"Aku terima nikahnya dengan Siti Nurdiana binti Jamaluddin dengan mas kahwinnya enam ratus ringgit tunai,"
"Sah?"
"Sah,"
"Sah,"
"Alhamdulillah..."
Doa dibaca setelah akad dilafazkan. Sesekali Shukri memandang isterinya, Diana yang mengesat air mata. Terharu. Kini mereka telah sah menjadi suami isteri.
Setelah selesai membaca doa, Shukri menuju ke arah Diana untuk bersalam buat pertama kali setelah sah menjadi suami isteri. Diana agak gugup untuk menyentuh tangan suaminya. Shukri perasan akan hal itu lalu tersenyum sambil mengangkat dagu isterinya.
"Tak perlu takut lagi, sayang. Kita bukan macam dulu dah. Kita dah sah,"
Klik!
Kamera ditekan untuk merakam momen indah tersebut. Semua tetamu yang hadir ikut terharu melihat pasangan yang sudah menikah di hadapan mereka itu.
Semasa jamuan, rakan-rakan Diana datang untuk menyambut rakannya yang menjadi raja sehari tersebut. Sudah lama mereka tidak bertemu. Diana mengambil keputusan untuk mengambil cuti seminggu sebelum hari pernikahannya supaya dapat berehat sementara.
"Diana, we miss youu!" ujar Farah sambil memeluk Diana.
"Alah, seminggu je pun. Lebih-lebih pulak kau,"
Mereka tertawa.
"Dah jadi bini orang, jarang lah kita together nanti hmm," kata Zarina. Diana tersenyum kecil.
"Takpe, mungkin next week baru aku masuk kelas lagi. Kita hang out, okey?"
"Okay guys, look at the camera! Peace!" ujar Wahidah.
Masing-masing membuat freestyle semasa mengambil gambar yang ditangkap oleh Wahidah. Momen tersebut harus diabadikan, lagi-lagi Diana adalah orang pertama yang berkahwin di antara mereka berempat.
"Perfect! Diana, kitorang nak makan dulu, ya?" ujar Wahidah.
"Ye lah, sebelum balik, roger tau!"
"Okey, our queen!"
"Psst, akak!"
"Ha, kenapa?" Diana memandang Dania, adiknya yang menjadi pengapitnya sekarang.
"Amboi, dah kahwin lupa adik lah tu!" ejek Dania.
"Ish, mana da akak nak lupa Nia. Kan akak stay sini malam ni, esok baru akak pindah,"
"Alaa, akak ni... Takkan nak tinggal adik sorang? Abang Johari dah kahwin anak dua, Abang Izzudin sambung belajar, mak dah takde..." Air matanya gugur.
Diana sebak melihat adiknya yang masih mengenangkan pemergian arwah ibunya tahun lepas. Masa itu, Dania baru habis SPM dan mendapat 10A. Namun, ibunya tidak sempat melihat keputusan cemerlang anaknya akibat strok dan meninggal dunia sehari sebelum pengambilan keputusan SPM. Diana yang sedang belajar di UM cepat-cepat balik ke kampung setelah mendengar khabar tersebut.
Setelah itu, mereka hanya tinggal bertiga, abah, Diana dan Dania. Dua orang abangnya sudah merantau jauh dari kampung halaman. Jika Diana berpindah bersama suaminya nanti, Dania akan tinggal bersama abahnya.
Diana memeluk adiknya yang sudah berlinangan dengan air mata. Sedih jadi anak bongsu, kalau kakak dan abangnya sudah merantau, tinggallah dia seorang diri di rumah sementara menunggu tawaran universiti.
"Takpelah, Nia. Nanti akak dah pindah, akak akan balik juga untuk lawat abah, lawat adik. Selalu lah juga call kakak, okey? Jangan sedih dah, lap air mata tu. Rosak make up nanti,"
Dania mengesat air matanya. Diana hanya tersenyum tawar memandang adiknya.
---
"Jemput makan, jangan malu-malu,"
Majlis makan malam di rumah Pak Cik Jamaluddin meriah disambut oleh keluarga Shukri yang ikut serta. Tidak lupa, Diana dan Shukri yang baru sahaja diraikan sebagai raja sehari tadi.
"Alhamdulillah, tak sangka majlis hari ni berjalan lancar, kan? Bertuah anak mama dapat isteri yang cantik dan rajin macam Diana ni," Puan Zaiton bersuara. Diana tersipu apabila dipuji oleh ibu mertuanya sendiri.
"Ish, apalah mama ni. Shukri memang dah lama ada pilihan, cuma tulah, mama nak kenal lah, jumpa lah, last last kahwin juga,"
"Jadi, Diana dengan Shuk bila gerak ke Selangor?" soal Pak Cik Jamaluddin, ayah kepada Diana.
"Esok, abah. Mungkin sebelum Zohor gitu, sempat juga solat kat mana-mana RnR," jawab Diana. Abahnya mengangguk.
"Elok sangat lah tu. Dah pindah, jaga diri, jaga bini mu tu elok-elok Shuk. Tak pasal-pasal kena bagi balik dekat Pak Cik Jamal ni," pesan Encik Shahrul, ayah Shukri.
"Apalah papa ni, Shuk taulah. Shuk akan jaga isteri Shuk ni elok-elok,"
"Abang ni!"
Mereka semua tertawa. Berharap dengan majlis makan malam tersebut, hubungan antara kedua-dua pihak semakin erat dan bahagia.
---
Diana sedang membaca novel di dalam bilik tidurnya. Shukri masuk ke dalam bilik setelah minum malam di dapur tadi.
"Sayang, buat apa tu?" tanya Shukri.
"Baca novel lah, tak nampak ni?"
Shukri ketawa. Dia terus baring di sebelah isterinya.
Diana menutup novelnya. Mungkin sekarang masa terbaik untuk berbual mesra dengan suaminya.
"Abang, tak sangka kan kita dah kahwin sekarang? Dulu bukan main abang jealous kalau saya berborak dengan si Akmal tu,"
"Siapa je tak cemburu, hm? Abang memang dah lama taruh perasaan kat awak, tapi sejak awak ambil aliran medic, saya dah tak jumpa awak lepas SPM. Saya pula sambung tingkatan enam,"
"Sebenarnya, Akmal pernah lamar saya masa saya di UM, cuma saya tolak. Saya tak rasa dia jodoh saya dan saya masa tu nak fokuskan pelajaran je..."
"Alah, tau-tau kahwin juga masa belajar!"
"Sebab abang memang jodoh saya!"
Shukri membaling bantal ke arah muka Diana. Diana ketawa lalu membalas kembali balingan bantal tadi. Mereka berdua ketawa kegirangan.
"Cuma, saya harap, abang dah tak buat kesilapan yang sama macam dulu dah. Saya tak nak abang terlibat dengan benda-benda haram tu lagi, okey? Janji?"
"Ye, janji. Anything for you, sayang. Saya pun harap awak akan sentiasa percayakan saya..."
Shukri mengusap-usap kepala isterinya. Sungguh, dia sayang akan isterinya. Hanya Diana sahaja yang mampu percayakan dia sekarang. Shukri yang sekarang bukan macam Shukri yang dahulu. Dia dah berubah ke arah lebih baik lagi-lagi sejak bertemu dengan Diana.
Dia harap tidak ada lagi yang mampu meleraikan janji ini.
Janji dan kepercayaan.
Terhadap hubungan mereka.
---
"Semoga kita semua kuat,
masih ada hal yang belum terlangsai,"---
Stay tuned for chapter 2!
YOU ARE READING
Menanti Sinar Kembali
General FictionKisah tentang Diana, yang terpaksa tinggal bersama anak perempuannya kerana suaminya, Shukri dipenjara selama 7 tahun. Setelah dibebaskan, Shukri malu untuk menunjukkan dirinya di hadapan anaknya sendiri sedangkan anaknya kurang kasih sayang dari ba...