Chapter 01 : Tease

64 8 2
                                    

    " Ikut aku Jeonghan-ah! " Jisoo bersuara perlahan lalu menarik lengan Jeonghan masuk ke dalam stor di belakang sekolahnya lalu menutup pintu tidak ingin Seungcheol menjumpai mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Ikut aku Jeonghan-ah! " Jisoo bersuara perlahan lalu menarik lengan Jeonghan masuk ke dalam stor di belakang sekolahnya lalu menutup pintu tidak ingin Seungcheol menjumpai mereka.

Huh! Huh!

Jeonghan dan Jisoo bernafas berat sambil menoleh memandang antara satu sama lain. Dalam beberapa minit kemudian, mereka ketawa mengingatkan jeritan Seungcheol.

" Seungcheol dengan short temper dia dengan kita tak pernah berubah. " Ujar Jeonghan masih tergelak puas apabila mereka dapat mengusik Seungcheol itu sehingga lelaki itu kepanasan.

Ya, itu adalah rancangan Jeonghan dan Jisoo untuk mengusik Seungcheol sehingga muncul api-api yang akan meletus dari lelaki itu.

" Kita baru je usik dia. Dia punya jerit macam kita ada buat dosa besar betul. " Balas Jisoo pula dan kali ini semakin galak mereka ketawa sebelum singa datang mencari mangsa.

" Ha, Yoon Jeonghan! Hong Jisoo! Aku dengar dari luar korang gelak. Amboi, galak betul eh korang! Baik kau buka pintu ni sebelum aku tendang sampai rosak. " Suara Seungcheol dari luar menyentakkan mereka.

" Shh! " Jeonghan meletakkan jarinya pada bibirnya menyuruh Jisoo untuk berdiam diri namun makin kuat dentuman pintu dari luar membuatkan mereka cuba menahan tawa.

Shrink! Shrink!

Tiba-tiba, bunyi pisau disinsing oleh seseorang dari dalam stor itu mengejutkan Jisoo. Walaupun lelaki itu menghentak pintu stor dengan kuat namun dia dapat mendengar dengan jelas dan tidak pada Jeonghan.

" Yoon Jeonghan! Hong Jisoo! Buka pintu woi!! " Dia menjerit sekuat hati dengan Jeonghan menahan diri daripada membuka pintu.

Jisoo memandang seseorang berpakai serba hitam keluar daripada celah rak penyimpanan bola. Matanya memandang tepat pada Jisoo membuatkan dia mula ketakutan.

" Jeonghan-ah, buka pintu! " Arah Jisoo.

" Wae? Kita baru je nak kenakan Seungcheol! " Ujar Jeonghan namun pandangan Jisoo membuatkan dia keliru. Dia memandang ke hadapan apabila seorang lelaki sedang memandang mereka berdua.

Tangan kanan memegang pisau.

Tangan kiri memegang pistol.

Di dalam poket jaketnya terdapat rantai tajam.

Lelaki itu memandang Jeonghan dan Jisoo sambil tersenyum sinis. Wajah lelaki itu separuh sudah hilang kerana terkena asid pada suatu ketika dahulu.

Itu juga adalah punca dari Yoon Jeonghan.

" Wanna play, evil twins? " Soalnya.



















To Be Continued

[√] us.Where stories live. Discover now