Lamunan Liyanna terganggu dek terdengar ketukan dari luar pintu biliknya
"Liya jom keluar makan, sejak semalam lagi kamu tak keluar makan.Kamu tu ada gastrik"
Mendengarkan suara ibunya baru dia teringat bahawa dia tidak menyentuh nasi sejak dari semalam lagi memang patutlah perut dia terasa senak sekarang ni
"Kejap lagi Liya keluar""Yelah jangan tak keluar pula ya"
Puan Aleena mengeluh berat seketika. Pelik kerana anaknya tiba-tiba jadi pendiam selalunya gembira je.
Liyanna memandang wajahnya di pantulan cermin yang memang sedia ada di dalam tandas itu.Dia mencuci wajahnya yang kelihatan sembap sebelum dia mengeluh seorang diri"Haa keluar pun anak ibu yang sorang ni"
Liyanna hanya menghadiahkan senyuman hambar kepada ibunya dan aunty Fakhira.
"Kenapa muka kamu tu Liya, Aunty tengok macam sembap semacam je?"
Soal Datin Fakhira apabila melihat wajah Liyanna yang kelihatan sembap itu
"Tak de apa lah aunty"Liyanna melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang bersebelahan dengan ibunya sebelum dia mencedok sedikit nasi goreng lalu diletakkan di dalam pinggangnya
"Aii sikitnya kamu makan Liya selalunya penuh pinggang"
"Liya tak ada selera lah ibu"Sedang mereka berbual tiba-tiba kedengaran satu hon kereta dari luar
"Haa tu mesti Fahim dan Fathi. Aku pergi luar kejap ye Leena"
Datin Fakhira meminta izin sebelum menapak pergi ke ruang tamuPuan Aleena menghantar kelibat sahabatnya dengan ekor matanya sebelum dia memandang kearah anaknya.Puan Aleena menggenggam sebelah tangan anaknya
"Anak ibu ok tak ni?"
"Liya ok j-"
Namun belum sempat Liyanna menghabiskan ayatnya Puan Aleena terus memotong percakapannya
"Jangan tipu ibu, ibu tahu anak ibu tak ok.Ibu jaga kamu sejak kecil lagi jadi ibu kenal kamu macam mana"
Serentak itu mata Liyanna yang dari tadi lagi cuba menahan air mata terus menitis jua sebelum dia memeluk tubuh ibunya dengan erat"Anak ibu ni kenapa cuba cerita dekat ibu"
"M-Mika minta p-putus dengan Liya bu"
Liyanna menangis teresak-esak di dalam dakapan ibunya"Ha-hahh!? Kenapa dia minta putus dengan anak ibu ni?"
"L-Liya tak tahu ibu"
Puan Aleena mengeluh sebelum dia mengelap air mata anaknya yang mengalir di pipi yang mulus itu"Dah jangan nangis nanti tak cantik anak ibu ni.Kalau kamu kehilangannya,itu mungkin kamu ditakdirkan untuk menemukan sesuatu yang lebih baik.Percayalah, lepaskan, dan berikan ruang untuk apa yang akan datang"
Liyanna tersentak apabila mendengarkan kata-kata ibunya.Dia cuba memberikan senyuman nipis kepada ibunya sebelum dia kembali menyembamkan wajahnya di pelukan ibunya.***
"Assalamualaikum umi"
Fahim tunduk bersalaman dengan Datin Fakhira dan diikuti oleh adiknya iaitu Fathi
"Waalaikummusalam jom masuk, anak-anak umi ni mesti penat"
"Haah betul tu umi!"
Fahim menjeling kearah adiknya.Macam dia je yang bawa kereta padahal tidur je kerjanya 3 jam atas kereta 3 jam juga lah buat air liur basi.Fathi yang perasan akan jelingan abangnya itu terus tersengih sumbing"Abi mana umi?"
"Abi kamu macam biasalah pergi lepak dengan kawan-kawan dia, dah lama sangat tak berjumpa"
Fahim hanya menganggukkan kepalanya sebelum dia mencabut kasutnya lalu dia mengikuti langkah Datin Fakhira untuk ke ruang tamu"Leena ni lah anak-anak aku"
Datin Fakhira memperkenalkan anak-anak lelakinya kepada Puan Aleena yang baru saja melangkah masuk ke ruang tamu itu
"Oh dah besar-besar semua ya sekarang ni, makin handsome pula tu"
Fahim dan Fathi hanya tersenyum nipis sebelum dia tunduk bersalaman dengan Puan Aleena
"Ehh jom duduk, tunggu Liya buat air kejap lagi siap la tu"Lalu mereka melabuhkan punggung di atas kerusi yang memang sedia ada di situ
"Ni lah kawan lama umi yang umi cakap tu,dulu korang berdua selalu bermain dengan anak aunty Leena ni nama dia Liyanna Amaira"
Fahim mengerutkan keningnya sebelum terasa bahunya disenggol oleh adiknya"Kau ingat tak bang?"
Soal Fathi dengan nada yang berbisik, hanya mereka berdua yang mendengar namun Fahim hanya menggelengkan kepalanya sebagai tanda tidak mengingati budak perempuan yang selalu bermain dengannya ketika kecil dulu
"Alah takkan kau tak ingat budak perempuan yang kau selalu buli dulu tu tapi kau sayang je dia sebenarnya"
Fahim hanya mengabaikan percakapan adiknya"Ibu ni air maaf lambat, Liya sakit perut tadi"
Serentak itu mereka berpaling kearah satu suara perempuan yang datang dari dapur.
Liyanna tersenyum manis kearah ibunya dan aunty Fakhira sebelum pandangannya beralih kearah dua jejaka yang turut berada disitu namun senyumannya terus mati apabila anak matanya berlanggar dengan sepasang mata yang turut memandangnya tanpa berkelip.Fahim juga turut terkedu apabila melihat figura seorang perempuan yang berada di hadapannya sekarang ini. Oh tuhan kecilnya dunia ini!
DO VOTES AND COMMENT✨💅
FROM NIK LIYANNA TO LIYANNA AMAIRA

YOU ARE READING
Fahim:Attractive Husband [Revamp]
Tiểu Thuyết Chung[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] Start-18/12/2023 End-16/9/2024