BAB 1: KEHIDUPAN BAHARU

21 2 0
                                    

Pada pagi Isnin yg selalu menjadi hari permulaan bagi semua orang untuk berkerja, sekolah, berniaga dan pelbagai lagi. Bermula lah kehidupan aku menjadi Damia Medina Binti Rafizul Adli yang baharu di dunia yang sama tetapi orang yang berbeza dengan masa lalu aku yang agak gelap kliche ayat aku. Aku akan cuba buang memori yang gelap tu dan aku harap kehidupan baharu aku takkan mengecewakan aku.

Pada pukul 7.20 pagi aku tiba di sekolah baharu aku ketika itu semua pelajar dalam perjalanan untuk masuk ke dalam kelas tapi aku baru sampai nampak sangat aku lambat jadi tanpa melengahkan masa aku dan ummi aku bergerak ke pejabat sekolah. Hari pertama aku sekolah dah lambat aku agak malu tapi hadap jelah benda dah pun jadi. Setelah selesai sesi pendaftaran aku pun bergerak bersama guru bertugas masuk ke kelas aku iaitu kelas tingkatan 3 akhlak kelas yg ketujuh dari 10 kelas. Aku dapat kelas tu sebab kelas lain dah penuh jadi aku terima jelah. Selepas itu aku pun berjumpa dengan kawan2 baharu aku dan guru kelas mereka semua baik tapi macam biasa guru kelas aku ni garang dan tegas tapi dia sayang kitorang sama cam dia sayang anak dia.

Pada pukul 1 tengah hari aku pulang ke rumah satu hari yg agak meletihkan aku ye lah mana tak letih kelas aku ni berada di tingkat yang ketiga nasib tak dapat yang di tingkat yang keempat penat "wei mahu aku kurus kalau setiap hari macam ni!" keluhan aku. Selepas itu aku mulakan rutin baharu aku di rumah iaitu mengemas dan menyapu rumah yelah siapa lagi nak buat kalau bukan aku ummi aku bekerja babah aku pun sama jadi aku perlu lah berkhidmat pada mereka kerana pada masa dulu aku adalah seorang anak yang bederhaka pada mereka jadi sekarang aku perlu berubah untuk jadikan mereka sebagai insan istimewa dalam hidup aku.

Si jejaka idaman Where stories live. Discover now