BAB 1

16 5 3
                                    

   "Terima kasih sebab sudi hantar Lyna balik. Nah duit minyak." Elyna menghulurkan beberapa keping duit 10 ringgit.

   "Eh...tak apa...abang ikhlas tolong Lyna." Kata Haziq sambil senyum ke arah Elyna. Senyuman tersebut dibalas Elyna.
     "Ok lah abang...Lyna masuk dulu ye?" Elyna meminta diri. Haziq hanya menganguk. Elyna terus meloloskan dirinya ke dalam rumah.

     "Dah? Puas merayau dengan jantan?" Perli Puan Tirah. Elyna hanya membisu sahaja. Tak mahu bertengkar dengan Puan tirah pagi ini.
     "Eh perempuan, aku cakap dengan kau ni. Jawab lah! Bukannya bercakap dengan dinding!" Marah Puan Tirah apabila tiada
tanda-tanda Elyna akan menjawab pertanyaan nya itu.

      "Ummi. Lyna malas nak bertengkar dengan umi. Lyna masuk bilik dulu ye.." baru sahaja Elyna ingin membuka tombol pintu bilik, rambutnya ditarik kasar oleh Puan Tirah.

       "Ummi! Sakit..sakit umi..." banyak rambut yang gugur di lantai akibat tarikan kuat itu.
   "Lain kali, aku tanya tu jawab! Jangan biadab sangat!" Tarikan kali ini lebih kuat dan menyebabkan darah keluar mengalir dari kepala Elyna.
     
       "U-ummi...sa-sakit....t-tolong Lyna Ummi.." Puan Tirah hanya membiarkan sahaja Elyna yang sudah pengsan itu. 'Huh...kau ingat aku akan tolong kau?? Jangan harap!' Getus Puan Tirah di dalam hati.
   









            "U-uh...sakitnya.." Keluh Elyna. Tiba-tiba, ada sesuatu idea terlintas di fikiran Elyna.
       "Aku rasa, semua kesakitan dan derita aku akan hilang kalau aku keluar dari rumah ni" Itu sahaja satu cara untuk Elyna menghilangkan semua derita ini. Tanpa membuang masa, Elyna terus menyelinap keluar dari rumahnya. Jam menunjukkan pukul 2.00 a.m.   
       
       "Harap-harap lah Ummi dah tidur." Puan Tirah selalunya tidur pada pukul 10.00 malam.
      "Fuh...nasib Ummi dah tidur. Aku kena cepat!" Elyna terus keluar dari rumah tersebut tanpa membawa barang-barang keperluan nya.
     
        Akhirnya, Elyna berjaya keluar dari rumah tersebut. Dia sangat bersyukur. Tetapi, Elyna baru terfikir. Dia mahu tinggal di mana nanti?  Duit pun dia tak bawa kalau nak sewa rumah atau duduk di apartment.
      
         
       Tanpa disedari, ada seseorang mengekori Elyna dari belakang. Dan, dengan tiba-tiba, kepala Elyna di ketuk menggunakan sepapan kayu. Mujur pukulan tersebut tidak kuat. Elyna masih mampu bertahan. Tempat itu sangatlah sunyi dan tiada orang. Tetapi, siapa jangka, ada seorang jejaka datang menolong Elyna.

          "Hey! What are you doing?!" Geram Jejaka tersebut. Maling tersebut segera melarikan diri.
  Siapa sahaja tak takut dengan Jejaka yang menolong Elyna tersebut. Mengerikan!
       
      "Hey...are you okay? Luka awak dah teruk ni...jom saya bawak pergi hospital" Kata Jejaka tersebut dengan nada yang risau. Elyna sudah seperti nyawa-nyawa ikan di situ.

  

      '~☆° so far, how was the story? Okay ke? Vote tau!! See you on next chapter!!  byee  °☆~'

Mimpi Yang SempurnaWhere stories live. Discover now