bab 6

32 0 0
                                    

Pagi itu aku masuk pejabat agak lewat tak seperti selalu tak tahu kenapa hari ini aku terasa malas untuk ke pejabat. Tapi aku kena siapkan kerja aku yang tertangguh semalam esok aku kena pergi france lagi aihhh. Sedang aku menunggu lift aku ternampak fira sedang menunggu lift juga aku melangkahkan kaki ke arahnya dia tak menyedari kehadiran ku. Aku berdehem kecil.

"ehem, lambat kau masuk pejabat hari ni," aku bertanya sambil tersenyum sinis. Dia hanya menjeling ku.

"bukan salah saya okay saya lambat masuk office hari ni, ini semua salah tuan syed lah," dia berkata perlahan. Aku memandangnya dengan riak muka tak percaya. Wow dah berani lawan cakap aku ehh minat senget ni.

"ehh kau ni dah berani kan lawan cakap aku, kenapa kau dah puas ke kerja kat sini?, dah berani dengan boss sendiri," aku berkata agak berang. Entahlah kalau dengan dia ni cepat je darah aku naik ke muka rasa nak cekik jee minah ni.

"ehh mana ada saya lawan cakap tuan syed, saya cuma cakap benda betul je haa, betul lah kan salah tuan syed," dia berkata lagi kali ini dengan nada suara yang kuat. Aku menatapnya berang. Aku mendengus kasar tangan naik meraup rambut ku yang terjuntai itu ke belakang.

"ohh kau dah berani lah sekarang ni, takpa kau tunggu jelah nanti alisya, oh sebelum aku lupa esok kau jangan nak buat buat lupa pula, esok pukul 7 kau kena ada kat airport dah, kalau kau lambat aku cekik kau nanti," kata ku mengingatkannya. Dia terdiam sebentar sebelum menganggukkan kepala.

"yela tuan syed, saya naik dulu borak dengan tuan ni tambah lambat saya nak buat kerja,"katanya dan terus melangkah masuk ke dalam lift. Aku hanya merenung dia tajam. Dia tersenyum dan melambaikan tangan pada ku aku terkedu aku terasa ada debaran kecil dalam hati ku. Cepat cepat aku berpaling dan melangkah ke arah lift khas untuk aku itu tchh aku rasa kau dah gila nazriel tak kan kau suka minah senget tu pula entah apa apalah kau ni!.

"good morning tuan syed," sapa sufia PA ku itu, aku hanya menganggukkan kepala tanpa senyuman dan riak wajah dingin yang menghiasi wajah ku. Aku masuk ke dalam bilik pejabat ku dan terus melabuhkan duduk di kerusi empuk ku itu. Sufia berdiri depan meja ku aku bertanya tanpa memandangnya.

"yes sufia anything?," aku bertanya ringkas.

"tuan syed hari ni ada meeting dengan dato ammar dari syarikat AZ CORPORATION pukul sepuluh nanti tuan," sufia berkata dengan jelas dan terperinci. Dato ammar siapa yang tidak kenal akan lelaki itu dia mempunyai lebih dari sepuluh anak syarikat di dalam mahu pun luar negara bukan senang untuk berkerjasama dengan syarikat milik dia. Kira syarikat N&M CORPORATION ni beruntung dapat bekerjasama dengan mereka.

"anything else?," aku bertanya lagi. Sufia mengelengkan kepala.

"itu saja tuan syed, oh iya ticket flight tuan syed dan cik fira saya dah tempahkan, flight pukul 9 pagi esok ya tuan syed," sufia berkata setelah itu dia meminta diri dan berlalu keluar. Aku melihat jam di tangan pukul 9:10 minit pagi ada lagi sejam sebelum perjumpaan ku dengan dato ammar aku terus membelek segala dokumen yang perlu aku tandatangan aku membaca dengan teliti setiap aksara yang tertulis tak ingin ada kesilapan yang berlaku. Sedang aku khusyuk buat kerja sufia mengetuk pintu pejabat ku dan setelah mendapat kebenaran ku dia melangkah masuk.

"tuan syed dato ammar dah sampai tuan, dato tunggu tuan di bilik meeting," sufia berkata pada ku. Aku mengangkat kepala ku memandang sufia dan terus menilik jam di tangan aku terus berdiri dan melangkah keluar dan menuju ke arah lift untuk ke ruang meeting yang berada di tingkat 7 itu. Setelah sampai aku terus menuju ke bilik meeting dan menyapa dato ammar.

" assalamualaikum dato ammar, i'm sorry i'm a little bit late," aku meyapanya dan memohon maaf. Dia menyambut huluran salam ku dan tersenyum.

"nah its okay tuan syed nazriel, i pun baru sampai juga," dato ammar berkata dan tersenyum ringkas. Aku hanya tersenyum tipis dan menjemputnya duduk.

DIA MILIK SYED NAZRIEL Where stories live. Discover now