BAB 1

2 0 0
                                    

Petir berdentum kuat memarahi alam . Suara pekikan manusia berada di mana - mana . Hanya tuhan yang tahu bertapa takutnya mereka ketika ini . Kampung Astura menjadi huru hara ibarat kiamat kecil. Letupan yang mengambil banyak jiwa yang suci . Kebakaran yang semakin marak . Semuanya seperti hampir berakhir ..

    Lari. Ya dia berlari . Ketakutan sudah menyelubungi diri . Dia perlu pulang dan selamatkan keluarganya . Dia perlu bawa mereka jauh dari kiamat itu . Ratna yang ketika ini seorang anak kecil baru sahaja cuba untuk mengenali dunia terpaksa berdepan dengan kemusnahan yang sangat mengerikan .

    " Ibu ! Ayah ! Abang ! Adik ! Kita kena pergi dari sini ! " Ratna memanggil ahli keluarganya . Ratna berlari ke arah pintu rumah . Tetapi ...semuanya sudah terlambat . Buka sahaja pintu yang diperbuat daripada kayu itu Ratna melihat sekujur tubuh yang kecil sedang terbaring di lantai .

     Air mata Ratna mula mengalir dengan deras .Seseorang yang sentiasa merwarna hidupnya , seseorang yang amat rapat dengannya dibunuh dengan kejam . Adiknya Surya mati di tangan manusia  yang kejam .

     Tangan adiknya terlilit ke belakang . Matanya terbeliak . Di lehernya terlihat kesan seperti dicekik . Dada adiknya ditikam . Mungkin beberapa kali.

    Ratna menjerit sekuat hati . Adiknya masih terlalu kecil untuk terima semua ini . Dia memeluk erat kepala adik tercinta dikucup perlahan pipi  mulus tubuh kecil itu .

  Ratna mencari ahli keluarganya yang lain . Dia berlari  menuruni tangga yang akan membawa dirinya ke dapur . Ratna terdiam . Ibunda dan ayahanda serta abang yang dikasihi ..terbaring kaku di lantai . Ratna jatuh terduduk buat ke sekalian kalinya .

   Lebih menyakitkan ahli keluarganya mati dalam keadaan mengerikan . Jari jemari ayahnya disiat sehingga menampakkan tulang yang putih . Abangnya Radhi ditikam di kepala . Ibu pula seperti ..dikelar lehernya .

   Ya allah ujian apa ini . Buat masa ini Ratna terdiam tidak berkutik . Dia berjalan longlai ke arah ibunya .

  " Kalau Ratna tak lambat ..kalau Ratna tahu ini akan jadi.." Ratna menangis semahunya . Baginya ini sudah berakhir . Dia sudah tidak mempunyai sesiapa . Rumah yang penuh dengan memori indah menjadj gelap serta merta .

   Ratna menutup ahli keluarganya dengan sehelai kain lembut yang diambil daripada biliknya . Selesai sahaja melakukannya Ratna keluar dari rumah . Ratna tidak tahu sekiranya dia perlu mati atau tidak . Di mana dia akan pergi untuk meneruskan hidup . Ratna memandang ke langit yang mula menunjukkan tanda bahawa ia akan mengeluarkan air untuk menyembah bumi .

   Ratna berjalan dan berjalan sehingga di akhir jalan .

                                                                                    ♠|~ Arjuna ~|♠

   " Putera ibu.." Ratu Andra membelai lembut rambut si putera kesayangan . Dia sudah tidak  tahu lagi apa yang perlu dilakukan demi memberhentikan kelakuan suaminya .

°flashback

   " Adinda bodoh! Mengapa dinda beritahu semua orang rancangan kita ! " Tengking Raja Arman . Dia berang . Dia marah . Kampung Astura perlu dimusnahkan dengan secepat mungkin . Tetapi isterinya pula sibuk untuk menhalang .

    " Kanda tidak boleh melakukan itu . Kesian kepada mereka yang tinggal dia sana ! Ramai kanak kanak yang masih suci lagi jiwanya  akan mati ! " Ratu Andra masih cuba untuk mempertahankan kampung tersebut . Ratu Andra tidak boleh lagi mengikut telunjuk suaminya . Ini sudah melampaui batas . Dia tidak ingin menjadi pembunuh !

PANG!

    Terjatuhnya  sang Ratu . Pedih . Sakit . Itu apa yang dirasakan sekarang .Ratu Andra memegang pipinya yang sudah berubah warna .

   " Dinda kena sedar di mana dinda berada . Kampung itu bawa malang di negara ini . Kanda sayang dinda tapi itu tidak bermakna dinda tidak boleh untuk kanda bunuh " tubuhnya kaku apabila Raja Arman yang dahulunya lemah lembut , suami yang cukup dia cintai berubah sekelip mata . Bunuh? Mengapa ..mengapa ..

    Raja Arman berlalu meninggalkan isterinya . Dia perlu lakukan apa sahaja untuk memusnahkan kampung durjana itu . Selagi nyawanya hidup dan kakinya masih berada di bumi . Dia akan hancurkan . Hancurkan tempat yang tidak sepatutnya .

end flashback 

    " Ibunda nampak sedih " kata si putera cilik . Ratu Andra cuma hanya melihat anaknya dengan pandangan kuyu . Dia menghadiahkan senyuman . Dia harap puteranya tidak menjadi seperti si suami . Tuhan jauhkanlah Harrez Arjuna dari melakukan kejahatan . Ratu Andra berdoa di dalam hati . Berharap anakanda tercinta akan mengubah segalanya . 

   "Tidaklah...Ibunda baik ni ha...tengok " Ratu Andra mengangkat putera kecilnya tinggi lalu berpusing di sekitar ruang bilik mewah itu . Arjuna tertawa gembira apabila dilakukan seperti itu . Mereka berbahagia walaupun derita sedang menghampiri . 

                                  • ________•________•

  Kampung Idrea

  " Eh Narla kamu ada dengar berita ? " Tanya Che Na terhadap anak perempuannya .

    " Cerita apa pula ? Ibu ni macam - macam la " balas Narla malas . Sebernanya Narla sudah tahu apa yang ingin ibunya sampaikan . Tetapi dirinya cuma malas untuk mendengar .

     " Ish..kamu ni ! Kamu takkan tak tahu . Alaa..berita tentang anak Raja Arman ..Harrez Arjuna . Segak orangnya " puji Che na . Narla mula  menggulingkan mata . Bukan dia tidak tahu ibunya yang seorang ini pantang melihat orang yang rupawan . Haih..

     " Ha ...Narla nak keluar . Rasa tak bernafas duduk sini . " Narla berdiri dan meninggalkan ibunya seorang diri . Malas mahu layan !

   

     " Assya! " Jerit Narla . Rindu betul pada kawannya yang seorang ini . Assya sedikit terkejut dek panggilan itu .

    " Mak bapak kau tak ajar salam ke " Senyuman mengerikan dihadiahkan kepada Narla . Sakit juga ayat yang dilontarkan . Menusuk !

     " Alaa..kau ni macam tak biasa " Narla dan Assya telah berkawan dengan lama . Jangan risau mereka bukanlah adik beradik . Assya atau nama penuhnya Ratna Assyaf ialah satu satunya kawan kepada Narla .

     Mereka bertemu semasa Narla masih kecil . Narla melihat Ratna pada pertama kalinya di rumah terbiar di Idrea , dia berasa sangat simpati apabila mengetahui bahawa Ratna ialah salah seorang mangsa Kemusnahan Kampung Astura . Jadi dia membantu Ratna .

    "Kau berlatih lagi ke harini ?" tanya Narla . Ratna pandang sekilas wajah kawannya itu dan mengangguk perlahan . Ratna merupakan seorang yang hebat dalam berlawan . Lebih - lebih lagi silat . Ratna pernah mengalahkan orang -orang hebat di Idrea dalam masa beberapa saat . Sangat pantas dan cekap . Disebabkan itu ramai orang takut dengannya .

   " Eh ...kau tahu ke tentang pertabalan tu ? Mak aku aih..penat minat betul dengan si putera tu. Bukan berupa sangat pun " Narla memuncungkan bibir . Ratna diam . Inilah masa yang ditunggu . Putera yang hancurkan semuanya .

   Pelbagai strategi telah dilakukan . Demi membunuh sang putera . Ratna senyum sendiri .

   "Kau dengar tak ni ...eh berangan pula " Narla bersuara . Ratna cuma menghadiahkan senyuman .

  " Aku tak pekak la Nar.." Apa yang perlu dia buat sekarang adalah bersedia . Untuk membunuh .

                                 -°________________°-

   " Saya rasa kamu pasti dah tahu tentang hal itu . " Jelas suara seorang lelaki tua yang betul - betul berada di hadapan Ratna . Ratna mengangguk . Matanya memandang ke bawah .

   " Saya cukup bersedia abah. Orang macam dia perlu masuk kubur dengan cepat . Biar dia sedar apa yang dia buat " balas Ratna dengan nada marah .

   " Jangan gopoh Ratna . Kamu perlu berhati - hati . "
Ratna pandang lelaki itu dengan senyuman sinis . Dia sudah biasa buat kerja seperti ini . Ini pasti menjadi mudah baginya ...



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

-• ARJURATNA •- (DENDAM SANG PUTERI )Where stories live. Discover now