Bidadari Beralaskan Puisi Hati

9 2 0
                                    

"Saya minta maaf tau saya tak boleh hantar awak pergi klinik pagi ni. Got an emergency call tadi." Haidhar kalut-kalut mengemas barang-barangnya. T-shirt hitam polos disarungkan ke tubuh. "Kalau sempat saya urus patient sebelum lunch hour, kita pergi sama-sama, okey?"

"Okey– eh kejap!" Laysha buru-buru berlari ke arah Haidhar yang sudah tiba di depan pintu rumah.

"Pelan-pelan. Jatuh nanti." Haidhar sempat berpesan. Geleng kepala sekali. Lupa ke yang diri itu sakit? "Kenapa?" tanyanya.

"You forgot something."

"Oh." Haidhar mencondongkan badannya ke depan. Dahi Laysha dicium singkat. "I almost forgot. Sorry. I love you!" Dia berbalik badan semula menghadap pintu tetapi Laysha dengan sigap menahannya.

"Bukan..." Memerah muka Laysha. "Well, thank you for that tapi awak sebenarnya lupa ni." Telefon bimbit kepunyaan Haidhar diserahkan kepada tuannya.

"Lah! Saya kalut sangat." Haidhar tepuk dahi. Dia ketawa. "Saya pergi dulu, tau? I love you!" Tak muak ayat sayang itu diulang.

"I love you too! Drive safe!" Laysha membalas dari pintu rumah mereka.

"Okey!"

BERIKAN Haidhar selembar kertas kajang maka dia akan mula menulis sebarang ayat puitis bagi menceritakan segala sesuatu tentang Laysha Mayazara. Atau mungkin– selembar saja tidak cukup bagi menggambar segala isi hati dan perasannya. Sehari demi sehari berlalu, cintanya kembang mekar seiring waktu. Rasanya seperti jatuh cinta buat kali pertama, jatuh cinta lagi, lagi dan lagi sehingga berjuta kali.

Haidhar mempunyai beberapa hal yang dia suka selain daripada Laysha, tentunya; Dia sukakan bahasa puitis buku-buku yang sering menjadi bahan bacaannya tetapi tangannya tidak lihai merangkai kata. Dia suka menggambar pemandangan melalui lensa kamera tetapi itu cuma hobinya ketika belia. Dia suka akan masakan Laysha tetapi masakan itu haruslah bukan berasaskan makanan laut.

Dan, dia sukakan– cintakan Laysha.

Tanpa sebarang 'tapi' di tengah kalimat kata.

Mungkin kedengaran hiperbola, namun ini merupakan metafora paling tepat untuk orang yang disayanginya.

Tentang pandangan mata bening yang sering membiaskan kasih sayang tidak bertepi; yang akan sentiasa memandang tingkah Haidhar dengan renungan redup. Irisnya penuh dengan sorotan debunga cinta seperti selalunya.

Lunak suara manjanya mengadu tentang kepala, yang berasa sakit; yang membuatkan Haidhar hampir nanar kerana sekeping hatinya berombak gusar, namun hanya dianggap sebagai sakit kepala biasa akibat– mungkin kerana perubahan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini oleh doktor di klinik seperti sebentar tadi.

Juga, muka monyoknya ketika dia tidak menyukai sesuatu perkara ataupun sedang menahan cemburu paling dalam seperti sekarang.

Haidhar yang peka akan perubahan isterinya itu menayangkan senyuman serta mengangkat keningnya, bertanya, "Kenapa, sayang? Tadi cakap nak pergi tandas? Ramai orang ke?"

"Tak." Laysha menghisap jus tembikai susunya sehingga habis. Mahu redakan rangkuman hatinya yang kemarahan. Perempuan-perempuan di tandas puncanya.

Haidhar diam menanti Laysha habiskan sedutannya dan membuka cerita. Hantaran mata penuh perhatian dibalik kaca mata yang terletak elok di antara batang hidungnya itu buatkan Laysha merengus kecil.

"Diaorang puji-puji awak. Cakap lelaki yang makan dekat dengan kaunter, pakai cermin mata tu handsome. Siap gelak-gelak tepur tampar. Seronok sangat cuci mata tengok suami saya." Laysha menggerutu.

[EBOOK] Jaga Aku Sehingga Syurga (Extended ver.)Where stories live. Discover now