PROLOG

44 2 0
                                    

~For those girls that are still struggling with their eating disorder and once feeling guilty to eat.~

⋆。‧˚ʚ♡ɞ˚‧。⋆



          Huh. Huh. Huh. Nafas Sara makin kuat kedengaran. Kedua-dua ventrikel jantung mengepam lebih kuat untuk mengalirkan lebih banyak darah ke otak. Bekalan oksigen tampaknya hampir ke takat paling minimum dek habis digunakan.

          Baru sahaja Sara turun daripada tren, kelihatan segerombolan geng mak cik kiah di luar. Namun geng ini semuanya datang dari kelompok umur sepertinya. Bagai menunggu kehadiran dia untuk tiba di stesen itu. Agaknya dari mana mereka tahu keberadaannya di sini? Canggih benar kamera litar tertutup sekarang, sehingga Sara yang kecil ini pun mereka dapat cam.

          "Kejar dia!"

          "Weh, aku nampak dia kat situ tadi!"





          Fight or flight.

          Sara melajukan lariannya semampu yang boleh. Tiada masa untuk dia toleh belakang. Lebih baik selamatkan diri.

          Peminat gila! Sasaeng! Ada ke pagi-pagi kejar orang. Sudahlah Sara menyarung baju kurung, mahu menangis kak baju kurung kelabu kerana dia kini mengatasi rekod lariannya. Fuh, nyaris sahaja kain Sara tersepit pada pintu tren. Apapun dia sudah selamat menerjunkan diri ke dalam tren.

          Walaupun terjahan Sara ke dalam tren tadi telah mengundang pandangan pelik para penumpang. Saea telan liur sambil tayang sengihan selebar mungkin. Buat cover malu. Dengan kaki mengepak ke luar, langsung hilang ciri-ciri perempuan Melayu terakhir. Lekas dia berdiri dengan tegak lalu selamba bergerak ke tempat duduk yang masih kosong.

           Punggung dilabuhkan. Hilang penat dikejar orang gila entah dari mana. Entah berapa banyak asid laktik yang terkumpul dengan larian sejauh beberapa ratus meter tadi. Sudahlah lari secara mengejut. Mana taknya kakiku berasa kejang.

   

       Kepala ditegangkan seperti selalu. Lenguh. Topeng muka hitam dipakai menutup muka, tanda berjaga-jaga. Mana tahu ada lagi peminat tunang Sara yang berkeliaran di tren yang sama. Kus semangat sahaja. Nak buat report kat lelaki itu pun tak guna. Pengaruhnya terlalu kuat, tak mampu menghalang tarikan wanita kepadanya.

          Apa Sara boleh buat? Tali pertunangan sudah diikat. Sekarang dia terpaksa hadap realiti mempunyai hubungan dengan orang terkenal. Lagi handsome bak jelmaan malaikat, bak kata fans dia. Apa punya merepeklah mereka. Entah pernah tengok malaikat depan mata atau tak. Kalau betul, entah-entah mereka yang tak cukup nafas dulu.

          Paling ringan pun, mungkin kena myocardial infarction.

          Baggy hoodie yang tiga kali ganda daripada saiz badan Sara dikemas-kemas agar tak lagi renyuk. Kalau S pun masih longgar, bayangkan XL macam mana pada badanku. Namun ini sahaja yang dia dapat gunakan untuk menutup tulang-tulang tersembul di sebalik baju ini. Tulang clavicle pun boleh nampak. Belum lagi tangan putihnya yang jelas terlihat tulang-tulang.




          Pandangan mata Sara terhenti pada skrin telefon yang dipegang oleh seorang perempuan di sebelahnya. Sara perhatikannya. Berpakaian baju sekolah dengan kain pengawas, rasanya mesti baru budak sekolah. Jarang Sara jumpa pelajar menggunakan tren untuk balik ke rumah.

          Wait?!

          11. 04 a.m. Belum masuk waktu tengah hari pun. Mungkin sekarang baru tamat waktu rehat menengah atas. Dan bagaimana budak ini boleh selamba bermain telefon di sini? Mengucap Sara dengan perangai budak zaman sekarang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

STOLEN BEAUTYWhere stories live. Discover now