PINTU

7 0 0
                                    

Kling..

Kling..

Kling..

Bunyi loceng bergema ke seluruh ruangan kafe. Barista yang sedang memerah secangkir biji kopi berdekatan kaunter mengangkat wajah untuk melihat wajah pelanggan yang baru melangkah masuk. Seorang wanita usia lewat tiga puluhan menapak mendekati kaunter. Tidak ingin membiarkan pelanggan menunggu lama, barista itu turut mendekati kaunter dengan satu gelas putih.

'' I nak ho-''

''Hot americano right, miss.'' Belum sempat wanita itu menghabiskan ayat, barista itu menyampuk lalu meletakkan cawan putih yang berisi amerikano panas di kaunter.

''Eherm..yes.'' Jawab wanita itu dingin. Tidak gemar dengan perilaku tidak beradab barista muda itu yang memotong percakapannya.

''Ten ringgit only.'' Barista itu mengukir senyuman kepada wanita itu.

''Wait a minutes.'' Wanita itu mengeluarkan satu not sepuluh ringgit daripada dompet lalu dihulurkan kepada barista muda di hadapannya.

''Thank you, miss.'' Ucap barista muda itu. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya.

''Hurm..'' Wanita itu mengambil cawan minumannya dan berlalu pergi ke arah pintu. Barista itu pula mencapai kain untuk mengelap meja kaunter.

Masa yang sama.

Orang yang sama.

Perbualan yang sama.

Dia melalui hari yang sama di tempat yang sama...selamanya.

Kling..

Kling..

Kling..

Bunyi lonceng bergema ke seluruh ruangan kafe. Barista yang sedang mengelap meja kaunter mengangkat wajah sedikit untuk melihat wajah pelanggan yang baru melangkah masuk. Seorang remaja lelaki yang masih berpakaian uniform sekolah menapak mendekati kaunter. Sedar akan tangannya yang sudah kotor, Barista itu melangkah ke arah sinki untuk mencuci tangan. Tidak lama itu, dia mendekati kaunter dengan satu gelas plastik putih.

'' Saya nak ma-''

''Matcha Latte bukan, Encik.'' Belum sempat remaja itu menghabiskan ayat, barista itu menyampuk lalu meletakkan gelas plastik putih yang berisi matcha latte di kaunter.

''Haah, kak. Macam mana akak tahu apa yang saya nak order?'' Soal remaja lelaki itu bersama wajah terkejut.

''Akak ni keturunan nujum pak belalang ke?'' Tambahnya lagi dengan nada gurauan.

''Lima belas ringgit sahaja.'' Barista itu hanya mengukir senyuman kepada remaja lelaki di hadapannya tanpa menjawab soalan yang ditanya.

''Jap eh.''Remaja lelaki itu mengeluarkan beberapa not lima ringgit daripada dompet lalu dihulurkan kepada barista di hadapannya. Namun, belum sempat barista itu mencapai not dia menarik kembali tangannya.

''Akak ada kertas dengan pen tak?'' Soal remaja lelaki itu dengan senyuman gatal.

''Ada.'' Ucap barista muda itu. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya.

''Saya nak pinjam kejap boleh?''

''Boleh.'' Jawab barista itu lalu dia melangkah ke satu rak berdekatan kaunter. Barista itu kembali dengan satu pen hitam dan sehelai sticky note dan diletakkan ke atas kaunter.

''Encik nak bagi nombor telefon ke?''

''Ye-za.'' Belum sempat remaja lelaki itu mecapai pen dan sticky note tersebut, barista itu mengambil alatan itu semula. Dahi remaja lelaki itu berkerut kerana tidak puas hati dengan tindakan barista itu.

1| PINTU (2024)Where stories live. Discover now