21

66 5 0
                                    


Jalan di Raymond ni tak sesak dengan kenderaan tapi sesak dengan orang lalu lalang. Kebanyakannya pelajar Rutgers atau NJIT. Dah sebulan dia di sini dan baru sekarang dia dapat menyesuaikan diri dengan cuaca dan persekitarannya. Dia tinggal off camp memandangkan dia perlu masak sendiri dan tak perlu terikat dengan kehidupan ala asrama. Kalau nak tinggal on camp,dia perlu makan dari makanan yang ada di dorm sahaja sedangkan dia nak bebas masak sendiri. Perutnya tak cerewet mana,makan roti sahaja cicah air pun dah cukup berinya tenaga harian yang diperlukan. Cuma kadang-kadang Zarif ada bertanya menu makannya. Contoh terbaik,kelmarin.

"Assalamualaikum,Khadijah dah habis class harini ke?"muncul whatsapp pertama dari tunangnya. Kebetulan masa tu dia on the way balik ke bilik. Elok je Raymond junction,whatsapp tu muncul. 

"Otw balik"

"Nak masak ke?"

"Not sure. No idea. Ada idea?" 

"Nasi lemak?"

Dan kerana idea pendek si Zarif,dia pusing ke kiri hala ke Mars Halal Mart untuk membeli ayam,santan kotak,halia, daun pandan pula memang ada dalam pasu kecil  di tingkap dapurnya. Elok je hidup pokok tu walaupun renek je. Beras memang tak pernah putus stok di rumah.

"7 pm datang ambil nasi lemak" itu yang dia reply pada Zarif.

"Ok" itu jawapan lagi pendek Zarif. Sekali pandang orang takkan tahu mereka tunangan. Sebab seminggu sekali dua sahaja berjumpa itupun sebab nak ambil tiffin makan dari Ket. Betul lah cakap Mama Zahir,anak-anaknya akan kenyang kalau ada Ket di bumi NJ ni. Biasanya Zahir dan Abangnya Zach tak balas tiffin dengan kosong. 

Dia bagi tiffin berisi mi kari (which was hipstered to spaghetti kari), the Aslam's repayed with 10 dollars. Elok je dalam tiffin tu duit tu di masukkan dalam ziplock plastic. Dia bagi nasi ayam dengan ayam masak kicap,the Aslam's  balas satu pendrive penuh dengan Harry Potter sequel dari Philosopher's Stone sehingga Deathly Hallows part 2. Mana la dua orang tu download,dia pun tak tahu yang pasti memang dia bersemangat nak masak lagi. Completed series kot. Dia letak tortilla chicken wrap dalam tiffin beserta kek batik indulgence, dua beradik tu balas dengan Applied Thermodynamic by Eastop and McConkey. Ni hadiah suruh fokus belajar,tak payah masak dah kot.

Setiap kali Ket memberikan Zahir makanan,Zach ada turut menemani adiknya. Maklumlah walaupun tunggu di depan pintu rumah je,tetap tak elok di mata orang. Duduk di bumi US mereka membawa nama seorang Muslim dan Muslimah. 

"He looks awesome Ket!" Kebetulan masa proses menyerahkan mi kari ke tangan Zahir,Nathalie ada di rumah,maka sempatlah berkenalan dengan tunangnya itu.

"Awesome for his?" Dia mengajukan pertanyaan pada Nath gadis dari New York itu. Ber mata hazel,rambut dark brown.

"Of course his look"muka Nath macam berangan-angan dah tu.

"Which one?" Yelah dua beradik tu yang muncul depan pintu,yang mana satu dikatakan awesome tu

"I'm referring to the shortest hair"sah la tu.

"I'm sorry girl. He's taken"

"Do you mean he is someone husband?"

"No. He engaged"

"So do you know his fiancé?"

"Seems so"

"Pretty?"

"All things created by god is pretty,dear"

"Does he like her?"

"He likes God more" Zarif tu walaupun tidur lambat,walaupun kita merasakan tak cukup tidur tapi solat subuhnya tak pernah miss di masjid area Orange Ave tu. 

"I think someone will appoint him as the imam soon or later"gurau Zach semasa Zarif kata tak dapat nak singgah rumah Ket ambil tiffin breakfast dan menggantikan Zach sebagai wakil ditemani roommate Zach iaitu Ismael,pelajar NJIT dari Sudan.  Dan kerana itu,Ket belajar untuk menerima kehadiran Zarif sebagai tunangnya. Zachary juga baik dan bersopan terhadapnya. Mama sentiasa bertanya khabar dalam whatsapp. 

"Does he love her?" Nath ni tak habis tanya lagi.

"He loves his religion more than he loves anything or anyone"

"If he loves me,I will revert for the sake of my love" dan Ket terkejut mendengarkan itu. Dia mula rasa serba salah. 

"Do you want me to tell him that?" Dia mahukan kepastian. Nathalie mengangguk. Kalau kat Malaysia buat macam ni mesti dah kena kecam dengan netizen. Perigi cari timba,hidung tak mancung pipi tersorong-sorong yada yada.

"InshaAllah I'll try"

"Thank you Ket" Nathalie berlalu ke dapur sambil humming "the wheel on the bus goes round and round lalalalala" dan Ket termangu sendirian.

"Assalamualaikum Zahir,meet me at Bluehall. Will bring tiffin along."

"Ok"

Dan dia dengan tiffin nasi lemak berisi sambal tumis mussel,telur mata goreng,nasi lemak,timun menuju ke arah Zahir yang telah sedia menunggu bersama Zachary. Hari Ahad,mereka semua tiada kelas tapi Bluehill ini agak lengang mungkin pelajar keluar dari New Jersey untuk cuti weekend.

"Terima kasih daun keladi,masak lagi lain kali,kami terima senang hati" Zachary boleh ganti Cikgu Abu,cikgu BM dia masa sekolah dulu. Mengajar buku Komsas 20 minit selebihnya diluahkan segala mutiara kata,peribahasa,kosa kata pelik yang buat Zahir terpaksa bawa kopi O pekat ke kelas diletakkan dalam flask.

"Kenapa nak jumpa kat luar pula Ket? Ada hal nak cerita ke. Buli?Rasis?" Zachary bertanya setelah menyambut tiffin dari tangan Ket. Adiknya masih malu-malu dengan bakal adik iparnnya kalau nak tunggu buka mulut macam tunggu nak balik Malaysia rasanya penantian tu.

Ket menggelengkan kepalanya. Dia yang mengambil tempat di hadapan Zahir hanya menrenung tunangnya itu 

"Zahir,saya ada benda nak cakap ni." Terkejut Zahir. Ket nak cakap dengan dia? Kali kedua dia berasa cuak setelah kali yang pertama sewaktu meminta Mama menghantar risikan ke rumah Ket. Tak disangka Nenek menyarankan mereka bertunang terus ketika itu. Masih diingat Mama pulang ke rumah dengan sengih lebar. Zach pula bising komplen dalam video call malamnya sebab langkah bendul. Adik bongsu terlebih dulu bertunang.

"Apa dia,Khadijah?" Dia suka nama Khadijah. Rare pada zaman sekarang. Pandai arwah Mama dan Papa Ket pilih nama.

"My roommate, Nathalie. It's about her" 

"Kenapa?"

"Dia nak convert to Islam"

"Alhamdulillah bagus lah tu" Zahir senyum bangga dengan tunangnya. Apa yang berjaya didakwahkan Ket sampai gadis mata hazel tu berminat dengan Islam.

"But I need your help" Zahir dan Zach dah saling memandang. Nak nyanyi lagu menjeling menjeling Tan Sri SM Salim dan Dato Siti dah gayanya.

"She said if only you marry to her" terlepas handphone di tangan Zahir. Zachary dah melopong.




[💚COMPLETED] JODOH MR.MINETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang