Chapter 54

3.7K 164 10
                                        

Kebun Ustaz Abu.

Ustaz Abu sedang sibuk membersihkan kebun Pisang miliknya dan juga ada beberapa kebun sayur-sayuran yang ditanam oleh Ustaz Abu dan isterinya.

"Assalamualaikum." Seseorang datang memberi salam tidak jauh darinya.

Ustaz Abu terberhenti seketika apabila mendengarkan salam tersebut.

Beliau berpaling ke arah si pemberi salam itu.

Dahinya berkerut melihat lelaki yang sedang tersenyum ke arahnya itu dan wajahnya mula terlihat tidak berpuas hati.

"Tak nak jawab salam saya ke Pak Ngah?" Soal lelaki itu.

"Kau ni memang masih tak faham-faham lagi ke? Yang aku ni, memang tak suka tengok muka kau." Balas Pak Ngah.

"Saya datang nak tolong Pak Ngah."

"Tak payah!" Marah Ustaz Abu.

Lelaki itu tetap datang ke arahnya dan mengambil parang yang berada di tangan Ustaz Abu dan pergi menebas kesemua daun pisang yang sudah kekeringan itu.

"Aidan Thaqeef Bin Qus Huzair!!!" Panggil Ustaz Abu dengan nada yang marah.

"Ya, saya Pak Ngah. Wah, tak sangka Pak Ngah ingat nama penuh saya.. sebut pun tak berbelit lidah.. pasti Pak Ngah suka dengan nama saya kan... hehehe." Balas Thaqeef dengan loyar buruknya itu sambil ketawa kecil ke arah Ustaz Abu.

Ustaz Abu terlihat tidak berpuas hati lagi.

"Aku cakap pergi daripada sini, jangan ingat kau dah urutkan aku minggu lepas.. aku dah maafkan kau."

"Saya datang cuma nak tolong Pak Ngah je sebab Fateh dia tak boleh nak datang, lagipun kebun ni bukannya kecik, besar pula tu. Esok saya dah nak balik.. bagilah saya tolong Pak Ngah kali ni je." Rayu Thaqeef.

Ustaz Abu menarik nafas dengan dalam. Beliau pun duduk di sebuah bangsal yang berada di dalam kebun itu.

"Kau nak tolong sangat?" Soal Ustaz Abu.

"Ya, saya nak sangat tolong Pak Ngah!" Jawab Thaqeef semangat.

"Kau nampak tu?" Soal Ustaz Abu sambil menunding jari ke arah satu lagi kebun miliknya yang sedikit tidak terurus.

Thaqeef memandangnya dan sedikit terkejut.

"Na-nampak.."

"Daripada sini.. sampai sana, aku nak kau bersihkan semua ni. Sekarang." Arah Ustaz Abu dengan tegas.

Thaqeef terus bersiap-siaga untuk membersihkan kebun itu.

Setelah beberapa minit dia membersihkan kesemua daun-daun kering dan pokok-pokok yang telah mati, Thaqeef terlihat begitu lelah dan mukanya juga sudah naik merah kerana digigit oleh nyamuk di dalam kebun itu.

Ustaz Abu hanya memandangnya dengan pandangan yang meremehkan si Thaqeef.

"Huh.. ada apa-apa lagi saya kena buat."

"Ada." Jawab Ustaz Abu sambil meneguk segalas air teh hangat ke dalam mulutnya.

"Apa lagi?"

AKU NERAKA BAGIMU (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang