BAB 2

14 4 2
                                    

   "Saya dekat mana ni?" Itu soalan pertama Elyna apabila tersedar dari pengsan nya. Elyna melihat ada seorang jejaka sedang tidur di sofa berdekatan dengan katil hospital nya. Elyna bangun dan berjalan menghampiri jejaka tersebut.

"Erm...awak..bangunlah..." Elyna mengejutkan jejaka di depan nya itu. Haihh...apa yang susah sangat budak ni nak bangun?    "Haa...apa kata, aku simbah air atas muka dia...hehe mesti hensem!" Sempat lagi Elyna berjenaka di situ.

  "Kalau ye pun saya hensem, janganlah simbah air kat muka hensem saya ni." Terletus ketawa kecil dari jejaka tersebut apabila melihat muka Elyna yang merah seperti tomato. Elyna terus  berlari ke arah katilnya. Kemudian, dia menekup mukanya dengan bantal. MALUNYA YA ALLAH!!!!!

"Awakk!!! Kenapa tak bagitahu yang awak dah bangun." Marah Elyna. Habis merah satu mukanya. Jejaka tersebut ketawa kecil.
  
  





"Oh yer, nama awak apa yer? Dan, kenapa saya boleh ada kat hospital ni?" Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan oleh Elyna.

     "Ouh, ye lupa pula nak kenalkan diri saya. Nama saya Tengku Zahir Hazim." Zahir menjawab soalan pertama Elyna itu. Membulat mata Elyna. Tengku?

   "Awak ada kat hospital ni, sebab semalam awak hampir di...." Zahir tak sanggup nak menyambung ayat nya itu. Elyna tersenyum.
   "Kenapa awak senyum?" Tanya Zahir dengan serius.

    "Saya faham apa yang awak nak sampaikan tu...Terima kasih sebab sudi tolong saya. Kalau awak tak ada kat situ, tak tahulah apa yang dah jadi kat saya.." Suasana menjadi sunyi. Hanya kedengaran bunyi angin sahaja dari tingkap.

   "Erm...awak, saya ada satu permintaan ni..saya harap, awak dapat memenuhi permintaan saya ni..." berkerut dahi Zahir. Permintaan apa? Kenapa macam serius sangat.

  "Permintaan apa tu? Boleh saya tau?" Tanya Zahir dengan lemah lembut.
    
  "Boleh tak, kalau awak sayang dan jaga saya dengan penuh kasih sayang? Saya dah tiada sesiapa lagi untuk menagih kasih sayang. Awak sahaja harapan saya yang terakhir." Kata Elyna dengan berharap agar permintaan nya itu, diterima.






Zahir terkedu. Maksud atau singkatan dari permintaan Elyna itu adalah, dia bermohon kepada Zahir untuk menikahi nya.
  
   "Kalau awak tak nak terima, tak apa..saya tak paksa pun.." Elyna seperti sudah mahu menangis di situ.

    "Baiklah...saya akan terima awak dengan sepenuh hati saya. Esok, kita cari baju pengantin. Minggu depan kita kahwin." Elyna terkejut. Macam tu je dia terima? Wah! Lain macam. Tapi, walau apa pun, dia bersyukur sangat kerana ada juga yang sudi untuk memjadikan nya isteri.

   "Tapi....mak dan ayah awak akan terima saya ke?" Tanya Elyna. Ye la, Zahir ni terima tanpa persetujuan ibu dan ayah dia.

  Elyna melihat, Zahir mengeluarkwn fon nya.
"Mummy!! Minggu depan, Mummy menantu!" Zahir menjerit kecil. Elyna menggelengkan kepalanya. Haih...macam budak kecil dapat coklat.

    "Apa dia?! Menantu??? Yang kamu tolong semalam tu ker?" Tanya Puan Norizah dengan terujanya.

  "Yess!! Perempuan semalam yang Zir tolong tu" Kata Zahir dengan bangganya.
  
"Uish!! Haa, kalau yang tu Mummy setuju sangat!" Teruja Puan Norizah. Haih...penat Elyna nak melayan drama dua beranak tu.

Selepas sahaja meletakkan panggilan, Hazir mengangkat keningnya kepada Elyna. Elyna membuat muka pelik. Dah kenapa budak ni?

  "Mummy saya dah setuju. Kahwin besok pun boleh lah kan? Ke nak hari ni?" Tanya Zahir kepada Elyna. Saja mengusik bakal isteri tercantik.

  "Eee gatal!! Dah la, saya nak tidur kejap..ngantuk lahh" Elyna terus mengubah posisi badan nya. Kemudian dia menarik selimut sehingga paras dada. Zahir hanya tersenyum kecil melihat gelagat Elyna itu. Comel!!

○○○○○○○○○○○○○○○○ ●●●●●●●●●●●●●● ☆☆☆☆☆☆

'°☆ ha, mcm mne episode kali ni? Comel kan dorang? InsyaAllah, dorang akan berkahwin dalam bab ke 3 atau 4...tak janji..ermm..janji lah...hehe..okk vote tauu!!! ☆°' 16

   

 





You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mimpi Yang SempurnaWhere stories live. Discover now