Chapter 58

1.6K 99 11
                                    

Aira terlihat sedikit runsing dan berjalan ke hulur ke hilir memikirkan masalah Aisyah.

"Aira, duduklah." Suruh Aisyah yang sudah pening melihat Aira berjalan ke hulur ke hilir.

"Macam mana I nak duduk Aisyah? I tengah risaukan keselamatan you sekarang ni, tahu tak?" Jawab Aira yang berusaha untuk duduk di atas sofa rumah Aisyah.

"Mm.. saya minta maaf, sebab dah buatkan awak risau Aira. Susahkan awak je datang sini lepas ambik anak awak ni daripada pengasuh." Balas Aisyah sambil mengusap lembut kepala anak Aira yang berusia 3 tahun itu.

Anak kecil itu juga nyenyak tidur di atas riba Aisyah ketika itu.

"I tak pernah rasa susah pun Aisyah, apa-apa sahaja masalah you I akan bantu. Sekarang ni, polis pun tak dapat nak detect siapa yang hantar mesej dekat you tu. Macam mana? You nak pindah daripada sini?" Soal Aira.

"Saya berat hati nak pindah, lagipun duit pun tak ada. Rumah ni paling dekat dengan tempat saya mengajar dan sedikit menyenangkan saya untuk ke sana."

"You ada dapat text pelik lagi daripada stranger tu?"

Aisyah datang menunjukkan sesuatu kepada Aira.

"Apa ni?" Mengambil beg kertas yang berwarna merah itu.

"Awak bukalah, saya dapat benda tu depan pintu rumah pagi tadi. Sa-saya takut.." kata Aisyah yang mulai merasa takut.

Aira membuka beg kertas itu dan alangkah terkejutnya wanita itu apabila melihat isi kandungan di dalam beg kertas tersebut adalah sepasang baju NightDress yang berwarna merah.

"Siapa bagi ni?! Asal benda macam ni dia bagi dekat you?! And..." Aira mengambil beberapa keping gambar yang terselit baju tersebut.

Beberapa keping gambar Aisyah yang agak tidak senang untuk dilihat dan sepertinya ia diambil secara haram.

Aisyah terdiam kaku dan terlihat sedikit menggigil.

Aira memandang tepat ke arah Aisyah.

"Aisyah, I think you kena keluar daripada sini.. or you cuba cari internative lain untuk you selamatkan diri you.. I rasa dia ni pervert..bahaya ni." Kata Aira risau.

"Tak apalah Aira, saya akan cuba untuk buat report tentang ni pula dekat polis."

"Huh.. polis pun masih tak dapat tahu lagi siapa dia ni.. aduh.. you betul-betul okay ke ni? Kalau tak, you tumpang rumah I."

"Eh, tak apa Aira. Saya tak nak duduk rumah awak dengan Ameer."

"Its okay, Ameer pasti setuju."

"Aira.. memang suami awak setuju, tapi lebih elok kalau saya tak duduk dekat rumah tu.. lagipun tak manis saya duduk satu rumah dengan sepasang suami isteri.. nanti akan terjadi benda yang tak sepatutnya."

"I percayakan you lah Aisyah, tak akanlah you nak buat benda bukan-bukan dekat suami I?"

"Terima kasih sebab percayakan saya, tapi lebih baik kita cuba untuk jauhkan perkara tu daripada terjadi. Innsya Allah, saya akan minta tolong untuk polis buat rondaan dekat sini.. saya yakin nanti kalau saya tunjukkan semua ni pasti diorang akan lebih alert."

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now