggal.. lepas kejadian tu aku lebih banyak diamkan diri dan sampai sekarang aku cuma masih kirimkan duit dekat Lutfi tapi aku tak tahu kalau Lutfi dah tak ada.. aku rasa macam serba salah."
"Nak serba salah apa pula, bukan kau pun punca arwah meninggal. Lagipun, waktu nenek meninggal kau punya emosi pun tak stabil sangat. Tak apa, aku faham keadaan tu."
"Macam manalah Aisyah sekarang kan?" Soal Thaqeef sendiri.
"Kau nak rujuk balik ke dengan Aisyah?"
"Ish, mana ada.. tak mungkin lah.. lagipun aku dah ceraikan dia talak 3 kut."
"Setahu aku, dari apa yang aku belajar.. kau boleh kahwin dengan dia balik sekiranya dia dah kahwin dengan lelaki lain dan laki baru dia tu ceraikan dia balik. Dan sekarang ni pula, suami dia pula dah meninggal memang boleh lah kau nak kahwin balik."
"Bunyi macam kejam je."
"Kau ni.. bukan kau yang plan untuk laki dia meninggal.. benda ni jadi secara tak sengaja dah memang takdir."
Terdiam.
"Kau masih sukakan dia kan? Kalau kau nak kepastian lagi tentang hal ni better kau pergi tanya dekat peguam syariah kau. Pasti dia akan jelaskan lagi dekat kau tentang ni." Kata Aidil lagi.
"Kau rasa Aisyah nak ke terima aku balik?"
"Belum cuba belum tahu, dan kali ni kau kena dapatkan dia dengan cara yang betul bukan macam cara yang dulu. Faham?" Balas Aidil.

ANDA SEDANG MEMBACA
AKU NERAKA BAGIMU (C)
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...